Menyambut kelahiran anak yang pertama pasti mengujakan buat ibu ayah. Kehadiran anak yang diantikan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang selama 9 bulan merupakan satu penantian yang penuh bermakna jadi barang bayi juga harus lengkap untuk keselesaan si anak.
Pemilihan Barang Baby Yang Penting Untuk Newborn
Menyediakan barangan keperluan bayi boleh menjadi satu pengalaman yang merumitkan terutama kepada pasangan yang pertama kali menjadi ibu bapa dan ingin membuat persiapan menyambut bayi baru lahir.
Tanpa perancangan rapi, mereka mungkin membeli barangan yang kurang perlu sebaliknya tertinggal barangan penting untuk digunakan. Ada baiknya sebelum membeli, sediakan senarai semak kelengkapan bayi bagi mengelak pembaziran.
Selain jenama dan kualiti barangan, harga juga menjadi faktor penting untuk memilih kelengkapan bayi seperti lampin pakai buang, set mandian, tuala, pakaian, susu formula, botol susu, sarung tangan, stokin, tilam dan kereta sorong bayi.
Tertanya-tanya bagaimana untuk mengetahui barang baby yang mana tidak perlu dibeli lagi atau barang baby yang mana yang sangat penting untuk dibeli dahulu, ibu ayah boleh teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan senarai lengkap barang baby yang anda perlukan untuk newborn baby!
10 Barang Baby (Newborn) Yang Penting
Jika anda belum lagi membuat checklist untuk memastikan anda tidak tertinggal apa-apa barang baby yang perlu disediakan untuk bayi atau si kecil itu, senarai ini boleh membantu anda.
Ini antara 10 barang baby yang ibu bapa selalu sering terlupa beli sedangkan ia amat penting untuk bayi baru lahir anda itu!
Barang Baby (Newborn) Penting
| Autumnz Rechargeable Nasal & Ear Aspirator Barang Baby Penting : Penyedut Hidung | | View Details | Beli di Shopee |
| Newborn Cotton Muslin Swaddle Barang Baby Penting : Kain Bedung | | View Details | Beli di Shopee |
| Konny Baby Carrier Barang Baby Penting : Kain Pengendong | | View Details | Beli di Shopee |
| Comfy Baby Purotex Changing Pad Barang Baby Penting : Tempat Salin Lampin Tambahan | | View Details | Beli di Shopee |
| 10 in 1 Baby Care Kit Nail Trimmer & Grooming Barang Baby Penting : Kit Penjagaan Kuku Bayi | | View Details | Beli di Shopee |
| BABYJOY Travel Home Baby Bottle Brush Set Barang Baby Penting : Kit Berus Botol Bayi | | View Details | Beli di Shopee |
| Baby Soothing Music Toy Portable Barang Baby Penting : Peranti White Noise | | View Details | Beli di Shopee |
| Sense-U Baby Respiratory Monitor Barang Baby Penting : Peranti Pengesan Pernafasan | | View Details | Beli di Shopee |
| Set Demam Tasneem Naturel Barang Baby Penting : Kit Kecemasan | | View Details | Beli di Shopee |
| Multifunctional Travel Baby Cot Barang Baby Penting : Katil Bayi Mudah Alih | | View Details | Beli di Shopee |
Barang Baby Penting : Penyedut Hidung
Bayi belum tahu menghembus hidung mereka sendiri dan hidung tersembat akan menyebabkan bayi anda tidak selesa. Jadi, bantu mereka dengan menyediakan alat penyedut ini. Anda pasti akan berterima kasih atas tips kami ini!
Apa yang kami suka :
- Produk yang disyorkan pakar paediatrik
- Diperbuat daripada silikon gred makanan jadi selamat untuk bayi
- Mudah ditanggalkan untuk dibersihkan
- Mudah digunakan, tidak perlu disedut secara manual lagi
- Mempunyai 3 tahap pelarasan sedutan
- Automatik dan boleh dicas
Barang Baby Penting : Kain Bedung
Anda mungkin tidak menyertakan sekali bedung sebagai barangan asas katil bayi, lagipun di sini kan cuaca panas tetapi membedung merupakan salah satu perkara yang sangat menenangkan bayi anda. Dan yang paling penting, cara bedung yang salah boleh menyebabkan tumbesaran anak anda terganggu. Jadi, jangan lupa beli kain ini ya.
Apa yang kami suka :
- Selamat, ringan, dan terlindung
- Jenis kain Muslin yang boleh bernafas, tidak panas, dan selesa untuk bayi
- Serba guna kerana saiznya yang lebar
- Harganya yang murah
Barang Baby Penting : Kain Pengendong
Dengan kehadiran si kecil, anda akan tidak menang tangan. Semua benda anda kena buat di rumah dan bayi baru lahir itu juga memerlukan anda. Alat penggendong adalah inovasi yang terbaik untuk memastikan bayi sentiasa dengan anda tanpa perlu melenguhkan tangan anda mendukungnya setiap masa.
Apa yang kami suka :
- Diperbuat daripada kain mesh yang dibangunkan untuk pengendong bayi. Kebolehnafasan, kelembutan pada kulit, keselesaan, kesesuaian dan kestabilan yang baik untuk ibu dan bayi.
- Diperbuat daripada fabrik yang sangat elastik yang melilit pada bahu ke belakang, memastikan keselesaan struktur sambil mengurangkan sakit bahu.
- Mudah dipakai, sarung sahaja seperti memakai kemeja-T!
Barang Baby Penting : Tempat Salin Lampin Tambahan
Jangan ingat bayi comel itu akan kekal comel 24 jam sehari, ya! Menguruskan bayi boleh jadi sungguh mencomotkan, inilah sebenarnya anda harus mempunyai kain alas tambahan untuk ditukar jika kotor.
Apa yang kami suka :
- Reka bentuk rabung pada dua sisi boleh melindungi bayi daripada bergolek keluar dari pad menukar.
- Ia juga dilengkapi dengan penutup kalis air memberi perlindungan tambahan anda, penutup boleh tanggal dan mudah dibersihkan dan bahagian bawah tidak licin yang menghalang pad daripada tergelincir.
- Sarung boleh tanggal dan boleh dibasuh.
Barang Baby Penting : Kit Penjagaan Kuku Bayi
Kuku bayi harus dipotong selalu untuk mengelakkan kesan calar mereka menggaru muka mereka sendiri. Aduh, tapi momen untuk memotong kuku mereka antara momen yang paling mendebar dan menakutkan.
Jika anda takut untuk memotong kuku kecil mereka, cuba alat pemotong kuku bayi elektronik yang lebih mudah dan kurang risiko luka. Inilah antara barang baby yang ibu selalu terlepas pandang!
Apa yang kami suka :
- Menjimatkan masa anda dengan memastikan semua kit dandanan bayi anda teratur di satu tempat.
- Gunting bayi reka bentuk kepala bulat, mudah digunakan.
- Pemotong kuku mini, keluli tahan karat yang diketengahkan dan bahan PP, radian playar tertanam selamat untuk didekati dengan kuku bayi.
- Aspirator hidung dengan mulut bulat untuk mengelak daripada mencederakan mukosa hidung bayi.
- Sesuai untuk bayi baru lahir.
Barang Baby Penting : Kit Berus Botol Bayi
Anda mungkin merancang untuk melakukan penyusuan badan, tetapi bagus sebenarnya untuk anda mempersiapkan juga botol susu, kalau-kalau anda terpaksa mengepam susu.
Namun demikian ibu selalu terlepas pandang untuk mempersiapkan sekali berus botol. Kalau boleh beli jenis kit berus yang mempunyai pelbagai kelengkapan mencuci botol dan mempunyai berus yang kukuh. Simpan semua kelengkapan dan barang baby ini agar anda mudah menggunakannya nanti.
Apa yang kami suka :
- Produk 6 dalam 1, mempunyai bekas menyimpan, berus botol silikon, berus puting silikon, berus straw, bekas letak sabun, dan rak pengering botol.
- Menggunakan material berkualiti tinggi, silikon gred makanan yang selamat untuk bayi anda.
- Bekas menyimpan botol juga boleh dimasukkan air panas untuk sterilkan botol dan puting.
- Travel-friendly
Barang Baby Penting : Peranti White Noise
‘White noise’ akan membantu bayi lebih tenang. Dengan bantuan white noise ini, anak anda akan tidur dengan lebih mudah. Putera William dan Kate pun menggunakan bunyi white noise untuk menidurkan anak mereka!
Sesetengah mesin white noise mempunyai bunyi degupan jantung dan bunyi di dalam rahim yang lebih menenangkan dan bayi amat menggemari bunyi-bunyi ini.
Apa yang kami suka :
- Bantu untuk mewujudkan persekitaran yang damai, membuatkan bayi tidur lebih cepat dan berehat sepenuhnya dengan 12 bunyi yang menenangkan dan pemasa auto-mati.
- 12 bunyi white noise ermasuk 10 muzik ringan, bunyi burung dan ombak. Semua bunyi menenangkan dan melembutkan, tiada bunyi yang menyakitkan telinga.
- Saiz kecil dan ringan dengan tali silikon, sesuai untuk kegunaan luar, dan boleh dipasang dengan mudah pada kereta dorong bayi atau katil bayi.
- Pemasa automatikan boleh ditetapkan selama 15, 30, 60 minit untuk menjimatkan tenaga, jangan risau lagi tentang terlupa mematikan mesin.
Barang Baby Penting : Peranti Pengesan Pernafasan
Ramai ibu bapa yang risau tentang SIDS iaitu sindrom kematian bayi mengejut yang merupakan kondisi kematian bayi yang tidak diketahui puncanya ketika bayi tersebut berumur kurang daripada setahun. Sindrom ini kerap dan banyak meragut nyawa bayi ketika mereka sedang tidur di tempat tidur mereka.
Jika anda salah seorang daripada mereka, laburkan duit ke atas mesin pengesan pergerakan jantung. Jika alat ini tidak dapat mengesan sebarang pergerakan selama lebih dari 20 saat, ia akan berbunyi.
Apa yang kami suka :
- Menjejaki pergerakan perut bayi anda dan memaklumkan anda untuk pergerakan perlahan, dari mana-mana sahaja.
- Disyorkan untuk meletakkan bayi anda di belakang mereka untuk tidur dan bukan di atas perut. Monitor Bayi Sense-U 3 memberitahu anda sebaik sahaja bayi anda berguling untuk tidur di perutnya.
- Adalah penting untuk memastikan bahawa bayi anda berada pada suhu perasaan normal – tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Risiko lebih tinggi pada bayi yang terlalu panas. Monitor Bayi Sense-U 3 memberitahu anda apabila tahap suhu perasaan bayi anda berada di luar zon suhu biasa.
- Menggunakan Bluetooth Tenaga Rendah(BT4.0+) yang mempunyai tahap sinaran hampir SIFAR (1/1000 telefon pintar) dan jarak komunikasi sehingga 50 kaki (15m) ke Stesen Pangkalan selamat digunakan kepada bayi.
- Memanjangkan jarak komunikasi dan membolehkan anda mengetahui bayi anda baik-baik saja dari mana-mana sahaja. Selagi telefon anda mempunyai akses kepada Internet, anda boleh menyemak tidur bayi anda pada telefon pintar anda di mana-mana, pada bila-bila masa.
Barang Baby Penting : Kit Kecemasan
Salah satu perkara yang sangat menakutkan ialah demam di tengah malam. Demam adalah perkara biasa untuk bayi, jadi dengan adanya ubat demam, ia boleh digunakan untuk sementara untuk berjumpa doktor. Jika bernasib baik, demam akan kebah sebelum sempat berjumpa doktor.
Apa yang kami suka :
- Mempunyai sabun mandian lemon untuk turunkan suhu badan bayi.
- Mempunyai balm sapuan untuk cairkan kahak, melegakan pernafasan bayi, dan mengurangkan suhu badan ketika demam.
- Mempunyai minyak serba guna sebagai minyak urut dan turut berfungsi untuk menurunkan suhu badan anak.
Barang Baby Penting : Katil Bayi Mudah Alih
Walaupun anda tidak merancang untuk berjalan dengan bayi anda, adalah untung jika anda melabur duit pada katil bayi mudah alih yang boleh dilipat. Ia sangat berguna untuk anda meletakkan bayi ketika melawat saudara-mara atau balik ke kampung. Lebih-lebih lagi katil yang dia sudah biasa.
Apa yang kami suka :
- Katil bayi pelbagai fungsi mempunyai beberapa mod untuk digunakan: katil bayi di sisi katil, katil bayi, buaian bayi untuk 0-3 tahun dan playpen untuk 0-6 tahun, yang boleh mengiringi tumbesaran anak-anak anda.
- Stabil dan selamat kerana mempunyai struktur sokongan 7 mata di bahagian bawah datang dengan lebih mantap dan bingkai kukuh diperbuat daripada tiub besi, yang menyokong sehingga 33 lbs. Dilengkapi dengan brek, dua roda yang bergerak menyediakan pergerakan yang lancar di samping meningkatkan kestabilan dan keselamatan keseluruhan.
- Pemasangan yang cepat dan mudah. Tiada alat tambahan tanpa menggunakan pemutar skru. Ia boleh dipasang dengan mudah hanya dalam 4 langkah dalam masa 3 minit.
- Katil bassinet boleh dikeluarkan dengan mudah dari playard bayi dan playpen asas boleh dilipat dengan cepat dalam empat langkah mudah. Beg Oxford (beg perjalanan) mudah untuk penyimpanan dan pengangkutan, berfungsi untuk menawarkan tempat yang selesa untuk bayi di mana sahaja semasa anda melancong atau balik kampung.
Perbandingan Harga Barang Baby (Newborn) Yang Penting
|
Jenis Barang |
Jenama |
Harga |
Penyedut Hidung |
Autumnz Rechargeable Nasal & Ear Aspirator
|
RM83.61 |
Kain Bedung |
Newborn Cotton Muslin Swaddle
|
RM7.68 |
Kain Pengendong |
Konny Baby Carrier |
RM199.98 |
|
Comfy Baby Purotex Changing Pad |
RM119.20 |
Kit Penjagaan Kuku Bayi |
10 In 1 Baby Care Kit Nail Trimmer Grooming Set |
RM15.68 |
Kit Berus Botol Bayi |
BABYJOY Travel Home Baby Bottle Brush Set |
RM43.90 |
Peranti White Noise |
Baby Soothing Music Toy Portable |
RM19.90 |
Peranti Pengesan Pernafasan
|
Sense-UBaby Breathing Monitor |
RM1081.67 |
Kit Kecemasan |
Set Demam Tasneem Naturel |
RM137.00 |
Katil Bayi Mudah Alih |
Multifunctional Travel Baby Cot |
RM199.89 |
Tips Susun Atur/Rancang Bilik Nurseri Di Rumah
Impian sesetengah bakal ibu adalah untuk memiliki sebuah bilik nurseri untuk bayi mereka. Bukan sahaja untuk memudahkan mereka menguruskan anak kecil mereka, tetapi juga boleh menyimpan pelbagai barangan bayi.
Anda dan si manja juga akan menghabiskan banyak masa di bilik bayi, terutamanya apabila anda mula-mula membawanya pulang ke rumah. Oleh itu, penting untuk anda menjadikan bilik itu tempat yang tenteram, selesa dan selamat untuk anda berdua.
1) Persekitaran yang baik
Bilik si manja sama ada ia terletak di dalam bilik tidur anda atau bilik yang berasingan haruslah merupakan ruang yang senyap dengan cahaya yang malap dan bukan kawasan lalu-lalang. Bayi anda akan menghabiskan sebahagian besar masanya di sini, jadi pastikan tiada lampu yang terang di atas kepalanya.
Pastikan anda menyusun atur dan menghias bilik itu dengan matlamat agar ia mudah digunakan dan selesa untuk anda dan bayi. Susun perabot dan barangan lain dengan mengenal pasti susunan yang terbaik untuk anda berdua.
Selain itu, pastikan anda memilih warna cat dan hiasan yang turut membuatkan anda gembira dan tenang dan kemudian ditambahkan dengan hiasan yang sesuai ikut selera anda.
2) Memilih katil bayi
Keperluan bayi baru lahir anda sangat mudah: tilam yang pejal, rata dan kurungan yang kukuh di mana dia akan berasa dilindungi dan selamat. Ketika anda membeli katil bayi, pastikan bahawa:
- Jarak antara kayu palangnya tidak melebihi 2 3/8 inci untuk mengelakkan badan si manja terlolos ke bawah. Pastikan tiada kayu palang yang tertanggal atau retak
- Tilam terletak dengan rapi. Ruang kosong antara pinggir tilam dan sisi katil mestilah tidak lebih daripada lebar dua jari anda. Buang sebarang penutup plastik. Jika menggunakan cadar, pastikan ia terpasang rapi dan tidak menggeleber
- Bahagian atas tiang penjuru tidak boleh lebih tinggi daripada 1/16 inci, atau tidak boleh lebih rendah daripada 16 inci jika berbumbung, untuk mengelakkan pakaian tersangkut atau menyebabkan kecederaan kepada si manja
- Tiada kesan potongan kayu yang kasar di kepala atau kaki katil – ia boleh mencederakan kepala atau anggota badan si manja
- Untuk mengelakkan bayi terbelit, pastikan anda membuang semua mainan bergerak atau gantung apabila si manja berusia 4 bulan atau mula belajar berdiri. Semasa si manja kurang daripada empat bulan, pastikan mainan gantung tidak boleh dicapai oleh si manja dan terpasang rapi supaya tidak terjatuh ke dalam katil bayi
- Jangan letakkan katil bayi berdekatan dengan tingkap yang mempunyai bidai, tali langsir atau wayar monitor bayi; jika si manja bermain dengan tali itu, dia mungkin akan terbelit. Jangan sekali-kali meletakkan katil bayi berhampiran tingkap di mana tingkap itu boleh dicapai dari katil bayi
- Katil bayi itu tidak mempunyai pengadang sisi yang boleh dilipat ke bawah – reka bentuk sebegini tidak lagi dibenarkan mengikut garis panduan keselamatan terkini dan peraturan persekutuan
- Semua bahagian katil bayi dipasang menggunakan perkakasan asal. Pembaikan sementara mungkin tidak selamat.
3) Meja menukar lampin
Untuk menukar lampin bayi, anda boleh menggunakan meja yang direka khas untuk menukar lampin bayi. Anda juga boleh menggunakan permukaan yang rata dan selamat (seperti lantai atau katil) yang dialas pelapik getah atau tuala. Tidak kira apa pun pilihan anda, pastikan permukaannya kukuh.
Jika anda membeli meja menukar lampin yang direka khas untuk menukar lampin bayi, pastikan bahawa:
- Meja menukar lampin itu kukuh dan stabil, dengan pengadang setinggi 2 inci di sekeliling keempat-empat sisi. Bahagian atas meja menukar lampin haruslah cekung, iaitu bahagian tengahnya lebih rendah sedikit berbanding bahagian sekelilingnya
- Jika boleh, rapatkan meja menukar lampin ke dinding (ke penahan) untuk mengelakkannya daripada terbalik. Jika meja itu mempunyai roda, pastikan rodanya dikunci
- Sediakan semua barang keperluan sebelum anda menukar lampin si manja. Pastikan barang tersebut berada dalam jangkauan anda, tetapi di luar jangkauan si manja. Jangan beri si manja bekas bedak atau sebagainya untuk dipegang semasa anda menukar lampinnya; sebaliknya beri bayi anda mainan untuk dipegang
Jangan sekali-kali membiarkan si manja bersendirian di atas meja menukar lampin, walaupun seminit. Sentiasa pastikan sebelah tangan anda memegang si manja semasa dia berada di atas meja menukar lampin, walaupun anda telah memasang tali.
4) Keselamatan yang utama
Pilihlah bahan-bahan yang tidak berisiko menimbulkan racun untuk seluruh bilik. Selain itu pastikan bilik dan tempat tidur tidak membahayakan bayi. Pilihlah bahan lembut bagi mengelakkan pertembungan dengan kepala bayi.
5) Kreatif
Tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak, anda boleh membuat hiasan sederhan sendiri. Hiasan gantung sederhana tempat tidur sangat menarik, anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menghiasnya.
6) Mudah dibersihkan
Hiasan yang terlalu banyak dan rumit akan menjadikan bilik bayi sukar dibersihkan. Pilihlah reka bentuk mudah supaya mudah untuk dibersihkan agar bilik bayi tidak menjadi sarang debu dan kuman. Pilihlah bahan yang mudah dibersihkan untuk seluruh bilik bayi anda.m
Ianya normal untuk rasa stress memikirkan sama ada barangan sudah lengkap atau tidak kerana apa yang penting untuk ibu bapa lain, tidak semestinya penting untuk anda.
Fikir tengah rutin dan gaya hidup keluarga anda dan sesuaikan dengan keperluan bayi. Ini dapat membantu melengkapkan senarai barangan anda.
*** Kita ada 40 minggu sebelum bayi keluar, tapi masa tiba dengan sekelip mata saja. Malah, ibu bapa yang sudah ramai anak juga boleh terlupa barangan bayi. Jadi, siapkan senarai anda supaya anda boleh bersalin dengan tenang.
Sudahkah anda membuat senarai anda? Ada barangan yang anda rasa penting untuk beli dulu? Kongsikan dengan kami!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Barangan Bayi Yang Anda Patut Simpan Dalam Kereta