Cristiano Ronaldo Bakal Timang Satu Lagi Cahaya Mata!

Nampaknya, makin besarlah keluarga jaguh bola sepak Portugal ini! Cristiano Ronaldo bakal menimang anak ke-empatnya dengan kekasih hati!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kekasihnya Disahkan Hamil

Satu lagi cahaya mata untuk Cristiano Ronaldo!

Baru-baru ini dalam sebuah temu bual dengan surat khabar El Mundo, Ronaldo mengesahkan yang dia bakal menimang anak pertama dengan kekasihnya, Georgina Rodriguez!

Georgina Rodriguez berusia 23 tahun dan merupakan bekas pekerja di kedai Gucci dan pernah menari lalu menjadi seorang model.

Teman rapat dan ahli keluarga Ronaldo mengesahkan berita ini dan mengatakan Rodriguez sudah 5 bulan hamil dengan anak perempuan!

Kredit gambar: The Sun

Semua ahli keluarga Ronaldo amat merestui hubungan mereka berdua dan menganggap Rodriguez adalah wanita yang paling sesuai dengan jaguh Portugal tersebut.

3 Anak Ronaldo Sebelum Ini

Akhir Jun tempoh hari, Ronaldo menggemparkan media dengan kelahiran anak kedua dan ketiganya – dua bayi kembar sepasang yang diberi nama Eva dan Mateo.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Identiti wanita yang hamil akan anak tersebut tidak didedahkan kerana beliau adalah wanita yang hamil dari kaedah tumpangan. 

Kredit gambar: Instagram Cristiano Ronaldo

Anak pertama Ronaldo, Cristiano Jr pula lahir pada Jun 2010 di Amerika Syarikat. Beliau kini berusia 7 tahun. Identiti ibunya juga tak didedahkan kepada umum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kegembiraan Yang Tak Dapat Disangkal

Ketika ditanya adakah beliau gembira dengan berita bakal menimang satu lagi cahaya mata, Ronaldo ketawa kecil dan pantas menjawab “Ya, sangat gembira!”

Wah, tahniah hero!

Ronaldo tidak lepas berkongsi detik manis ketika menimang anak kembarnya tempoh hari dalam akaun Instagram.

Gambar itu diberi tajuk “blessed“. 

Minggu lepas, beliau mengongsikan satu gambar keluarga berbikini dalam Instagramnya. Dalam gambar tersebut dapat dilihat Rodriguez memegang salah satu anak kembar Ronaldo dan kelihatan sedikit baby bump diperutnya!

Awww, comel…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: The Sun

Bagaimana Georgina Rodriguez dan Cristiano Ronaldo Berjumpa?

Seperti yang pernah diulas sebelum ini, Georgina pernah bekerja di kedai Gucci. Kedai tersebut terletak di Madrid. 

Menurut sumber yang dipercayai, wanita berdarah Sepanyol itu telah “memukau” mata Cristiano Ronaldo ketika mereka terserempak secara tidak sengaja di acara Dolce & Gabbana.

Selepas acara itu, mereka berdua dikatakan keluar dating “senyap-senyap” selama beberapa bulan selum mengesahkan hubungan mereka pada Januari tahun ini ketika datang ke acara karpet merah Best FIFA Football Awards bersama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Goof Photo

Ditanya bagaimana dengan pengalaman menjadi ayah baru kepada anak kembarnya, Ronaldo terus memuji mereka sebagai “paling berharga”.

Malah, Ronaldo juga ketawa menceritakan bagaimana dia tidak pandai menukar lampin, tapi berusaha keras untuk menolong!

Haha. Apapun, kami di theAsianparent mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Ronaldo dan pasangan atas berita gembira ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: Yahoo dan The Sun

Kredit gambar: Instagram Cristiano Ronaldo

Baca juga:

Kisah Ajaib Bayi Pra-Matang Yang Lahir Ketika Berusia 24 Minggu

Penulis

Ayu Idris