X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tak ada komputer di sekolah, cikgu ini sanggup lukis Microsoft Word atas papan hitam!

3 min bacaan
Tak ada komputer di sekolah, cikgu ini sanggup lukis Microsoft Word atas papan hitam!

Rupa-rupanya, masih ada kanak-kanak yang tak berpeluang belajar macam anak kita. Lihat pengorbanan seorang cikgu yang terpaksa lukis Microsoft Word atas papan hitam ini...

Saya percaya selepas anda membaca kisah cikgu lukis Microsoft Word ini, anda pasti terfikir betapa banyak nikmat yang telah kita ambil mudah tanpa kita sedar. 

Smartphone sekarang bersepah-sepah. Sampai bayi kecil pun boleh memiliki smartphone! Tapi tidak bagi pelajar-pelajar ini. Di Ghana, seorang cikgu terpaksa melukis tetingkap Microsoft Word di papan hitam demi anak muridnya.

Tika ini baru kita sedar, rupa-rupanya, ada juga kanak-kanak yang tidak mendapat pengalamn belajar selengkap anak-anak kita.

Cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam demi anak murid tersayang

cikgu lukis Microsoft Word, guru lukis Microsoft Word, cikgu ICT, guru ICT, murid ICT, cikgu Afrika, guru Afrika, dedikasi seorang guru, dedikasi seorang cikgu, contoh dedikasi guru, contoh dedikasi dalam bekerja,

Kredit: Facebook

Richard Appiah Akoto, 33 tahun adalah seorang cikgu pendidikan teknologi maklumat & komunikasi. Setiap kali ke kelas, beliau akan menghadapi masalah yang sama. 

Anak-anak muridnya harus lulus peperiksaan utama negara dan ada subjek yang berkaitan ICT. Namun apa yang memburukkan keadaan adalah sekolah ini tidak memiliki satu komputer pun sejak 2011!

Jadi bagaimana mereka ingin belajar? Di sinilah datangnya pengorbanan dan dedikasi seorang lelaki bergelar guru. Akoto mengaku beliau tiada pilihan lain selain menggunakan bantuan melukis seperti ini. 

Dengan penuh dedikasi dan daya ingatan yang kuat, cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam demi murid-murid, ya!

“Saya hanya mahu mereka tengok bagaimana tetingkap Microsoft Word ini berfungsi jika satu hari mereka akan berada di depan komputer.”

Akoto telah mengajar di sekolah tersebut selama 6 tahun. Sepanjang pengajarannya, Akoto akan mencuba yang terbaik untuk memastikan anak muridnya minat dengan subjek ini walaupun tanpa komputer.

Cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam, mana bantuan yang sepatutnya?

cikgu lukis Microsoft Word, guru lukis Microsoft Word, cikgu ICT, guru ICT, murid ICT, cikgu Afrika, guru Afrika, dedikasi seorang guru, dedikasi seorang cikgu, contoh dedikasi guru, contoh dedikasi dalam bekerja,

Kredit: Facebook

Gambar Akoto, cikgu lukis Microsoft Word ini mula tular selepas beliau memuatnaiknya ke laman Facebook beliau. Dedikasi yang ditunjukkan Akoto mendapat pujian ramai.

Seorang pelawak dan guru di Ghana, Kwadwo, turut berkongsi status Akoto ini hingga beliau mendapat hampir 180,000 peminat baru di Facebook. 

Selepas kisah ini tular, ramai yang berkongsi keperitan dan dedikasi cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam itu pada pihak yang berkuasa. Salah seorang pengguna twitter, Rebecca Enonchong meminta Microsoft Afrika untuk membantu Akoto.

Sehari kemudian, Microsoft Afrika berjanji mereka akan membantu Akoto dengan memberi peralatan dan sumber tambahan pendidikan yang diperlukan sekolah itu.

Walaubagaimanapun, menurut Akoto, sekolah tersebut harus memiliki sekurang-kurangnya 50 komputer desktop sebelum pihak Microsoft Africa akan memenuhi janji mereka. 

Cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam kerana tiada pilihan

cikgu lukis Microsoft Word, guru lukis Microsoft Word, cikgu ICT, guru ICT, murid ICT, cikgu Afrika, guru Afrika, dedikasi seorang guru, dedikasi seorang cikgu, contoh dedikasi guru, contoh dedikasi dalam bekerja,

Kredit: Facebook

Apa yang merumitkan lagi keadaan cikgu lukis Microsoft Word setiap kali masuk kelas ini adalah beliau mempunyai komputer riba sendiri. Tapi, komputer riba itu tidak boleh dipakai kerana syllabus pelajaran yang rasmi memerlukan komputer desktop!

Syllabus pelajaran tersebut memerlukan Akoto mengajar bagaimana ingin menghubungkan komputer dan boot mereka. Jadi, ia memerlukan komputer desktop dan bukannya komputer riba…

Maka terpaksalah cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam setiap kali beliau masuk kelas. Muridnya juga terpaksa melalui peperiksaan bertulis tentang topik ICT ini. Bayangkan mereka hanya bergantung kepada teknik “menghafal” untuk benar-benar lulus dalam subjek itu.

Sejak 6 tahun mengajar, hanya seorang pelajar Akoto pernah mendapat gred A dalam subjek ini. 

Pengorbanan seorang cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam setiap kali masuk belajar menunjukkan betapa penting dan berharganya dedikasi seorang cikgu demi anak muridnya.

Namun, isu ini juga membuktikan masih ada sistem di sesetengah sekolah yang masih belum dikemas kini. Terumatanya di negara-negara membangun. 

Stories Rakan Kongsi
Quick Meals For Busy Mums To Promote Good Gut Health
Quick Meals For Busy Mums To Promote Good Gut Health
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly
Every Parent’s Worst Nightmare:  When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much
Every Parent’s Worst Nightmare: When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit

Sumber rujukan: CNN, ABC 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commurid-makan-bercangkung-kantin/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Sekolah menengah
  • /
  • Tak ada komputer di sekolah, cikgu ini sanggup lukis Microsoft Word atas papan hitam!
Kongsikan:
  • Guru Muda 'Dressing' Ikut Watak Dalam Cerpen Pendek, Semata Nak Bagi Murid Faham Bahasa Inggeris

    Guru Muda 'Dressing' Ikut Watak Dalam Cerpen Pendek, Semata Nak Bagi Murid Faham Bahasa Inggeris

  • Ibubapa vs Guru

    Ibubapa vs Guru

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.