Saya percaya selepas anda membaca kisah cikgu lukis Microsoft Word ini, anda pasti terfikir betapa banyak nikmat yang telah kita ambil mudah tanpa kita sedar.
Smartphone sekarang bersepah-sepah. Sampai bayi kecil pun boleh memiliki smartphone! Tapi tidak bagi pelajar-pelajar ini. Di Ghana, seorang cikgu terpaksa melukis tetingkap Microsoft Word di papan hitam demi anak muridnya.
Tika ini baru kita sedar, rupa-rupanya, ada juga kanak-kanak yang tidak mendapat pengalamn belajar selengkap anak-anak kita.
Cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam demi anak murid tersayang
Richard Appiah Akoto, 33 tahun adalah seorang cikgu pendidikan teknologi maklumat & komunikasi. Setiap kali ke kelas, beliau akan menghadapi masalah yang sama.
Anak-anak muridnya harus lulus peperiksaan utama negara dan ada subjek yang berkaitan ICT. Namun apa yang memburukkan keadaan adalah sekolah ini tidak memiliki satu komputer pun sejak 2011!
Jadi bagaimana mereka ingin belajar? Di sinilah datangnya pengorbanan dan dedikasi seorang lelaki bergelar guru. Akoto mengaku beliau tiada pilihan lain selain menggunakan bantuan melukis seperti ini.
Dengan penuh dedikasi dan daya ingatan yang kuat, cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam demi murid-murid, ya!
“Saya hanya mahu mereka tengok bagaimana tetingkap Microsoft Word ini berfungsi jika satu hari mereka akan berada di depan komputer.”
Akoto telah mengajar di sekolah tersebut selama 6 tahun. Sepanjang pengajarannya, Akoto akan mencuba yang terbaik untuk memastikan anak muridnya minat dengan subjek ini walaupun tanpa komputer.
Cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam, mana bantuan yang sepatutnya?
Gambar Akoto, cikgu lukis Microsoft Word ini mula tular selepas beliau memuatnaiknya ke laman Facebook beliau. Dedikasi yang ditunjukkan Akoto mendapat pujian ramai.
Seorang pelawak dan guru di Ghana, Kwadwo, turut berkongsi status Akoto ini hingga beliau mendapat hampir 180,000 peminat baru di Facebook.
Selepas kisah ini tular, ramai yang berkongsi keperitan dan dedikasi cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam itu pada pihak yang berkuasa. Salah seorang pengguna twitter, Rebecca Enonchong meminta Microsoft Afrika untuk membantu Akoto.
Sehari kemudian, Microsoft Afrika berjanji mereka akan membantu Akoto dengan memberi peralatan dan sumber tambahan pendidikan yang diperlukan sekolah itu.
Walaubagaimanapun, menurut Akoto, sekolah tersebut harus memiliki sekurang-kurangnya 50 komputer desktop sebelum pihak Microsoft Africa akan memenuhi janji mereka.
Cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam kerana tiada pilihan
Apa yang merumitkan lagi keadaan cikgu lukis Microsoft Word setiap kali masuk kelas ini adalah beliau mempunyai komputer riba sendiri. Tapi, komputer riba itu tidak boleh dipakai kerana syllabus pelajaran yang rasmi memerlukan komputer desktop!
Syllabus pelajaran tersebut memerlukan Akoto mengajar bagaimana ingin menghubungkan komputer dan boot mereka. Jadi, ia memerlukan komputer desktop dan bukannya komputer riba…
Maka terpaksalah cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam setiap kali beliau masuk kelas. Muridnya juga terpaksa melalui peperiksaan bertulis tentang topik ICT ini. Bayangkan mereka hanya bergantung kepada teknik “menghafal” untuk benar-benar lulus dalam subjek itu.
Sejak 6 tahun mengajar, hanya seorang pelajar Akoto pernah mendapat gred A dalam subjek ini.
Pengorbanan seorang cikgu lukis Microsoft Word di papan hitam setiap kali masuk belajar menunjukkan betapa penting dan berharganya dedikasi seorang cikgu demi anak muridnya.
Namun, isu ini juga membuktikan masih ada sistem di sesetengah sekolah yang masih belum dikemas kini. Terumatanya di negara-negara membangun.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commurid-makan-bercangkung-kantin/