Jijik, Cikgu Ini Rogol & Ugut Mahu Sebar Gambar Bogel Pelajar Sejak 3 Tahun Lalu!

Siapa sangka, sudah 3 tahun cikgu ini merogol pelajar bawah umur. Semuanya terbongkar apabila dia ugut ingin menyebar gambar bogel pelajar itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cikgu rogol pelajar selama 3 tahun

Harapkan pagar, pagar makan padi!

Mungkin itulah perumpamaan yang paling sesuai dengan tindakan jijik cikgu ini. 

Cikgu tersebut merupakan cikgu muzik di sekolah menengah Dartmouth, San Jose, California.

Dia ditahan pada hari Jumaat tempoh hari kerana pertuduhan mempunyai hubungan seksual dengan seorang pelajar sejak 3 tahun lalu.

Sudahlah melakukan hubungan seks dengan pelajar terbabit (ia dikira sebagai rogol), malah cikgu ini juga mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa jika perbuatannya diadukan.

Kredit: Fox News

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laporan Fox News, cikgu terbabit, Samuel Neipp telah menjalinkan hubungan dengan pelajar itu sejak dia berusia 13 tahun, 3 tahun lalu.

Pihak polis menyifatkan kejadian ini sebagai “salah guna tanggungjawab” dengan menyabitkan Neipp sengaja memeras ugut mangsanya dengan kuasa dia ada untuk mendapat seks.

Semuanya terbongkar apabila Neipp didapati cuba mengugut mangsa untuk menyebarkan gambar bogelnya.

Selepas ugutan itu terbongkar, polis pantas menahan Neipp dan menyelongkar aktiviti terlarang yang dilakukannya.

Neipp kini ditahan di Penjara Santa Clara Coutry atas pertuduhan melakukan hubungan terlarang dengan mangsa minor berusia bawah 14 tahun, menyebarkan secara lisan, memeras ugut dan memiliki pornografi kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia tak boleh diikat jamin.

Ugut untuk sebar gambar bogel selepas cikgu rogol pelajar

Tahukah anda gambar bogel yang digunakan sebagai alat pemeras ugut digelar sebagai revenge porn

Kini, ramai yang menggunakan imej seksual mangsa tanpa keizinan (ataupun dengan keizinan pada sesuatu masa) untuk aktiviti memeras ugut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: DESIblitz

Imej ini termasuklah imej yang telah dihantar oleh mangsa sendiri, namun ia disebarkan selepas sesebuah hubungan retak.

Walaupun begitu, hanya 27 negara saja yang menganggap perbuatan menyebar imej revenge porn sebagai satu perbuatan jenayah. 

Spencer Coursen, seorang pakar keselamatan mendedahkan – imej revenge porn sekarang seringkali digunakan oleh penyerang sebagai taktik “mendapatkan kawalan” daripada mangsa.

Akibatnya, mangsa akan takut dan mendengar kata-kata penyerang.

Apa yang boleh anda buat jika kejadian seperti ini berlaku?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda adalah salah seorang mangsa revenge porn, ini antara 3 perkara yang anda harus lakukan:

1. Ambil tindakan dengan segera

Apabila berhadapan dengan insiden diugut, memang ramai yang mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Tapi, ia sebenarnya perbuatan yang berbahaya!

Anda harus segera mengambil tindakan pada penyerang atau stalker dengan menghubungi pihak berkuasa. 

2. Dapatkan sokongan

Dapatkan nasihat daripada pakar menerusi persatuan keganasan domestik. Ini kerana polis atau pihak berkuasa mungkin tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. 

Jadi, dengan penerangan pakar, mereka faham yang kes revenge porn adalah satu bentuk jenayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Minta pertolongan Google

Jika anda risau gambar itu tersebar di internet, cuba isi borang dalam Google untuk meminta mana-mana gambar atau maklumat peribadi yang terlepas diturunkan dari laman itu.

Ini termasuklah gambar atau imej lucah tanpa keizinan.

Semoga kejadian seperti ini dapat dielak.

Sumber rujukan: Fox News, Mercury News dan Domestic Shelters

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comwanita-dirogol-hari-perkahwinan/

 

Penulis

Ayu Idris