Seorang lelaki yang berusia 45 tahun dari Sarawak dilaporkan telah dibawa ke hospital apabila terdapat cincin zakar yang tersangkut di kemaluannya.
Cincin zakar atau lebih dikenali sebagai cincin kelamin itu dikatakan tidak boleh dicabut dan ditanggalkan daripada kemaluan mangsa.
Oleh sebab panik, mangsa cuba menggunakan gunting untuk memotong cincin zakar terbabit, tetapi dia gagal. Akibatnya, gunting itu juga tersangkut di zakar lelaki tersebut!
Gara-gara cincin zakar, mangsa digegaskan ke hospital
Menurut Pengarah Jabatan Bombda dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, mangsa datang ke balai bomba Batu Lintang untuk mendapatkan bantuan.
Namun, pihak bomba gagal membantu mangsa, mengakibatkan mangsa pantas di bawa ke Hospital Sarawak. Selepas 25 minit, cincin zakar itu berjaya dikeluarkan.
Itupun selepas doktor pakar menggunakan pelbagai peralatan khas seperti pemotong gergaji untuk mencabut cincin kelamin terbabit. Mangsa dalam keadaan stabil.
Adakah cincin zakar benda yang selamat?
Kita jarang bercakap tentang cincin zakar atau cincin kelamin ini. Walaupun begitu, sudah banyak kes tentang lelaki terpaksa digegaskan ke hospital gara-gara cock ring ini.
Sebenarnya, apa fungsi cincin kelamin ini dan adakah ia selamat?
Cincin kelamin ini direka khas untuk membantu masalah zakar yang mati pucuk, mahupun zakar yang tidak dapat tahan lama lalu cepat ereksi (cepat terpancut).
Ada juga kepercayaan yang mengatakan cincin zakar atau cincin kelamin ini mampu memantapkan ereksi, mengekalkan ketegangan dan petua tahan lama.
Oleh sebab zakar adalah satu organ intim yang komplek, di mana ereksi hanya akan terjadi jika darah dipam dengan mencukupi untuk “membina” tekanan, maka cock ring dikatakan mampu “menyekat” dan “menahan” aliran darah ini agar tidak hilang dari zakar.
Walaubagaimanapun, tanpa lelaki sedar, pemakaian cock ring mereka sebenarnya salah dan ia mengundang bahaya!
Cara pemakaian cincin zakar yang selamat
Sepatutnya, sebelum anda terburu-buru mendapatkan cincin kelamin ini, anda patut berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang masalah anda.
Cincin zakar tidak akan dapat membantu jika anda tidak benar-benar faham apa masalah yang dialami. Selain itu, pastikan anda mengikut langkah keselamatan ini jika ingin memakai cincin kelamin:
- Jangan ambil ubat-ubatan lain seperti Xanax atau sebagainya
- Pakai cincin ini hanya apabila zakar sudah menegang. Jangan pakai sebelum itu!
- Jangan pakai cincin ini lebih dari 40 minit!
- Guna gel pelincir untuk memudahkan cincin dimasukkan dan ditanggal
- Tanggalkan cincin jika anda rasa sakit, kebas dan zakar berubah pucat atau kebiruan
- Jangan guna cincin kemain jenis besi. Ini punca mengapa ramai lelaki masuk bilik kecemasan!
- Jangan pilih penis ring yang terlalu berat kerana ia boleh merosakkan struktur penis.
- Kalau cincin tersangkut pada penis, segera dapatkan bantuan!
Kesan sampingan memakai cincin kelamin
Penggunaan penis ring dalam jangka masa pendek, dengan langkah keselamatan yang betul memang bukan satu masalah.
Tapi ia akan jadi satu masalah jika lelaki memakainya terlalu lama, atau terlalu ketat hingga tidak boleh dikeluarkan! Tidur atau menggunakan dadah ketika memakai cincin ini juga amat berbahaya.
Antara kesan sampingan memakai cincin ini adalah zakar akan berasa kebas dan sakit. Jika ada tanda-tanda ini, sebaiknya cincin tersebut ditanggalkan dengan segera.
Sebenarnya, ejakulasi pramatang atau cepat terpancut adalah kerana daya kawalan ejakulasi yang lemah. Kurangkan geselan pada faraj dan cuba kawal pernafasan.
Di bawah ini, kami sediakan sebuah video tentang bagaimana cara pemakaian cock ring atau cincin zakar dengan selamat. Semoga perkongsian ini berguna!
Sumber rujukan: Channel News Asia, Vavven.org, The Healthy Bear
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: