10 Sebab Mengapa Cinta Dalam Perkahwinan Masih Utuh Dan Mekar

Fasa honeymoon telah berlalu dan kini kita tertanya-tanya bagaimana mahu memastikan cinta dalam perkahwinan terus utuh dan mekar. Tak perlu terus gusar. Artikel ini ada berkongsi tipnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memastikan cinta dalam perkahwinan terus mekar antara suami isteri bukanlah satu perkara yang mudah.

Lagi-lagi kalau musim ‘honeymoon‘ sudah pun berlalu dan keluarga kita semakin berkembang dengan kehadiran anak-anak.

Tapi, dengan kesedaran dan langkah yang betul, masih ada ruang untuk memastikan rasa sayang dan cinta dalam satu-satu perkahwinan itu terus mekar dan utuh.

10 sebab mengapa cinta dalam perkahwinan terus berkembang mekar!

Di sini, kami akan kongsikan dengan anda 10 pendapat serta perkongsian daripada pasangan-pasangan yang telah lama bersama.

Mereka bercerita tentang perkara-perkara yang menyebabkan rasa cinta dan sifat romantis terus hidup antara mereka dan pasangan.

1. Dia menceriakan hari-hari saya

Kredit: Huffington Post

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Siapa yang tak suka pada lelaki macho dan berjambang, kan? Yang lebih penting, dia sentiasa tahu apa yang saya perlukan.

Sama ada mendengar saya merungut tentang masalah dan cabaran yang saya lalui pada hari tersebut, atau menunggu saya pulang dari pejabat untuk makan malam bersama, atau mengurut belakang saya. Dia sentiasa ada!” – Kaila W.

2. Dia seorang yang periang

Kredit: Huffington Post

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Apa yang membuatkan saya tertarik pada Jarrod adalah caranya yang sentiasa riang dan menyerikan hari saya. Hidup berkeluarga dan berkarier sememangnya meletihkan dan boleh menyebabkan stress.

Tapi, Jarrod pandai membuat kelakar sehinggakan saya tak jadi nak stress walaupun ketika melekat dalam trafik jem di waktu petang!

Dia menambahkan rasa tenang dan gembira dalam hidup saya.” – Simran K.

3. Dia pandai buat lawak, tapi tak sampai mempersendakan orang lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Huffington Post

“Suami saya, Scooby, sentiasa membuatkan orang lain ketawa. Tapi, saya suka bagaimana dia masih kekal kelakar tanpa mempersenda atau menjatuhkan air muka orang lain.

Dia menyinari hari saya dengan senyumannya yang manis, pembawakan diri yang sentiasa gembira dan hati yang baik dan murni.” – Lauren B.

4. Dia seorang ayah yang sempurna pada anak-anak saya

Kredit: Huffington Post

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Apabila saya lihat pada suami saya, saya sentiasa terfikir tentang bagaimana sempurna dirinya sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.

Dia rajin melayan dan bermain dengan anak-anak, mengajar mereka tentang harga diri, dan sentiasa menggalakkan mereka untuk menjadi insan yang tabah dalam mengharungi cabaran dalam hidup.” – Candice M.

5. Dia penyabar bak seorang alim!

Kredit: Huffington Post

“Lelaki saya sangatlah penyabar orangnya. Dia akan peluk saya apabila saya mempunyai masalah dan dia akan kekal tenang melayan kerenah saya.” – Victoria O.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Saya suka sikapnya yang gemarkan cabaran!

Kredit: Huffington Post

“Saya tertarik dengan sifat Tim yang sangat sukakan cabaran dan suka melakukan pelbagai perkara baru.

Dia memberi inspirasi kepada saya untuk mengembara ke seluruh dunia, mencuba hobi baru dan sentiasa kekal positif tidak kiralah walau apa yang berlaku.” – Kelsey G.

7. Dia seorang yang sentiasa fokus dalam kerjanya

Kredit: Huffington Post

“Saya tertarik dengan Donn kerana pelbagai sebab. Tapi antara yang paling saya suka adalah sikapnya yang sentiasa fokus dalam kerjanya. Kadangkala, sehingga terlupa tentang hal lain!

Saya suka apabila dia tiba-tiba berhenti dan mula memberi fokus kepada saya. Saya sanggup menunggunya habis melakukan sesuatu!” – Katie L.

8. Dia seorang nerd, dan saya sukakannya 

Kredit: Huffington Post

“Saya suka Lufuno kerana sifatnya yang nerd. Dia sukakan permainan, muzik dan juga filem muzikal!” – Oliver S.

9. Dia mempunyai sepasang mata yang ikhlas

Kredit: Huffington Post

“Saya tertarik dengan cara tunang saya melihat orang lain dan caranya melihat dunia. Apabila dia memandang saya, saya boleh merasakan keikhlasannya.

Matanya kelihatan baik dan mampu berhubung dengan orang lain melaluinya!” – Megan D. 

10. Dia tidak pernah meninggalkan saya ketika saya sakit

Kredit: Huffington Post

“Dia memenangi hati saya apabila dia beritahu saya yang jika penyakit imun saya menyebabkan kami hanya mampu bersama untuk beberapa tahun sahaja, dia sanggup; dia ingin menghabiskan sisa waktu dengan saya!

Walaupun terpaksa melalui rawatan limfoma dan pelbagai prosedur lain, dia tidak pernah pergi dari sisi saya.” – Nika B.

Ibu ayah, rasa cinta dalam perkahwinan perlu sentiasa dipupuk

Begitulah perkongsian pasangan-pasangan yang kekal bahagia dalam hubungan mereka.

Setiap antara mereka mempunyai perkara yang berbeza yang mereka sukakan tentang suami atau isteri masing-masing.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah sifat pasangan yang telah berjaya menawan hati anda dan kekal menawannya sehingga kini? Jom berkongsi di ruang komen ya!

Sumber: Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 Perkara Suami Isteri WAJIB Buat Setiap Pagi Agar Perkahwinan Lebih Intim & Berkekalan

Penulis

Noor