"Akhirnya Aku Tahu Kenapa Ibu Tak Cari Pengganti Setelah 21 Tahun Ayah Pergi"

Seorang gadis di laman Twitternya, kisah cinta abadi ibu dan bapanya mendapat lebih 26,900 retweet dan lebih 39,000 like kerana menyentuh hati netizen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cinta hingga akhir hayat. Pasti ini yang dijanjikan dan diimpikan setiap pasangan berkahwin.

Tetapi cinta itu tidak hanya boleh diungkap ia mesti disertakan dengan perbuatan dan usaha yang terbaik kepada pasangan untuk sentiasa menyemarakkannya.

Namun, yang hidup pasti mati dan tiada siapa tahu bila ajal datang menjemput. Kehilangan cinta hati bukan mudah diganti-ganti, ada yang mungkin membujang hingga ke mati.

Seperti dikongsikan seorang gadis di laman Twitternya, kisah cinta abadi ibu dan bapanya mendapat lebih 26,900 retweet dan lebih 39,000 like kerana menyentuh hati netizen

Cinta hingga akhir hayat, akhirnya tahu kenapa ibu masih membujang selepas 21 tahun

Kredit foto: Twitter UmairaHaris

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau berkongsi, akhirnya beliau tahu kenapa ibunya masih membujang walaupun bapanya sudah meninggal 21 tahun yang lalu. 

Beliau yang berkongsi coretan surat dari arwah bapanya kepada ibunya tersentuh dengan kisah percintaan mereka. Ayat puitis penuh romantis, tetapi ikhlas dari hati memang menusuk.

21 tahun bukan sekejap, tetapi memang tidak hairan mengapa ibunya kekal setia kerana mungkin tiada ganti seperti arwah bapanya. 

Mahu cinta terus bertahan, elak lakukan 7 perkara ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Setiap pasangan yang menjalinkan hubungan cinta pasti mahu hubungan yang dibina kekal bahagian apatah lagi yang sudah berkahwin. Lumrah bagi setiap pasangan mengalami masalah dalam perhubungan namun ia perlu dikawal dan diselesaikan dengan sebaiknya agar hubungan cinta terus bertahan lama.

Namun ada sebab-sebab tertentu yang mampu membuatkan hubungan cinta itu berantakan dan tidak kekal lama malah gagal menemui jalan penyelesaian.

Elakkan daripada melakukan perkara-perkara ini bagi menjamin hubungan anda agar lebih bahagian dan harmoni. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Menipu

Komunikasi adalah kunci utama. Menipu adalah pembunuh utama dalam perhubungan. Ia boleh jadi ledakan bom yang mampu memusnahkan segalanya. Ada yang menganggap menipu untuk kebaikan atau menyelamatkan sesebuah perhubungan kerana tidak mahu mengguris hari pasangan, tetapi jangan tak tahu ia dalam diam memakan diri. 

Anda perlu tahu ada sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka dipermainkan.

#2. Berbeza pendapat

Memang setiap orang ada pendapat masing-masing dan perbezaan pendapat itu memang perkara yang biasa berlaku dalam sesebuah hubungan. Perbezaan pendapat inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah dan akhirnya membantutkan perkembangan sesebuah perhubunga.

#3. Mengungkit hal lalu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi kepantangan bagi seseorang jika hal yang sudah berlalu diungkit kembali. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu jika anda mahu hubungan dengan pasangan kekal lama.

Untuk apa terus hidup dalam kenangan lama, jika yang baru boleh dicipta. Semarakkan hubungan yang baharu ini.

#4. Kawan dan keluarga

Tidak mustahil kawan dan keluar juga boleh menyumbang kepada retaknya dan kekalnya sesebuah perhubungan kerana dua entiti ini sangat penting dalam mempengaruhi hidup seseorang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengaruh daripada rakan dan keluarga boleh mempengaruhi proses membuat keputusan seseorang. Jangan tak tahu, orang yang anda sayang pun boleh terlepas jika keluarganya tidak menyukai anda.

#5. Harapan terlalu tinggi

Ada orang yang meletakkan harapan terlalu tinggi kepada pasangannya, sedangkan harapan tertinggi kita patut letakkan kepada maha Pencipta. Ada juga yang terlalu bergantung harap kepada pasangan. Ada lelaki yang menyukai perkara ini tetapi ada juga yang sebaliknya.

Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin boleh meruntuhkan dan meretakkan sesebuah perhubungan di tengah jalan. Ada pula yang inginkan kebebasan tetapo dikongkong, akhirnya memberontak dan pergi tinggalkan perhubungan retak di tengah jalan begitu saja. 

#6. Kehidupan yang mendesak

Ada kalanya kehidupan yang mendesak, ditambah pula masalah kewangan yang melanda memang boleh membuatkan sesebuah perhubungan itu tidak bertahan lama. Kehidupan yang sangat terdesak kadang kala membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

#7. Tidak ikhlas

Setiap perhubungan yang terbina sudah tentu mempunya hala tuju tertentu. Jika kedua-dua pihak ikhlas dalam mencipta perhubungan berkenaan ia akan bertahan lebih lama berbanding keikhlasan hanya diberikan oleh sebelah pihak saja. Bak kata pepatah Inggeris, it takes two to tango. Fahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan hubungan yang dibina kekal berkekalan. 

Sumber: UmairaHaris, pesona pengantin, baituljannah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Lala Annuar