Hubungan rumah tangga yang penuh bahagia dan cinta setia menjadi impian buat semua insan.
Namun, jangan sangka bahawa ia akan berkekalan tanpa adanya onak duri yang menguji tahap percintaan anda sehingga ada yang tewas dan sanggup ‘pasang lain’.
Cinta setia dinodai
Mendapat tahu pasangan telah berlaku curang adalah hal yang cukup menyakitkan. Bayangkan sendiri hubungan yang telah bertahun terbina dicemari dengan ketidakjujuran dalam percintaan.
Namun di sebalik ia terjadi, sebenarnya terdapat beberapa alasan yang membuatkan seseorang memilih untuk curang dalam diam meskipun mereka tahu ia adalah satu kesalahan dalam berumah tangga.
90% mengatakan bahawa kecurangan adalah perkara yang tidak boleh diterima sampai bila-bila kerana ia memberikan kesan yang cukup besar terhadap hubungan suami isteri.
Pun begitu, kajian mendapati seramai 40% tetap berani melakukan perkara ini tanpa pengetahuan suami atau isteri tercinta.
Punca kehadiran orang ketiga
Sebenarnya, mereka melakukan kecurangan terhadap hubungan cinta setia yang telah lama terbina ini adalah disebabkan oleh pelbagai alasan.
#1. Kurang perhatian
Menurut salah seorang ahli psikologi dan terapi seks di Jerman, Christopher Ryan Jones, mengatakan salah satu penyebab seseorang berbuat demikian adalah kerana mereka kurang mendapat perhatian yang cukup dari pasangan mereka.
“Bagi sesetengah orang, perhatian yang diberikan membuatkan diri mereka berasa dihargai. Layanan dari insan baru mungkin lebih membuatkan mereka lebih selesa dan nikmat.”
Hal ini tidak bermaksud bahawa isteri yang berada di rumah gagal membahagiakan suami tercinta. Namun, ia adalah lumrah nafsu seorang lelaki sejati untuk ‘mencuba’ orang baru.
Bukan itu sahaja, terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan seorang suami sanggup mencurangi isteri. Pertama adalah mereka sengaja mencari perhatian dari orang lain.
Kemungkinan yang kedua adalah mereka mencari cara untuk sentiasa berasa ditemani dan dibelai dengan penuh ikhlas.
#2. Sikap isteri yang merendahkan suami
Tambah Jones lagi, ia boleh terjadi kerana pasangan yang sedia ada tidak pandai menilai diri mereka sehingga ada yang sanggup memperlekehkan kemampuan sebagai seorang suami yang terbaik.
Situasi sebegini sekaligus mendorong mereka memilih untuk mendapatkan pasangan yang baru bagi menonjolkan diri dan maruah mereka lebih baik.
#3. Tidak mampu memenuhi keperluan
Masalah curang boleh terjadi kerana para suami sudah mula merasakan bahawa kehendak zahir dan batin mereka tidak dapat dipenuhi dengan sempurna.
Hal ini dinyatakan oleh ahli psikologi Therapy Group New York, Jaclyn Lopez Witmer, kebanyakan dari suami telah menyatakan dengan jelas kemahuan nafsu mereka dengan isteri.
Namun, ia menjadi sesuatu yang sulit untuk difahami sehingga suami sering berimaginasi kemahuan mereka dari segi seksual mahupun emosi bersama dengan wanita yang lebih baik dari anda.
#4. Sentiasa sporting dengan semua orang
Peluang terjadinya perselingkuhan ini menjadi begitu luas apabila adanya sikap menggoda dari kalangan wanita dan suami bersikap lebih terbuka dengan rakan di tempat kerja.
Menurut Lopez, hal ini akan wujud dengan sendiri tanpa mereka sedari. Ia mungkin dimulakan dengan kecurangan perasaan, seterusnya berkongsi waktu bersama atau jatuh cinta secara tidak sengaja dengan wanita lain.
”Kecurangan tidak berlaku dalam satu peluang. Ia boleh timbul melalui tabiat sehingga akhirnya seseorang cuba untuk membenarkan kelakuannya,” ujar Lopez.
#5. Menipu untuk menjaga perasaan pasangan
Beberapa faktor lain yang boleh mencetuskan masalah ini adalah sikap ketidakjujuran, kualiti sesebuah hubungan dan bagaimana suami mendefinisikan hubungan rumah tangga yang telah dimiliki.
Biasanya, seseorang akan memilih untuk menjauhkan diri dan menipu pasangan apabila mendapat tahu dirinya bakal ‘kantoi’ dengan hubungan terlarang berkenaan.
Dalam hal ini, mereka sanggup menipu pasangan bagi membolehkan sesebuah hubungan berakhir dengan mudah. Pastinya seorang lelaki yang ego tidak akan memikirkan kesan dari pilihan yang diambil kerana mereka terlalu mengikut tekanan nafsu.
Bukan hanya itu, suami mempunyai hubungan sulit adalah kerana mereka memilih untuk tidak memberitahu perasaan sebenar kerana takut akan menghancurkan perasaan isteri.
Sumber: Padang Kita
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
Sudah Berkahwin Pun Ramai Suami Rasa Nak Curang, Ini 6 Sebabnya!