Pernah tak ibu bapa perasan yang ciri ciri anak kedua amat jauh berbeza dari anak pertama?
Kadang-kadang, perangai anak pertama dan kedua ini sungguh berbeza sampai ibu bapa pun naik pelik. Lahir dari rahim yang sama, tapi kenapa perwatakan berbeza sangat?
Jangan hairan, parents! Sebenarnya, ciri ciri anak kedua dan anak pertama jauh berbeza mungkin sebab cara layanan ibu bapa juga. Masa anda mengandung anak pertama, anda dipenuhi dengan rasa takut dan cemas.
Takut inilah, takut itulah. Saat melahirkan anak kedua pula, parents lebih santai kerana telah ada pengalaman menguruskan anak sulung.
Jadi, tanpa disedari, perbezaan layanan ibu bapa ini yang kadang-kala membentuk perwatakan dan ciri ciri anak kedua!
Sebuah komik dari The Messycow Comics menggambarkan 5 perbezaan layanan ibu bapa itu dalam bentuk kartun seperti berikut. Ia sungguh lucu, percayalah!
5 layanan ibu bapa membentuk ciri ciri anak kedua
1. Ketika mengandung
Ketika mengandung anak pertama, ibu akan berusaha menjaga kesihatan dan mengikut segala yang disuruh doktor.
Anda hanya akan makan makanan sihat dan cuba mengelak makanan yang dilarang doktor.
Tapi ketika mengandung anak kedua, ibu akan cenderung lebih menikmati proses kehamilan itu. Lalu anda akan makan apa saja yang anda ingini.
Itu antara sebab perbezaan ketara antara ciri ciri anak kedua dan anak sulung. Anak sulung lebih teliti dan mendahului adik-adiknya. Manakala anak kedua lebih santai dan gemar melakukan apa saja yang dia mahu.
2, Ketika ibu menyusu anak
Saat pertama kali menjadi ibu pasti akan memberi banyak tekanan pada ibu bapa. Lebih-lebih lagi tentang bab penyusuan badan.
Waktu jadi ibu buat pertama kali, anda akan bingung kenapa susu badan sikit, kenapa bayi tak mahu minum susu badan yang dipam, kenapa puting luka dan sebagainya.
Namun, ketika ada anak kedua, ibu sudah tak kisah apa cakap-cakap “makcik bawang”. Kalau susu badan anda tak keluar dengan banyak, anda akan beri anak susu formula.
Yang penting anak tidak kebuluran dan nutrisi anak tidak terganggu!
Ini jugalah yang membawa perbezaan antara ciri ciri anak kedua dan anak sulung. Anak sulung umpama eksperimen pertama kita.
3. Ketika beli anak baju
Kajian mengatakan anak kedua cenderung lebih berjaya dan lebih kreatif daripada anak pertama. Pernahkah anda terfikir mengapa?
Ciri ciri anak kedua lebih cenderung ke arah kreativiti kerana kita sendiri sebagai ibu bapa lebih kreatif melayan anak kedua ini!
Ingat tak waktu kita ingin membeli baju untuk anak sulung dan anak kedua dulu? Yang sulung memang excited habis nak beli semua baju.
Yang kedua…. ehem jadi kreatif sikit lah! Anda hanya cari dan bagi baju abang/kakaknya sebelum ini 😛
4. Ketika anak sakit
Anak sakit boleh bikin satu rumah kerisauan. Biasanya, ibu baru baru memang akan lebih cepat panik dan ingin cepat-cepat bawa anak berjumpa doktor.
Pengalaman ini yang membuatkan parents lebih ready apabila anak kedua sakit.
5. Ketika mengasuh anak
Anak kedua lebih gemar melakukan apa yang mereka mahu dan lebih berani mengambil risiko. Anak pertama lebih mematuhi peraturan. Mengapa, ya?
Mungkinkah ia sebab perbezaan cara anda mengasuh mereka dulu? Masa anak pertama, anda akan melarang anak menonton TV.
Anda berusaha cari kegiatan yang mampu merangsang kemahiran motor anak.
Tapi masa anak kedua… ehehe sibuk punya pasal anak terpaksa membenarkan mereka menonton tv. Itupun selepas berebut-rebut dengan si abang!
Lucu kan? Mungkin 5 perbezaan layanan kita ini yang membentuk peribadi dan perwatakan anak-anak.
Namun walaupun ciri ciri anak kedua dan anak pertama jauh sekali, mereka tetap permata hati ibu bapa yang paling bernilai 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kembar Lahir Lain Hari, Bulan & Tahun, Salah Seorang Kembar Itu Lahir Di Malam Tahun Baru