Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), rotavirus adalah salah satu punca biasa untuk cirit-birit teruk dalam kalangan kanak-kanak dengan anggaran 527,000 kematian pada tahun 20041.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak jatuh sakit akibat rotavirus - dan tidak, kami bukan mengatakan ini untuk menakutkan anda.

Data ini adalah bukti.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), rotavirus adalah salah satu punca biasa untuk cirit-birit teruk dalam kalangan kanak-kanak dengan anggaran 527,000 kematian pada tahun 20041. Di Malaysia, 22% to 50% kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan oleh rotavirus dan hampir kesemua pesakit, kanak-kanak di bawah usia 5 tahun2.

Jadi jika anda mempunyai anak di bawah usia 5 tahun, anda perlu lebih berhati-hati.

Tanya Doktor Jika Anak Terjangkit Rotavirus

Jika anak anda menunjukkan simptom-simptom berikut, mereka mungkin dijangkiti dengan rotavirus dan anda perlu merujuk kepada doktor anda.

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus akan hanya menunjukkan simptom selepas dua hari dijangkiti virus. Ia bermula dengan demam dan muntah, selepas itu cirit-birit akan bermula3.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Simptom-simptom ini hanyalah permulaan kerana terdapat komplikasi yang boleh timbul, seperti4:

  • Muntah yang teruk dan cirit-birit
  • Dehidrasi

Menurut WHO, dianggarkan sebanyak 25 juta lawatan hospital dan lebih daripada 2 juta kemasukan hospital disebabkan oleh jangkitan rotavirus yang boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk dan dehidrasi1.

Antara tanda-tanda dehidrasi yang ibu bapa perlu peka dan mengambil tindakan segera adalah3,5:

  • Letih/lesu
  • Mulut, bibir dan lidah kering
  • Tiada air mata ketika kanak-kanak menangis
  • Kekurangan kencing

Bagaimana Ibu Bapa Boleh Mengelak Jangkitan Rotavirus

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya akan timbul rasa takut memikirkan anak-anak mudah terdedah kepada penyakit yang boleh membawa maut yang juga penyakit mudah berjangkit2.

Oleh itu, kebanyakan ibu bapa ingin melindungi anak-anak dengan mengambil langkah-langkah pencegahan berbanding memikirkan apa yang bakal jadi pada anak-anak jika mereka benar-benar terjangkit penyakit ini, bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah pasti, kita boleh mengamalkan tabiat kebersihan baik seperti menyahjangkit semua permukaan dalam rumah, membasuh tangan selepas menukar lampin bayi atau selepas menggunakan bilik air dan juga membersihkan tangan anak-anak.

Namun walaupun penjagaan kebersihan diri dan anak-anak penting, ia mungkin tidak mencukupi.

Bahkan, imunisasi rotavirus adalah salah satu langkah pencegahan6, anda boleh merujuk kepada doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ibu dan ayah, ingat bahawa langkah pencegahan termasuklah vaksin penting untuk kesihatan anak-anak anda.

Rujuk kepada doktor atau pakar pediatrik pada lawatan seterusnya bagi mengetahui lebih lanjut tentang langkah-langkah pencegahan ini.

MY-ROT-00242 Aug/2022

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

REFERENCES::

  1. World Health Organization. Rotavirus. Available From: https://www.who.int/teams/health-product-policy-and-standards/standards-and-specifications/vaccines-quality/rotavirus. Last Accessed 22 August  2022.  
  2. PORTAL MyHEALTH. Rotavirus vaccine. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/rotavirus-vaccine/. Last Accessed 21 August 2022.   
  3. Mayo Clinic. Rotavirus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/symptoms-causes/syc-20351300. Last Accessed 19 August 2022.  
  4. Centers for Disease Control and Prevention. Rotavirus. Available From: https://www.cdc.gov/rotavirus/about/symptoms.html. Last Accessed 19 August 2022,  
  5. Centers for Disease Control and Prevention. Rotavirus. Available From: https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/rota.html. Last Accessed 19 August 2022, 
  6. Immunise4Life. 5 Additional Recommended Vaccines for Children. Available From: https://immunise4life.my/5-additional-vaccines-for-children/. Last Accessed 19 August 2022.