Tahu tak ada pelbagai jenis ciuman yang anda suami isteri boleh praktikkan selain daripada hanya cium mulut?
Ciuman sesama suama isteri memang digalakkan bagi mengeratkan lagi perhubungan. Jika boleh jadikan sebagai satu rutin setiap hari.
Maksud ciuman tu bukan setakat cium mulut sahaja, dalam artikel ini kami kongsikan 10 jenis ciuman yang mampu mengutuhkan lagi perkahwinan anda.
Asal usul cium mulut dan 10 jenis ciuman lain
Anda pernah dengar tentang Kamasutra? Asal usul Kamasutra ini terjadi selepas abad ke-6 Masihi, dimana seorang ahli falsafah India iaitu Vatsyayana melakar secara tepat beberapa jenis ciuman ini didalam buku yang dikenali sebagai Vatsyayana Kamasutra.
Manakala empayar Rom pula telah mewujudkan jenis ciuman barat yang mana diantaranya banyak digunakan sehingga ke hari ini.
10 Jenis ciuman bukan saja cium mulut
#1. Ciuman pertama
Ini adalah ciuman pertama antara anda dan pasangan anda. Sudah tentulah ia berlaku pada malam pertama perkahwinan. Ciuman ini penuh dengan rasa malu-malu tapi berahi.
kerisauan antara anda dan pasangan juga jelas dalam ciuman ini namun lama kelamaan menjadi penuh passionate dan romantis!
#2. Kucupan pagi
Ciuman yang tidak ramai yang berani lakukan kerana waktu pagi kebanyakan orang tidak berasa berahi. Jadi ciuman ini lebih kepada kucupan yang kasual tapi penuh rasa sayang.
Anda hargai pasangan dan ingin memulakan hari-hari indah anda dengan pasangan.
Untuk melakukannya, anda boleh memeluk pasangan anda dari belakang dan cium bibir, pipi atau dahinya.
Anda juga boleh baring bersebelahan pasangan anda buat beberapa ketika sebagai tanda anda ingin mulakan hari anda dengan cinta dan kasih sayang.
#3. Ciuman selamat malam
Kucupan selamat malam ini boleh dikatakan ciuman wajib antara suami isteri sambil disulami ayat ‘I love you’. Tak pernah buat?
Kena mula sekarang. Selain dapat mengeratkan hubungan suami isteri, rutin ini dapat memastikan anda berdua tidur tanpa rasa marah, dendam dan sebagainya.
Iyalah, manalah tahu umur tak panjang, salah seorang daripada anda dapat pergi dengan bahagianya.
Bagaimana untuk melakukan ciuman ini? Rangkul pasangan anda menghadap sesama sendiri dan cium dengan mesra dan intim. Jangan lupa bisikkan ‘I love you.’
#4. Ciuman erat
Ciuman ini dalam bahasa inggeris diberi nama ‘engagement kiss’. Kerana ia adalah teknik ciuman selepas seorang wanita itu dilamar.
Rangkul erat pasangan dengan memegang pinggul, sambil melakukan satu ciuman yang penuh ghairah tapi tidak keterlaluan.
Ciuman ini lebih kepada ciuman sedia untuk melangkah ke alam perkahwinan atau sedia untuk komitmen dalam berpasangan.
Selain itu, ada beberapa ritual lain seperti bertukar cincin akan dilakukan.
#5. Ciuman mata
Ciuman mata lebih kepada menyatakan sayang daripada menyatakan rasa berahi. kucup lembut mata pasangan anda dan biarkan dia merasa haba dalam anda bernafas.
Ciuman ini juga sangat intim dilakukan waktu sebelum memulakan hubungan seks, dan usai hubungan intim.
#6. Laga hidung (eskimo kiss)
Laga hidung juga antara jenis ciuman sebenarnya. Ia sangat popular dikalangan orang Latin. Lagakan hidung sebelum memulakan ciuman yang lebih intim pada mulut.
#7. Forehead Kiss
Jenis ciuman ini lebih kepada rasa ingin menjaga pasangan, dan rasa menghargai pasangan.
Suami digalakkan cium isteri di dahi sebelum pergi ke pejabat dan isteri pula mencium tangan suami.
Ciuman dahi juga terkenal dalam memberi ciuman selamat tinggal. Tapi bukanlah tinggal lama-lama, sebelum keluar rumah maksudnya.
Selepas ciuman boleh diakhiri dengan pelukan mesra, mmmm sayang dia! Cakap begitu.
#8. Ciuman telinga
Telinga merupakan salah satu daripada bahagian badan yang agak sensitif sama seperti bibir, leher dan juga mulut.
Ciuman telinga sentiasa berakhir dengan hubungan intim yang cukup ghairah. Jaranglah pasangan suami isteri cium telinga tak saja-saja.
Mula-mula, letakkan bibir anda pada telinga pasangan anda dan perlahan-lahan hembuskan nafas anda kemudian gerakkan lidah anda pada cuping telinga pasangan anda, tapi ingat jangan keterlaluan nanti jadi geli.
#9. Cium leher dan tulang selangka
Ciuman ini cukup halus tekniknya. Jika kena waktu, ia akan membawa anda dan pasangan ke arah yang lebih mengasyikkan.
Ciuman ini biasa dilakukan oleh kedua belah pihak. Bukan lelaki saja yang lakukannya pada wanita. Malah jika wanita lakukan aksi ini lebih dikatakan seksi dan menggoda.
Tak percaya? Boleh cuba malam ini!
#10. French Kiss
Ciuman yang ditunggu-tunggu, orang melayu panggil ni ‘cium mulut’! Mungkin kedengaran agak pasar tapi itulah hakikatnya.
Jadi untuk tidak spoilkan maksud ciuman ini, ayuh kita panggil ia dengan ciuman Perancis atau ‘French kiss’.
Siapa yang tak tahu bukan jenis ciuman ini? Ia melibatkan lidah dan satu teknik yang cukup halus dan mengghairahkan.
Tapi ciuman ini kalau salah langkah, yakni terlalu banyak menggunakan lidah boleh jadi ‘turn off’.
Mulakan ciuman ini dengan cium mulut biasa, kemudian keluarkan lidah sedikit demi sedikit dan nantikan maklum balas dari lidah pasangan.
Kemudian nikmatilah ciuman mulut ini seadanya. Ingat, jangan keterlaluan kalau anda inginkan pengakhiran di kamar tidur!
Sumber: Suami Sihat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pentingnya Mencium Dahi Isteri dan Isteri Cium Tangan Suami