Walaupun berciuman sering dipandang sebelah mata dan hanya dianggap teknik foreplay, ciuman bibir mampu menjadi pembuka paling lazat sebelum menikmati ‘hidangan’ utama. Ciuman bibir bukan hanya sekadar ‘bersilat’ lidah tetapi ia juga boleh jadi lebih ghairah dengan beberapa teknik ciuman bibir mesra.
Bagi mendapatkan sensasi seks yang lebih nikmat, bercium pun perlu ada cara dan tekniknya. Bukan pakai hentam saja ya!
Wanita atau lelaki perlu belajar caranya, jadi anda boleh guide pasangan anda bagi menghangatkan lagi sensasi seks anda berdua. Seks hangat dan sensasi pasti mampu mengeratkan lagi hubungan anda berdua yang kadangkala ada pasang dan surutnya.
Ciuman bibir mesra hangatkan suasana di ranjang
Ramai yang memang suka bercium bibir, tetapi ramai juga yang tidak tahu teknik ciuman yang mampu meningkatkan suasana romantis dan kehangatan di ranjang.
Kadangkala ada yang hanya mahu ia meningkatkan nafsu saja, tetapi elemen romantis yang mampu membangkitkan kehangatan di ranjang kadang kala terlepas pandang, dilupakan dan dipandang sepi yang akhirnya menimbulkan ‘kelesuan’ suasana di ranjang.
Suasana di ranjang juga perlu sentiasa dibangkitkan dan disuntik elemen romantis agar masing-masing tidak bosan dan ingin sentiasa terus dimanjakan pasangan. Malah teringat-ingat walaupun selepas selesai ‘bertarung’ dengan penuh kasih dan sayang.
Jika anda rasa terindu-rindu aksi seks bersama pasangan, mungkin anda sudah lakukan teknik yang betul. Tapi mungkin boleh hangatkan lagi dengan teknik baharu yang mungkin anda tak pernah cuba sebelum ini. Mana tahu, lebih kuat rindunya selepas ini kan?
6 teknik ciuman bibir mesra yang lebih menggoda
Ciuman bibir memang nampak biasa saja sebelum ke peringkat seks yang lebih jauh, tetapi jika dilakukan dengan teknik yang sesuai dan lebih mesra, pasti ia mampu meningkatkan suasana lebih romantis dalam perhubungan anda dan pasangan.
Siapa tahu, selepas ini jika gunakan teknik baharu ini, aksi diranjang akan menjadi lebih hangat, malah lebih baik jika ia mampu mengeratkan hubungan anda dan pasangan.
#1. Bersandar di sofa
Ketika sedang menonton televisyen bersama anda boleh praktikkan cara ini. Cuba alihkan perhatian pasangan dengan membelai pasangan anda sambil memalingkan wajahnya menghadap wajah anda.
Bila dia sudah menunjukkan reaksi lebih ‘jauh’ dan mula menunjukkan tanda mahu lebih mesra dan pergi lebuh jauh, perlahan-lahan tolak badannya untuk bersandar di sofa.
Bermula di sini, anda mungkin boleh memulakan permainan dengan mencium bibirnya dengan ‘silat’ lidah. Posisi ini membuatkan anda semakin dekat dengan pasangan secara fizikal yang mampu meningkatkan ghairah seks anda berdua. Cubalah! Mungkind dengan cara ini sensasi seks akan lebih hangat buat anda berdua.
#2. Woman on top
Yang wanita boleh menolak pasangannya perlahan-lahan sehingga dalam keadaan berbaring dan anda juga boleh berbaring di atas dadanya. Teruskan dengan membelainya dengan ciuman penuh lembut, mesra dan mengghairahkan.
Sensasi seks anda mungkin akan lebih membara dengan teknik ini yang dilakukan bersama-sama pasangan tercinta.
#3. Ciuman di leher atau dada
Siapa saja yang tidak pernah melakukan teknik ciuman seperti ini kan? Langkah pertama, berikan dulu ciuman lembut di leher pasangan sebagai teaser untuk aksi seterusnya. Kemudian hisap dan gigit lembut di kawasan leher atau dada pasangan dan lagi best jika anda tinggalkan ‘tanda’ cinta yang buat pasangan teringat bila mereka melihatnya.
Sakit dari gigitan seperti ini akan membangkitkan rasa ghairah anda berdua, malah membuatkan pasangan mendesah lebih kuat dan laju yang bakal meningkatkan ghairah masing-masing.
#4. French kiss
Ciuman sambil memainkan lidah menjadi foreplay yang paling intim dan akan memanaskan keghairahan seks anda bersama pasangan.
#5. Spider man
Mungkin ada yang ingat aksi ini dalam filem Spiderman yang mana hero Spider man Peter Parker bergayut sambil menterbalikkan badan untuk mencium Mary Jane, Kirsten Dunst.
Walaupun anda tidak ada kuasa super power dan bergayut pada jaring labah-labah dan begayut. Anda masih boleh meniru aksi ini.
Caranya adalah dengan berbaring di atas katil, dalam keadaan berlawanan arah. Dari posisi ini anda juga boleh meneroka badan pasangan seperti terus turun ke leher dan dada. Ini adalah zon sensitif lelaki dan wanita.
#6. Kulum bibir bawah
Ciuman bibir seperti ini akan memancing pasangan untuk meminta memberikannya anda lebih lagi kerana ia menyenangkan. Pasangan akan lebih ghairah untuk ke peringkat seks seterusnya jika ‘dipanaskan’ dengan teknik ini terlebih dulu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: hellosehat
Baca juga:
Ciuman Mulut Ke Mulut Bantu Rapatkan Hubungan Suami Isteri Agar Lebih Mesra