Sebenarnya, ada beberapa contoh permainan anak yang mendidik. Walaupun ramai ibu bapa menganggap bayi baru lahir tidak memerlukan mainan, tapi ternyata pendapat tersebut tidak tepat kerana mainan membantu perkembangan si kecil.
Bermain merupakan proses belajar yang penting dalam kehidupan awal anak. Meskipun baru lahir, si kecil itu dapat belajar banyak benda daripada apa yang dia lihat.
Malah dengan permainan, ia menambah kemampuannya dari segi kehamiran motor, kognitif, emosi dan lain-lain. Untuk itu, saya sertakan 6 contoh permainan anak yang mendidik.
6 Contoh Permainan Anak Yang Mendidik
Contoh permainan anak yang mendidik: #1. Mainan hitam putih
Setelah dilahirkan, mata bayi belum sempurna untuk melihat. Bahkan, dia hanya dapat melihat warna hitam putih dengan jarak pandang sekitar 10 ke 25 cm ketika berusia 0-1 bulan saja.
Tapi pandangan mata si kecil akan bertambah baik seiring dengan waktu.
Jadi untuk permulaan, anda boleh tunjukkan si kecil gambar hitam putih dan dia akan memerhatikannya tanda tertarik dengan gambar tersebut.
Kemudian anda gerakkan gambar hitam putih itu lalu amati adakah si kecil mengikut arah gambar tersebut. Anda boleh mencubanya ketika bayi berusia satu hingga dua bulan.
Contoh permainan anak yang mendidik: #2. Mainan gantung
Permainan anak yang mendidik adalah mainan gantung kerana ia membantu merangsangkan pancaindera bayi usia satu hingga empat bulan.
Bahkan si kecil akan tersenyum apabila melihat mainan ini berpusing di hadapannya.
Apatah lagi mainan gantung ini boleh berbunyi dan bergerak sendiri di atas bulatannya. Sekaligus menarik minat bayi untuk bermain.
Contoh permainan anak yang mendidik: #3. Mainan lembut
Pernah tak dengar permainan Sophie the Giraffe yang terkenal di Perancis sejak 40 tahun lalu. Menurut data tahun 2010 sebanyak 816,000 mainan ini terjual.
Sedangkan jumlah bayi yang dilahirkan pada tahun tersebut seramai 828,000. Maksudnya di sini, ramai bayi yang memiliki mainan tersebut.
Mainan lembut ini digemari bayi sekitar empat bulan dan dimulai dengan mengigit.
Walauapapun, sebelum memberikannya pada si kecil anda. Perhatikan juga sama ada mainan itu mudah digenggam, tidak membahayakan dan tidak terlalu berat.
Contoh permainan anak yang mendidik: #4. Buku bayi
Setelah berusia lima bulan, bayi sudah boleh menggosokkan tangannya terhadap pelbagai permukaan. Oleh itu, ibu boleh berikan mainan dengan pelbagai tekstur bagi merangsang minda si kecil.
Perkenalkan buku bayi yang dibuat dari kain dan memiliki tekstur yang berbeza pada setiap halamannya. Kemudian, bacakan cerita setiap hari sebelum tidur, sekaligus menarik minatnya membaca buku sejak kecil.
Pilih buku yang mempunyai jalan cerita yang tidak terlalu panjang hanya beberapa patah ayat saja dalam satu halaman.
Contoh permainan anak yang mendidik: #5. Bola
Bayi yang sudah merangkak, mainan bola membantu merangsang kemampuannya untuk terus merangkak.
Apatah lagi, dia dapat sentuh dan mendapatkan bola tersebut ketika bergerak. Begitulah seterusnya, hingga anda dapat melihat si kecil tangkas semasa merangkak demi mendapatkan bola yang berada di hadapan matanya.
Pastikan anda memilih bola yang mempunyai pelbagai tekstur, boleh berbunyi apabila dipicit dan lembut.
Contoh permainan anak yang mendidik: #6. Mainan cermin
Ketika usia tiga hingga empat bulan, fungsi mata bayi semakin baik. Bahkan dia dapat melihat warna dengan jarak pandang lebih jauh.
Pada usia ini juga si kecil cuba menggapai mainan yang digantung tapi akibat tidak boleh mencapainya dia pasti akan menangis. Kemudian dia akan mengeluarkan bunyi ‘ah uh he’ sambil memandang mainan tersebut.
Bahkan, dia gemar melihat refleksi wajahnya di hadapan cermin dan menghabiskan waktu yang lama untuk tertawa apabila melihat cermin itu.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Theva Nithy. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga:
Hati-Hati Sebelum Nak Beli Permainan Untuk Anak, Perhatikan 6 Perkara Ini Dahulu