Resipi Cornflakes Coklat Rangup Tanpa Oven, Anak-Anak Mesti Makan Licin Sebelum Raya!

Ingin mengeratkan hubungan keluarga pada waktu terluang? Ibu, cuba resipi cornflakes coklat tanpa oven ini menggunakan tiga bahan saja. Caranya amat mudah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resipi cornflakes coklat tanpa oven antara biskut yang paling menjadi pilihan para ibu ketika musim perayaan. Namun tahukah anda hari biasa pun boleh menikmatinya ketika menonton televisyen mahupun majlis hari jadi anak-anak?

Berbanding kuih lain, cornflakes coklat tanpa bakar ini hanya menggunakan tiga bahan sahaja yang mudah diperoleh. Selain menjimatkan kos, rasanya cukup rangup dan dijamin sedap!

Resipi cornflakes coklat tanpa oven yang mudah serta menjimatkan masa

Kredit: Resepi Che Nom

Jika anda terfikirkan apakah aktiviti family bonding yang sesuai ketika cuti hujung minggu atau waktu petang, apa kata ajak anak-anak masuk ke dapur dan sama-sama buat biskut cornflakes coklat ini.

Pastinya si manja akan teruja untuk membantu anda, malah ketika menyediakannya pun diam-diam sudah masuk ke dalam mulut mereka. Yang paling penting ibu yang tidak memiliki ketuhar pun boleh buat!

Bahan-bahan biskut cornflakes coklat tanpa oven

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 200 gram cornflakes
  • 400 gram coklat milk compound jenama Beryls
  • sedikit chocolate rice atau kacang badam

Cara penyediaan:

credit to sources

  1. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boil. (Saya buat dua jenis coklat iaitu menggunakan dark chocolate dan white chocolate untuk rasa lebih sedap). Lakukannya satu demi satu.
  2. Kemudian setelah coklat sudah cair, tutup api dan masukkan kesemua cornflakes ke dalam coklat panas. Cairkan sepenuhnya dan gaul sehingga sebati.
  3. Selepas itu, boleh masukkan dalam papercup dan taburkan dengan sedikit bahan hiasan. Anda boleh susun di atas dulang ataupun tray.
  4. Biarkan coklat pada cornflakes kering dan mengeras dengan sendiri untuk beberapa minit. Barulah boleh susun dalam balang kedap udara. Selamat mencuba!

Tips mendapatkan cornflakes coklat yang sedap dan tahan lama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Pemilihan jenama coklat masakan

Sebenarnya terdapat banyak jenama coklat masakan di pasaran dengan pelbagai harga. Untuk rasa biskut yang lebih mewah dan berlemak, kami cadangkan anda menggunakan milk compound jenama Beryls. Jika anda suka rasa lebih bercoklat, boleh pilih jenis dark compound.

Selain ia menjadi pilihan utama para bakers, coklat Beryls juga adalah antara coklat berkualiti tinggi dan memberikan kelainan dalam setiap masakan anda.

#2. Cara mencairkan coklat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rahsia untuk mendapatkan rasa biskut cornflakes coklat yang sedap adalah dengan memastikan coklat cair sepenuhnya menggunakan kaedah double boil.

Hal yang perlu anda ingat adalah jangan menambah sebarang mentega atau air (dari bekas yang basah) kerana dikhuatiri akan menyebabkan coklat anda sukar mengeras setelah siap nanti.

#3. Untuk mengekalkan kerangupan

Kredit: Pinterest

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda tidak perlu coklat yang dicairkan menjadi separuh suam. Terus sahaja gaulkan cornflakes tadi apabila coklat sudah cair sepenuhnya. Pastikan ia benar-benar sebati, barulah masukkan ke dalam baking case.

Kemudian sejukkan terlebih dahulu sebelum anda meletakkannya ke dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan biskut cornflakes ini lemau.

#4. Rupa lebih cantik

Sekiranya anda ingin menampakkan biskut cornflakes coklat ini lebih meriah, boleh gunakan kombinasi coklat bersama coklat putih juga. Biarpun bahannya sangat mudah, namun hasilnya cukup menampakkan ia sangat istimewa.

#5. Menyimpan biskut dengan betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila biskut sudah benar-benar sejuk, anda perlu menyimpannya dalam balang kedap udara supaya tidak masuk angin. Sekiranya tidak disimpan dengan baik, ini yang akan menyebabkan biskut menjadi lemau dan cepat rosak.

Bukan itu sahaja, biskut yang belum sejuk sepenuhnya dan dimasukkan terus ke dalam bekas akan menyebabkan ia menjadi lembab dan hilang kerangupan. Ha ini kerana akan terhasilnya wap daripada biskut yang masih panas.

Jika ini yang terjadi, biskut anda pasti tidak akan tahan lama. Sebenarnya biskut tidak menggunakan sebarang pengawet dan disimpan dengan cara betul boleh bertahan sehingga 2 bulan lebih.

Jangan menyimpan biskut berlainan jenis dalam bekas yang sama kerana ia akan menyerap antara satu sama lain. Gunakan satu jenis bekas untuk setiap biskut. Dengan cara ini, barulah air tangan anda dapat bertahan lebih lama dan masih segar meskipun sudah berhari-hari buat!

Selamat mencuba!

Sumber: Daridapur

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Avocado Oreo Istimewa Buat Santapan Anak & Seisi Keluarga