Novel Coronavirus Boleh Merebak Pada Bayi Dalam Kandungan, Walaupun Tidak Alami Sebarang Gejala - Doktor

Seorang ibu yang sedang sarat hamil dan dijangkiti coronavirus mungkin boleh menularkan virus tersebut pada bayi yang masih ada dalam kandungannya. Ini apa yang doktor beritahu pada pihak media di sana

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berita tentang coronavirus semakin membimbangkan ramai pihak di seluruh dunia. Malah Kementerian Kesihatan juga menggesa orang ramai agar tidak berpusu ke tempat tumpuan ramai serta mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini seorang doktor di Hospital Kanak-Kanak Wuhan mengatakan, wanita hamil yang dijangkiti dengan wabak coronavirus mungkin boleh menyebarkannnya kepada bayi yang masih dalam kandungan.

Doktor tersebut berkata sedemikian setelah berlaku pesakit coronavirus yang dijangkiti melahirkan bayi pada 2 Februari lepas.

Kemudian doktor dapati bayi tersebut mempunyai virus berkenaan selepas menjalani beberapa sesi ujian dan telah disahkan.

Tanda bayi dijangkiti coronavirus

Walaubagaimanapun, menurut doktor berkenaan, bayi yang baru lahir itu tidak mempunyai simptom seperti demam, sesak nafas mahupun batuk. Malah kondisi kesihatannya dalam keadaan yang baik.

Namun selepas melakukan pemeriksaan X-Ray, dada si kecil ini menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan terdapat beberapa simptom kelainan fungsi hati.

Kejadian ini juga sama yang berlaku pada seorang lagi bayi yang dilahirkan pada 13 Januari yang lalu selepas dia didiagnosis dengan wabak ini. Namun, tanda-tandanya keluar sedikit lambat pada 29 januari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pun begitu, daripada siapa ia merebak tidak diketahui sama ada pengasuh atau ibu kandung bayi tersebut.

Namun doktor sahkan, bayi baru lahir juga boleh dijangkiti namun setakat ini belum ada bayi yang kritikal dan semuanya masih dalam pantuan pihak perubatan.

Wabak coronavirus semakin menular ke beberapa buah negara

Buat pengetahuan anda, wabak coronavirus ini telah membunuh hampir 565 orang di Wuhan, China. Selain telah dijangkiti lebih daripada 28,274 di seluruh dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak virus ini sebagai kecemasan global.

Apatah lagi, kematian di China juga telah meningkat kepada 565 orang dan lebih daripada 20 negara telah mengesahkan kes virus ini.

WHO berkata, pihaknya mengambil langkah-langkah drastik supaya dapat menghentikan penularan wabak ini dan menyeru solidariti untuk memerangi virus itu.

Perlu ke ibu hamil bimbang dengan coronavirus?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang kita tahu, kehamilan mempunyai tahap imuniti badan yang berubah mengikut keperluan biologi. Malah ada masanya ia berada pada tahap yang rendah.

Malah kajian menunjukkan semasa proses implantasi, peningkatan pada kekuatan imuniti badan akan membantu janin untuk bertapak pada rahim ibu.

Selepas fasa tersebut selesai, imuniti ibu berada pada tahap yang rendah hingga mengakibatkan ibu terdedah kepada jangkitan.

Menurut Dr. Steven Gordon, ibu hamil terdedah kepada banyak komplikasi jangkitan virus seperti influenza dan cacar air (chickenpox).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbalik kepada soalan sama ada ibu hamil perlu bimbang atau tidak dengan wabak novel coronavirus yang sedang melanda adalah mungkin.

Namun virus influenza dan varicella boleh memberikan kesan yang serius berbanding coronavirus yang masih tidak diketahui tahap kebimbangannya.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Namrata Prasad et al pada tahun 2019, wanita mengandung mempunyai risiko 3.9 kali ganda lebih tinggi untuk dimasukkan ke wad hospital berbanding yang tidak berbadan dua.

Walaubagaimanapun, berkaitan dengan risiko corona virus pula belum dapat dipastikan secara tepat tentang bahayanya. 

Kesan jangkitan virus lain pada ibu hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

- Pada tahun 2004, ada penyakit berjangkit seperti SARS yang boleh menyebabkan komplikasi keguguran dan kematian dalam kalangan ibu mengandung.

- Sementara itu pada 2013 pula kita digemparkan dengan MERS yang turut menyebabkan wanita hamil mengalami keguguran.

- Masalah pernafasan pada ibu boleh menyebabkan penurunan kadar pemberian gas oksigen kepada janin yang sedang membesar. Akibatnya 59 peratus ibu hamil dijangkiti pada trimester pertama akan mengalami keguguran.

- Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) novel coronavirus mempunyai persamaan dengan struktur SARS-CoV dan MERS-CoV. Namun begitu simptom virus korona lebih ringan berbanding wabak SARS dan MERS.

Walaubagaimanapun, jika terdapat sebarang simptom tertentu segera dapatkan khidmat dan nasihat daripada doktor anda.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Channel News Asia, Gis and data,Hello Doktor 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga