Couvade Syndrome: Bila Suami Lagaknya Macam Orang Mengandung

Aik, suami pun dapat morning sickness macam si isteri? Itu tandanya suami anda ada sindrom Couvade. Jom baca lebih lanjut disini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin tidak pernah mendengar mengenai Couvade Syndrome. Tetapi tahukah anda bahawa sindrom ini hanya melanda lelaki sahaja terutamanya kepada suami.

Apa sebenarnya Couvade Syndrome ni? Sekiranya anda mengandung atau pernah mengalami pengalaman hamil, pernahkah anda tertanya-tanya kepada diri anda mengenai perkara ini. 

“Overnya laki aku. Aku mengandung dia pulak yang over muntah.”

Suami anda bukan mengada-mengada tetapi sebenarnya suami anda sedang mengalami sindrom Couvade.

Untuk perkongsian kali ini, kami akan kupas mengenai sindrom Couvade dan apakah tanda-tanda yang menunjukkan suami anda mengalami sindrom ini.

Jom baca!

Apakah itu Couvade Syndrome?

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Couvade Syndrome atau nama saintifiknya sympathetic pregnancy symptoms ialah sindrom yang dialami oleh si suami yang mengalami alahan mengandung seperti muntah, mabuk dan sebagainya.

Ia kebiasaannya berlaku pada peringkat trimester pertama. Jangan risau para suami sekalian, ia juga akan berakhir pada kehamilan bulan ketiga isteri. Jadi, janganlah bimbang ya. Kena tahan sikit sahaja.

Menurut kajian daripada Mayo Clinic, sindrom Couvade atau lebih mesra, sindrom pembawakan budak yang melanda suami ini adalah sesuatu yang benar-benar normal. Ia bukannya satu penyakit mental ataupun sakit kronik, tetapi ia hanyalah sesuatu yang boleh berlaku pada mana-mana pasangan. 

Kenapa Couvade Syndrome ini boleh berlaku?

Malangnya punca dan sebab sindrom Couvade ini masih tidak diketahui walaupun ada beberapa teori yang menyokongnya. Ini kerana ada lelaki yang mengalaminya dan ada juga lelaki yang tidak pernah mengalaminya.

Beberapa teori yang bersangkut paut dengan sindrom Couvade ini ialah disebabkan oleh kehamilan anak pertama atau keresahan. Kesemuanya masih menjadi tanda tanya kerana melibatkan banyak faktor mengenai pasangan, cara hidup dan juga budaya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah simptom yang dialami oleh mereka yang menghidapi Sindrom Couvade?

Kredit: Pexels

Antara gejala yang paling terkenal yang dialami oleh pasangan sudah pastinya mengidam. Kalau isteri mengidam, si suami pun turut sama mengidam. Malah, si suami pun akan mengalami kenaikan berat badan disebabkan pertambahan selera makan. Antara simptom lain termasuklah:

Simptom psikologi

  • Resah
  • Kemurungan
  • Susah tidur
  • Kegelisahan
  • Pengurangan nafsu seks / libido

Ini adalah antara simptom psikologi yang dialami oleh sang suami. Kadang kita tengok suami kita yang nampak lebih tapi sebenarnya memang ia benar-benar berlaku! Macammana pula dengan simptom lain? Ini adalah antara simptom fizikal yang boleh berlaku kepada suami anda.

Simptom fizikal

  • Muntah-muntah, mual dan pedih ulu hati
  • Perubahan selera makan
  • Sakit belakang
  • Kebas kaki
  • Sakit atau bengkak pada abdomen
  • Perut buncit
  • Sakit gigi

Tahukah anda menurut kajian, lebih 43 peratus menunjukkan bahawa lelaki  mengalami sakit gigi sebagai satu tanda sindrom Couvade. Jadi, kalau suami anda mengalami sakit gigi dan disamping itu juga turut mengalami salah satu gejala diatas atau lebih, maksudnya suami anda ada sindrom Couvade lah tu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana untuk merawat sindrom Couvade?

Kredit: Satkoba Viral

Jika anda pergi berjumpa doktor sekali pun, sudah semestinya doktor tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka yang mengalami sindrom ini tidak dapat dirawat kerana kehadirannya adalah sesuatu yang normal.

Maaf para suami! Memang tidak ada rawatan untuk sindrom Couvade. Seperti mana si ibu-ibu mengalaminya, begitulah juga dengan anda. Harap bersabar ya! Kerana simptom dan gejala-gejala yang anda alami adalah tidak lama dan akan beransur hilang apabila kehamilan sudah masuk bulan ke tiga.

Bagaimana anda dapat mengawalnya?

Seperti yang anda sendiri sedia maklum, sindrom Couvade ini tidak mempunyai rawatan tetapi anda boleh mengawalnya daripada berlarutan menjadi teruk. Kami kongsikan beberapa cara yang anda boleh ikut di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Banyakkan rehat
    Umum kita tahu yang sewaktu kehamilan ini, banyak perkara yang boleh buatkan anda dan pasangan menjadi stress. Jadi, kuncinya disini adalah bagi si suami yang banyak muntah-muntah dan badan yang tidak selesa, kena rehat bersama.
  • Buat aktiviti menyihatkan
    Baik suami ataupun isteri, keduanya boleh mendapat manfaat apabila melakukan aktiviti sihat dan beriadah untuk melapangkan minda dan menenangkan fikiran. Buatlah exercise atau berjalan-jalan untuk lepaskan tekanan. 
  • Jangan stress
    Stress adalah satu pemangkin mengapa baik ibu atau bapa mudah mendapat keresahan dan kegelisahan. Risaukan banyak perkara yang belum tentu lagi akan berlaku. Apa yang suami boleh lakukan adalah untuk kekal bersifat tenang kerana sindrom ini adalah bersifat sementara. Jangan terlalu gopoh dalam membuat keputusan dan yang paling penting jangan terlalu risau. Segalanya akan berlalu dan baik-baik sahaja! Kena sentiasa positif tau!

Sumber: Parents.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Membaca Buku Ketika Mengandung Boleh Lahirkan Anak Bijak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman