Risau susu badan kurang? Cuba aiskrim ini untuk tambah susu badan!

Semua ibu risau jika susu badan makin berkurang. Adakah susu badan anda mencukupi? Tanpa mengira jawapannya, di sini ada beberapa tips untuk meningkatkan pengeluaran susu badan.

Wanita yang baru menjadi seorang ibu pasti risau satu perkara – susu badannya cukup untuk mengenyangkan perut si manja atau tidak. Tambahan lagi, ada jiran atau rakan yang sibuk memerli saiz payudara anda mungkin tidak cukup untuk mengeluarkan susu badan!

Kata-kata pedas yang meracun fikiran. Walaupun si manja saya sendawa kekenyangan dan terus tertidur selepas minum susu badan, saya masih ragu-ragu. Saya bertemu doktor untuk berkongsi kebimbangan ini. Doktor tertawa kecil. Menurut beliau, saya hanya panik. Namun, kekurangan susu badan bukan satu mitos. Akan tetapi, tidak semua ibu menghadapi masalah ini.

Tapi, jaga pemakanan jika anda risau susu badan anda semakin berkurang. Doktor berkongsikan amalan semulajadi yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan. Namun, kebanyakan amalan ini tidak sedap buat tekak. Jadi, bila saya jumpa artikel ini yang mengatakan aiskrim baru Ben and Jerry boleh meningkatkan pengeluaran susu badan, saya teruja! Kenapa ia tak keluar lapan tahun dulu?

breastfeeding-1589216__340

Sebenarnya, aiskrim ‘oat of this swirled’’ ini mengandungi galaktagog, agen makanan yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan. Galaktagog hadir dalam oat.

Makanan untuk meningkatkan pengeluaran susu badan

Pelik bagaimana aiskrim boleh meningkatkan susu badan? Berikut terdapat beberapa makanan lain yang berkesan untuk meningkatkan susu badan:

  • Biji halba: Biji halba adalah sumber vitamin lemak omega-3 yang bagus untuk ibu menyusu. Lemak omega-3 penting buat perkembangan otak si manja. Daun halba kaya dengan beta karotena, vitamin B, zat besi dan kalsium.
  • Bawang putih: Bawang putih amat bermanfaat untuk sistem imun dan mencegah penyakit jantung. Malah, bawang putih juga dikatakan membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. Namun, tidak banyak kajian menyokong penyataan ini.
  • Sayur-sayuran hijau: Sayur-sayuran seperti bayam, daun halba, sawi atau lamb’s quarter dipercayai boleh meningkatkan pengeluaran susu badan. Ia kaya dengan sumber mineral seperti zat besi, kalsium, folat, dan vitamin seperti beta karotena (sejenis vitamin A) dan riboflavin,
  • Jintan putih: Selain bagus untuk meningkatkan susu badan, jintan putih juga boleh memperbaiki penghadaman. Jintan putih mampu melegakan sembelit, asid dalam badan dan kembung perut. Ia adalah sumber kalsium dan riboflavin (vitamin B) yang bagus.
  • Labu: Sayur-sayuran dari keluarga labu seperti labu air, labu epal, petola dan sponge gourd adalah makanan tradisional yang dipercayai boleh meningkatkan susu badan. Sayur-sayuran ini rendah kalori, berkhasiat dan mudah dihadam.

Selain itu, biji bijan, biji selasih, jintan manis, kekacang atau dal, malah kacang juga dipercayai boleh meningkatkan pengeluaran susu badan. Mudah-mudahan makanan ini bermanfaat buat ibu semua. Namun, dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengamalkannya. Anda perlu tahu bagaimana sukatan makanan dan sama ada anda perlu akan rawatan atau tidak.