Melihat 3 cucu dinodai bergilir di depan mata menyebabkan nenek berusia 71 tahun ini terlalu trauma dan terkejut hingga menyebabkannya meninggal dunia.
Lebih kejam lagi, sudahlah memecah masuk rumah, lelaki durjana itu tekad mengurung ketiga-tiga wanita berusia 19, 22 dan 25 tahun itu dalam bilik tidur nenek mereka dan mengeluarkan seorang demi seorang untuk dirogol di depan mata nenek mereka!
Cucu dinodai bergilir
Kejadian yang berlaku di wilayah Kwazulu-Natal, Afrika Selatan. Mangsa dirogol satu persatu secara bergilir oleh lelaki yang tidak dapat dikenalpasti wajahnya kerana dia mengenakan balaclava.
Nenek berkenaan disyaki terkena serangan jantung disebabkan terlalu terkejut menyaksikan kejahatan yang dibuat ke atas cucnya.
Bagaimana saya boleh bantu mangsa rogol?
Rogol adalah satu bentuk keganasan seksual yang lazim, tetapi tidak semua keganasan seksual adalah rogol. Istilah rogol sering digunakan sebagai definisi perundangan secara khususnya membabitkan aktiviti seksual seperti kemasukkan zakar atau sebarang objek ke dalam faraj, dubur, mulut atau mana-mana bahagian badan tanpa keizinan atau secara paksaan.
Dalam undang-undang Malaysia, rogol adalah terhad kepada memasukkan zakar ke dalam faraj tanpa kerelaan orang itu. Sekiranya anda berumur di bawah 16 tahun, seks dengan atau tanpa keizinan adalah rogol statutori. (Ini adalah satu jenayah kerana undang-undang menganggap bahawa pemerkosa mengambil kesempatan mangsa yang masih muda, disebabkan kedudukan yang lebih tinggi, hubungan profesional mereka atau hubungan amanah yang lain).
Tidak kira bentuk dan jenis rogol, ia adalah satu jenayah yang tidak boleh diterima. Rogol yang berlaku tidak sepatutnya dianggap salah mangsa.
Seseorang yang pernah dirogol mungkin akan menunjukkan emosi yang pelbagai. Mangsa mungkin tenang, kemurungan, histeria atau dia juga boleh bertindak balas dengan ketawa, marah, tidak peduli atau sentiasa terkejut.
Setiap mangsa mengalami trauma dengan berbeza. Ketakutan mangsa yang terbesar adalah apabila tiada siapa yang mempercayainya.
#1. Jadi pendengar setia, percaya kepadanya
Ia juga salah satu sebab yang menyebabkan mangsa tidak melaporkan rogol jadi adalah penting untuk anda mempercayainya. Percayalah kepadanya dan ia akan membantu mangsa merasa didengari dan difahami. Dia mungkin merasakan bahawa dia tidak berkuasa menyebabkan ia sangat lemah dengan keyakinan diri yang rendah.
#2. Terangkan apa yang perlu dibuat untuk dapatkan keadilan
Penting untuk memastikan mangsa mampu mengendalikan keadaan dengan cara yang terbaik. Terangkan pilihan yang mangsa boleh lakukan untuk mendapatkan keadilan dengan memberikan maklumat mengenai prosedur membuat laporan polis, prosedur perubatan seperti pemeriksaan di hospital dan perkhidmatan
kaunseling. Mangsa mungkin tidak ingat semua yang anda terangkan tetapi tidak mengapa. Anda boleh mengulang maklumat kemudian. Anda tidak perlu menekannya untuk membuat pilihan.
#3. Sentiasa menyokongnya
Menyokongnya dan beritahu dia bahawa perkara tragis itu bukan salahnya. Dia tidak melakukan apa-apa untuk dirogol, dan tidak ada wanita yang patut diperkosa. Satu-satunya orang yang perlu dipersalahkan adalah perogol!
#4. Pastikan dia rasa selamat
Memastikan dia rasa berharga dan menyatakan rasa hormat anda dan kekuatannya sebagai mangsa yang selamat. Rasa selamat penting untuk setiap orang dalam mereka menerukan hidup supaya boleh melakukan segala-galanya kerana dirogol bukan bermakna kehidupan berkakhir.
#5. Hormati keputusannya tetapi bimbing dia
Hormati keputusannya dan biarkan dia membuat pilihan sendiri. Tetapi bimbing dia dan galakkan dia membuat
membuat laporan polis dan atau hubungi kumpulan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) wanita untuk bercakap dengan kaunselor.
Reaksi setiap wanita terhadap insiden adalah berbeza kerana kesan emosi yang kuat seperti rasa malu, menyalahkan diri, ketakutan, kecederaan, dan impaknya perlu difahami sebelum pemulihan dapat bermula.
6 perkara yang tak patut dibuat jika anda dirogol
- Jangan tunggu lebih dari 48 jam sebelum berjumpa doktor atau membuat laporan polis
- Jangan mandi sebelum pemeriksaan doktor
- Jangan menukar pakaian
- Jangan menggosok gigi
- Jangan makan atau minum
- Jangan pergi seorang diri. Pastikan pergi bersama dengan orang yang dipercayai untuk pemeriksaan doktor / polis
Walaupun anda benar-benar mahu melakukannya akan memusnahkan bukti penting rogol, seperti air mani, darah, air liur, rambut dan sebagainya. Jadi jika dibasuh atau ‘hilang’ bagaimana mahu memberi hukuman setimpal pada si pelaku.
Sumber:myhealth, dailymail, wccpenang
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsuami-paksa-rogol-dalam-perkahwinan