Rambut bayi tumbuh tak sekata? Dari pandangan atas cantik saja bila lihat dari tepi dan belakang bertompok-tompok nampaknya. Orang biasa panggil keadaan ini adalah cukur bantal.
Tapi yang peliknya, ada juga bayi yang tidak pakai bantal mengalami rambut bertompok-tompok dan tumbuh tidak sekata.
Adakah benar rambut bayi jadi begini disebabkan cukur bantal? Atau ada sebab lain yang membawa kepada keguguran rambut anak kecil ini.
Cukur bantal terjadi atas beberapa sebab
Menurut perkongsian dalam bumbumcak.my, rambut bayi gugur atas beberapa sebab antaranya adalah:
#1. Posisi baring bayi
Posisi baring bayi yang menyebabkan rambut di bahagian belakang gugur akibat dari geseran kepala dan bantal.
#2. Hormon
Faktor hormon. Selepas lahir paras hormon akan menurun. Bukan sahaja bayi malah ibu juga akan mengalami rambut gugur.
Rambut bayi akan tumbuh semula secara semulajadi tetapi makan masa yang agak lama. Ada bayi sehingga umur 1 tahun rambut masih tidak sekata.
Cara atasi cukur bantal
Untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut bayi ibu ibu boleh cuba empat tips yang menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ia termasuklah:
#1. Minyak zaitun
Minyak Zaitun kaya dengan vitamin A, E dan antioksidan. Khasiat minyak zaitun ini berfungsi untuk melembapkan kulit kepala bayi daripada kering dan kusam.
Bila sudah kulit kepala tidak kering baru rambut anak tidak mudah tertanggal bila bergesel dengan bantal.
#2. Minyak kelapa
Nutrisi yang ada di dalam minyak kelapa ini dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan rambut baru. Kanak-kanak yang ada masalah ekzema pun boleh guna minyak kepala ini, sangat berkesan.
#3. Minyak matahari (sunflower oil)
Minyak daripada bunga matahari ini kaya dengan vitamin E yang berfungsi membuatkan benih rambut di kepala lebih subur. Bukan itu sahaja malah ia boleh membunuh bakteria jahat di kepala.
Khasiat minyak bunga matahari juga dapat menyihatkan kulit kepala dan melancarkan peredaran darah bayi anda.
#4. Minyak biji kelapa sawit
Biji kelapa sawit ini banyak sangat manfaatnya. Bukan sahaja berguna untuk memasak, malah ia boleh bantu menguatkan dan menebalkan lagi rambut anak anda.
Minyak dari biji kelapa sawit ini kaya dengan sumber antioksidan dan pelbagai vitamin yang baik untuk kulit dan rambut.
Cara membuatnya?
Bahan sudah ada, jadi bagaimana cara mahu membuatnya?Ibu bapa hanya perlu cariempat bahan berkenaan dan perah untuk dapatkan pati minyak.
Minyak tersebut perlu di sapu setiap hari pagi dan malam di kepala bayi untuk mengalakkan pertumbuhan rambut anak atau setiap kali selepas mandi.
Jika ada bantuan ini rambut anak anda tidak perlu tunggu hingga setahun, malah sepantas sebulan dah boleh nampak kesannya.
Anda sendiri boleh nampak perbezaan kepala bayi anda tompok botak sudah hilang, rambut lebih sekata dan juga lebih lebat.
Tak rugi jika mencuba kan? Lagi pun mudah saja untuk dapatkan bahannya dan sudah pasti ia semulajadi.
Minyak kelapa dara juga baik untuk rambut bayi
#1. Bersihkan kerak kepala bayi
Ia sangat berkesan dalam membersihkan cradle cap atau kotoran pada kulit kepala bayi yang menyebabkan pembentukan lapisan kulit yang kering dan mengelupas pada kepala bayi.
Cara membersihkannya adalah mudah. Lumurkan minyak kelapa dara pada kulit kepala bayi dan urut perlahan-lahan menggunakan jari sehingga ia meresap ke kulit kepala. Teruskan urut perlahan sehingga 10 hingga 20 minit. Ambil sikat yang biasa digunakan untuk bayi atau menggunakan tuala untuk menyisir keluar kerak yang sudah lembut.
Jika kerak terlalu tebal, biarkan minyak di atas kulit kepala untuk semalaman.
Bungkus kepala bayi dengan tuala agar minyak tidak membasahi bantal dan tilam. Keesokan paginya, cuci kulit kepala dengan menggunakan syampu bayi dan air suam.
#2. Menguat & melebatkan rambut bayi
Ada sesetengah bayi yang dilahirkan dengan rambut yang tidak lebat. Selain dari faktor genetik dan pemakanan, ia juga disebabkan oleh faktor penjagaan.
Membasahkan rambut mereka dengan minyak kelapa dara membantu menguatkan, melembutkan, serta melebatkan rambut mereka. Amalkan setiap hari.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: bumbumcak.my
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkelebihan-mencukur-rambut-bayi-yang-anda-patut-tahu