Semak Cuti Umum Tahun 2020 Ini, Senang Nak Plan Bercuti Lebih Awal, Bestnya!

Bye...bye 2019 and say hi to 2020! Jom semak waktu bila yang ada cuti panjang, jadi dapatlah berehat lebih sikit sambil bawa anak-anak melancong!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila masuk bulan Januari tentu anda sibuk mencari kelendar rumah untuk lihat cuti 2020. Yalah, senang sikit nak adjust  masa cuti untuk membawa keluarga berkelah atau bercuti ke mana-mana.

Ini kerana, membawa anak-anak melancong dan bercuti dapat merehatkan minda mereka dari sibuk menelaah kerja sekolah, sekaligus mencipta momen terindah untuk dikenang bersama.

Kalau anda  plan nak bercuti di tahun hadapan, tentu nak tengok waktu cuti yang panjang kan? Kalau boleh biar yang  long weekend. Betul tak? 

Apapun, jom kami tunjukkan cuti mana yang paling best sepanjang tahun 2020 nanti! Ayuh kita lihat.

Cuti 2020, Ini  public holiday sepanjang tahun hadapan

Kredit: Cikgu Grafik.com

Mesti ada yang kata, eh baru saja masuk tahun 2020 sepatutnya kita berazam untuk bekerja dengan lebih bersemangat. Tapi, tak salahkan kalau kita merancang siap-siap waktu cuti ini, sekaligus ia dapat hilangkan rasa stres dan penat bila bekerja.

Malah, lepas tahu waktu cuti ini, anda boleh semak tiket flight, booking hotel atau semak lokasi percutian yang sesuai di hari yang dipilih itu. Kan, mudah kerja? Betul tak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, dengan merancang ini juga dapatlah suami isteri buat bajet untuk perbelanjaan sepanjang percutian anda sekeluarga.

Sebelum itu, jom lihat tarikh cuti umum ini dahulu mengikut bulan Januari hingga Disember 2020

Tarikh cuti umum 2020 – Januari hingga Jun

1. Tahun baru 2020 : 1 Januari 2020. (Rabu)

2. Tahun Baru Cina : 25 hingga 27 Januari (Sabtu Ahad dan Isnin)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Hari Wilayah Persekutuan : 1 Februari (Sabtu)

4. Hari Thaipusam : 8 Februari (Sabtu)

5. Israk dan Mikraj : 22 Mac (Ahad)

6. Awal Ramadan : 24 April (Jumaat)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Hari pekerja : 1 Mei (Jumaat)

8. Hari Wesak : 7 Mei (Khamis)

9. Cuti Nuzul Al-Quran : 11 Mei (Isnin)

10. Hari Raya Aidilfitri : 24 hingga 26 Mei ( Ahad, Isnin Selasa)

11. Hari Keputeraan YDP Agong : 6 Jun (Sabtu)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulan Julai hingga Disember 

12. Hara Raya Haji : 31 Julai (Jumaat)

13. Awal Muharram : 20 Ogos (Khamis)

14. Hari Kebangsaan / Hari Merdeka : 31 Ogos (Isnin)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

15. Hari Malaysia : 16 September (Rabu)

16. Maulidur Rasul : 29 Oktober (Khamis)

17. Hari Deepavali : 14 November (Sabtu)

18. Hari Krismas : 25 Disember (Jumaat)

Antara cuti yang boleh masuk terus long weekends!

Kredit: Rotikaya

Ini ada 6 cuti umum yang anda boleh selitkan waktu cuti yang panjang dengan memohon cuti tahunan dengan majikan. Sekaligus, boleh berehat lama sikit. 

1. 25 hingga 27 Januari, 2020 ( Tiga hari cuti sempena Tahun Baru Cina).

2. 21 hingga 23 Mac, 2020 ( Israk Mikraj jatuh hari Ahad, jadi dapatlah cuti masa hari isnin. Jumlah cuti yang boleh dapat tiga hari).

3. 24 hingga 26 April (sempena Awal Ramadan, jumlah cuti 3 hari)

4. 11 Mei (Nuzul Al-Quran) cuti yang boleh dapat tiga hari.

5. 31 Julai hingga 2 Ogos : Hari raya haji, jumlah cuti tiga hari

6. 31 Ogos : Hari Kebangsaan jatuh pada hari isnin, jadi jumlah cuti dapat tiga hari.

6 Cara nak mohon cuti supaya bos tak marah!

#1. Kalau boleh hantar permohonan cuti dengan lebih awal dengan bos di syarikat anda bekerja supaya tidak berlaku percanggahan bila buat last minit!

#2. Selain itu, elakkan juga bercuti semasa waktu puncak di mana masa itu office anda tengah super busy! Maka, tugas anda amat diperlukan. Jadi pilih tarikh yang lebih sesuai, ya!

#3. Biasanya bos ada banyak benda yang dia kena fikir dengan staf di bawah seliaannya, jadi kalau dah minta cuti awal, sila remind balik dengan bos anda tarikh anda cuti supaya elak dia cancel cuti korang last minit!

#4. Jangan pilih cuti secara berjemaah dengan rakan pejabat anda yang lain. Kalau semua pakat cuti, siapa yang nak buat kerja?

#5. Sebelum cuti, pastikan segala kerja yang urgent diselesaikan dengan baik dan siapkan semuanya lebih awal supaya memudahkan operasi syarikat berjalan lancar semasa ketiadaan anda.

#6. Bila kita bekerja dengan amanah dan bertanggungjawab, percayalah bos pun tak berkira kalau kita nak minta cuti dengan mereka.

Jadi, tahun ini anda boleh dapat cuti tiga hari untuk long weekends. Kalau rasa nak cuti lama sikit, bolehlah ditambah dengan apply cuti tahunan anda dengan syarikat ya. Semoga perkongsian ini membantu jadual cuti anda.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Public Holidays

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comcuti-2019