Para Ayah di IKEA Malaysia Nikmati 1 Bulan Cuti Bersalin Bergaji

IKEA Malaysia adalah antara syarikat swasta terbaru yang mengumumkan pemanjangan cuti bersalin untuk para ayah yang bekerja di pejabat dan showroom mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuti bersalin di IKEA Malaysia untuk para ayah

Antara perkara yang sering menjadi perbualan antara ibu dan ayah adalah isu cuti bersalin.

Di negara Barat, kebanyakkan syarikat telah memberikan cuti bersalin yang panjang serta bergaji bagi menggalakkan si ayah membantu isteri yang baru melahirkan anak.

Cuti ini juga diberikan dengan tujuan untuk merapatkan lagi hubungan bonding antara bapa dan bayi.

Di Malaysia, kita sudah dapat melihat beberapa perubahan positif tentang jangka masa cuti bersalin yang diberikan oleh kerajaan serta syarikat swasta.

Contohnya, baru-baru ini, IKEA Malaysia telah mengumumkan para ayah yang bekerja di pejabat serta showroom IKEA di seluruh Asia Tenggara akan menikmati cuti bersalin, atau paternity leave, selama sebulan.

Kemudahan ini turut disertakan dengan sebulan gaji penuh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Muhammad Rizal Sunalim, ketua bagi IKEA Food di IKEA Cheras, adalah antara yang pertama menikmati cuti bersalin, paternity leave, selama sebulan. | Kredit: Ninjahousewife.com

Ini bukanlah satu langkah baru oleh IKEA kerana di Amerika Syarikat, IKEA US telah pun menawarkan paternity leave selama 4 bulan buat para pekerja mereka di sana!

Yang pastinya, tujuan pemberian cuti bersalin yang boleh dikatakan sebagai sangat bermurah hati ini adalah untuk membolehkan para bapa meluangkan masa berkualiti dengan anak di rumah.

Menurut Lydia Song iaitu Pengarah Sumber Manusia bagi IKEA Asia Tenggara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“IKEA sememangnya berminat tentang kehidupan berkeluarga di rumah dan kami memegang nilai orang Sweden – iaitu kesamaan di rumah dan di tempat kerja. Kami percaya kedua-dua lelaki dan wanita patut diberi peluang untuk terlibat secara aktif dalam penjagaan anak-anak.”

Malah, dalam penerangan tentang pemberian cuti bersalin selama 4 bulan, Lars Petersson, Presiden IKEA US, menerangkan:

“Kami mahu para ayah mengambil cuti. Rumah adalah arena kami. Kami rasakan yang rumah itu adalah tempat yang paling penting bagi semua orang.”

Kredit: Businessinsider.in

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perubahan positif demi hubungan kekeluargaan yang lebih utuh

Wah, bertuah sungguh para ayah yang bekerja di IKEA Malaysia. Diharapkan, dengan pemberian cuti sebegini, mereka dapat menjaga isteri yang sedang dalam pantang sebaik mungkin.

Diharapkan juga yang para ayah yang sedang menikmati paternity leave akan mengambil peluang ini untuk menjaga anak-anak, membantu urusan rumah tangga, serta penjagaan bayi yang baru dilahirkan.

Masa sebegini memang sesuai untuk dihabiskan secara berkualiti di rumah bersama ahli keluarga yang tercinta!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin berita positif tentang cuti bersalin yang semakin banyak di Malaysia ini akan memberikan perangsang kepada syarikat swasta lain untuk menyemak semula polisi cuti bersalin mereka pada ketika ini!

Sumber: Says.com, IKEA Malaysia, NST

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca lagi:

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg Tegaskan Betapa Penting Cuti Bersalin Untuk Bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor