Lelaki Ini Kehilangan Isteri Selepas 4 Hari Bersalin Gara-gara Syarikat Hanya Beri 2 Hari Cuti Suami Bersalin

Gara-gara hanya mendapat 2 hari untuk cuti suami isteri bersalin, wanita meninggal dunia di sisi bayi pada hari ke-4. Sadis!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sungguh tidak berhati perut apabila majikan hanya memberikan 2 hari cuti suami isteri bersalin. Disebabkan desakan kerja, lelaki ini kehilangan isterinya yang baru selamat bersalin 4 hari. 

Pemuda yang mana seorang suami dari Sabah, dengan nama Exly Jailon di Facebook miliknya telah diduga dengan dugaan yang cukup berat hanya selepas empat hari menyambut kelahiran anak pertamanya. Insiden itu bermula apabila lelaki tersebut tidak menerima cuti khas yang sepatutnya diberikan kepadanya ketika isterinya bersalin atau dipanggil cuti paterniti seperti yang ditetapkan kerajaan Persekutuan sebelum ini. Sebaliknya dia hanya diberikan dua hari sahaja tempoh cuti suami isteri bersalin itu.

Malah, dia juga mengatakan yang mana semasa membuat permohonan untuk cuti tersebut, pihak majikannya telah memberikan ‘kata dua’ kepadanya berbunyi “bagus lagi kalau kau turun kerja” memberi isyarat agar dia dapat hadir ke bekerja seperti biasa.

Berikutan hal itu, dia tidak dapat untuk menguruskan isteri serta anaknya yang baru sahaja selamat dilahirkan sehinggalah isterinya meninggal dunia pada hari ke-4 bertarikh 9 Mei lepas.

Exly hanya mendapat cuti sebanyak dua hari pada 5 dan 6 Mei lalu, dan dikhabarkan yang syarikat tempat dia bekerja baru beroperasi kira-kira enam bulan yang lalu. 

Berita sedih ini boleh dilihat menerusi akaun Facebook miliknya yang mana Exly ada meluahkan dan berkongsi akan dugaan pilu yang dihadapinya dan sangat terkilan dengan kejadian yang menimpanya itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut salah satu entrinya, “Saya mati-mati kerja… Gara-gara itulah saya balik kerja, buka pintu nampak mendiang isteri sudah kaku tidak bernyawa! Bayi menangis bersebelahan. Kamu faham perasaan saya?”

Biarpun perkara ini sudah berlalu hampir sebulan, sememangnya ia bukan mudah untuknya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Malah, Exyl juga dikata tidak menerima bayaran gaji sepanjang tempoh berkabung atas kematian isterinya itu. Sungguh kejam!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Lebih baik saya cuti tanpa gaji saya untuk jaga mendiang isteri dulu. Orang cuti berkabung pun kena non-pay leave,” tulisnya di Facebook.

Difahamkan yang lelaki ini bekerja sebagai seorang pemandu penghantar bekalan untuk cawangan dengan gaji tidak lebih daripada RM1,500.

Semoga keadilan dapat dicapai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pindaan Akta Cuti Paterniti Bertambah Kepada 7 Hari, Berita Baik Untuk Bakal Ayah

Baca juga: Patut Tak Isteri Bersalin, Suami Dapat Cuti? Ini 6 Kelebihannya Yang Anda TAK Sedar!

Baca juga: Tak Puas Cuti Bersalin Untuk Suami Hanya Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Sebab Nak Jaga Anak

Penulis

Farhana Fuad