Marah Dikejut Dari Tidur, Anak Tergamak Pukul Ibu Sampai Mati!

Tak sedar diuntung. Ibu mahu kejutkan dari tidur sudah cukup baik. Tergamak pula dipukul ibu itu kerana dikejutkan dari tidur. Rupanya positif dadah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak derhaka betul! Tak sedar diuntung. Ibu mahu kejutkan dari tidur sudah cukup baik. Tergamak pula dipukul ibu itu kerana dikejutkan dari tidur. Rupanya hasil siasatan mendapati suspek positif dadah ganja dan heroin.

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian di Jinjang Utara, Kuala Lumpur itu, suspek bertindak kejam dengan memukul ibunya hingga mati gara-gara mengejutnya dari tidur.

Kejadian dipercayai perlu ketika mangsa berusia 70-an itu baru saja pulang ke rumah. Difahamkan mangsa masuk ke bilik suspek dan mengejutkan anak lelakinya itu yang sedang tidur.

Dadah punca pukul ibu sampai mati sebab kejut tidur

Menurut polis, suspek yang dipercayai berang kemudiannya memukul ibunya menggunakan objek keras hingga tidak sedarkan diri.

Susulan kejadian itu, anak saudara mangsa menghubungi polis dan memaklumkan kejadian yang menimpa wanita itu. Hasil pemeriksaan polis ke atas tubuh mangsa juga mendapati ada kecederaan di tangan, mata dan kesan darah di kedua-dua belah kaki serta luka di kepala mangsa.

Saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati dia positif dadah ganja dan heroin.

Tanda penagihan dadah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang kita tak tahu kan siapa di sekeliling kita ni penagih dadah kerana memang ada daripada mereka yang langsung tidak nampak pada zahirnya. 

Mungkin anda boleh cuba check jika nampak salah satu tanda ini pada anak atau ahli keluarga, kerana lebih cepat anda mengesannya lebih cepat dia dan keluarga anda dapat diselamatkan daripada najis dadah. 

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti perubahan rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah antaranya termasuk

  • Kemerosotan kehadiran disekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja
  • Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya
  • Mengelakkan diri daripada tanggungjawab
  • Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri
  • Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki
  • Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu
  • Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja
  • Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah
  • Meminta wang secara berlebihan dari keluarga
  • Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kaum keluarga
  • Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab, seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah

Bahaya penagihan heroin

Dadah jika diambil dalam dos berlebihan dan bukan atas nasihat doktor sudah pasti akan memudaratkan kesihatan. Bukan saja si penagih, malah kepada ahli keluarga kerana 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Risiko dos berlebihan

Dos berlebihan terjadi apabila penagih tidak tahu kandungan sebenar heroin dalam tiub atau straw yang digunakan. Kandungan yang lebih tinggi dari biasa boleh menyebabkan dos berlebihan. lni lebih bahaya untuk pengguna yang ingin mencuba-cuba kerana dos sebenar tidak diketahui.

Penagih juga boleh terputus bekalan pada bila dan menyebabkan mereka mengalami ketagihan melampau yang akhirnya boleh membuatkan golongan ini bertindak di luar kawalan dan hilang pertimbangan.

#2. Risiko kematian

Dadah yang dijual oleh pusher biasanya sudah dicampur dengan bahan kimia lain yang tidak diketahui penagih. Apabila dadah campuran ini disuntik ia boleh tersumbat dalam pembuluh darah. 

Selain itu, mereka yang ketagihan apabila memandu boleh jadi berada dalam keadaan khayal. Risiko kemalangan amat tinggi, bukan saja kepada si penagih tetapi kepada orang lain. Selalu kita dengar mereka yang memandu menyongsang aruskan yang akhirnya menyebabkan kematian pada nyawa yang tak bersalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakannya dilaporkan mereka yang memandu berbahaya begini sedang di bawah pengaruh dadah. 

#3. Risiko jangkitan penyakit

Jangkitan penyakit seperti AIDS, hepatitis, kancing gigi, keracunan darah dan sebagainya berlaku apabila penagih
mengguna dan berkongsi alat-alat suntikan yang kotor.

Kehidupan penagih yang berlegar di sekitar mengguna dan mendapatkan dadah serta tidak menghiraukan kebersihan, kesihatan dan pemakanan yang berzat menggandakan lagi risiko jangkitan penyakit.

#4. Risiko kepada wanita mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penagih heroin wanita kerap kali menderita akibat kekurangan darah, sakit jantung, kencing manis, demam paru-paru (pneumonia) atau hepatitis ketika mengandung atau melahirkan anak.

Kadar keguguran, kelahiran bayi songsang atau belum cukup umur, kelahiran melalui pembedahan dan kelahiran bayi mati dalam kandungan adalah tinggi bagi wanita-wanita ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro, apaitudadah.com

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comremaja-memandu-di-laluan-bertentangan-arah-lalu-lintas-telah-meragut-satu-nyawa

Penulis

Lala Annuar