Cara Simpan Daging Korban Yang Betul, Jangan Cuci Dulu Sebelum Simpan Agar Tahan Lama & Kekal Segar

Bila dapat sahaja daging korban yang disedekahkan, jangan terus disimpan sebaliknya ini apa yang perlu anda tahu supaya kualiti terjaga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sambutan Hari Raya Aidiladha sudah tentu sinonim dengan daging. Namun, apabila kita menerima banyak daging korban yang disedekahkan jangan pula terus disimpan.

Sebaliknya, ikut cara yang betul mengikut perkongsian di grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) supaya daging korban kekal segar dan selamat untuk dimakan walaupun dibiarkan membeku dalam tempoh yang lama.

Cara Simpan Daging Korban Yang Betul

1. Jangan Cuci Daging Korban Sebelum Disimpan

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging.

Mencuci hanya perlu dilakukan apabila daging berkenaan hendak dimasak.

2. Jangan Simpan Daging Dalam Kuantiti Yang Banyak

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam peti sejuk beku. Cara yang betul ialah dengan memotong daging kepada saiz lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam peti sejuk beku. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. Jangan Terus Simpan Daging Di Dalam Ruang Sejuk Beku

Sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti sejuk bahagian biasa selama 4-5 jam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk beku.

4. Jangan Cairkan Daging Beku Dengan Menggunakan Air Panas

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging beku menggunakan air panas.

Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser.

Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang berseal.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Pembahagian Daging Korban Lengkap, Hayati Ibadah Ini Dengan Langkah Yang Betul

Baca juga: Bolehkah Niat Korban Dan Akikah Pada Seekor Haiwan Yang Sama? Ini Jawapan Ustaz

Baca juga: Raya Haji Nak Dekat. Ini Larangan Untuk Pelaku Ibadah Korban Yang Perlu Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah