Nutricia AptaGro untuk daya tahan badan anak dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Danone Dumex Malaysia telah melancarkan Nutricia AptaGro, susu formula tumbesaran yang paling maju kini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada hari Sabtu yang lepas, Danone Dumex telah melancarkan formula terbaru mereka — Nutricia AptaGro.

Acara ini dihoskan oleh selebriti dan ibu kepada empat orang anak, Daphne Iking. Beliau memulakan acara dengan berkongsi beberapa pengalaman tentang anak-anaknya.

Sekitar pelancaran Nutricia AptaGro oleh Danone Dumex

Tetamu juga turut melihat satu video berunsur pendidikan tentang susu formula baru ini disertai dengan testimoni dari ibu-ibu yang lain.

Nutricia Aptagro telah dilancarkan secara rasmi oleh Denis Phelps, Pengurus Besar, Guillaume Lorcy, Pengarah Pemasaran, Normalis Mohd-Sharif, Pengarah Sumber Manusia, Frederic Lebas, Pengarah Urusan dan Elspeth Hindle, Pengarah Nutrisi Kesihatan dari Danone Dumex Malaysia.

Permainan kanak-kanak bertemakan #RaiseThemResilient

Keluarga yang turut sama hadir bersemangat untuk merasai pengalaman pengenalan formula susu terbaru ini di Desa Park City.

Pada pagi yang penuh keseronokan ini, kanak-kanak telah dijemput untuk mencuba tahap fizikal mereka dengan Cabaran Daya Tahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bermula dengan Kren Kepintaran, kanak-kanak diberi untuk mengawal kren dengan sendiri dan menggali pasir.

Selepas itu, mereka perlu melintasi Sungai Ketabahan, untuk menguji keupayaan mereka untuk memegang flying f0x mini hingga ke seberang.

Kanak-kanak yang berani akan melintasi Jambatan Berani sebelum meneruskan perjalanan ke Maze Penyesuaian, di mana mereka perlu mencari jalan keluar sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya, mereka perlu memanjat Bukit Daya Tahan Diri yang dilengkapi dengan batu memanjat dan kemudia gelongsor turum ke garisan penamat!

Kanak-kanak juga turut mendapat sampel susu AptaGro di acara ini yang diberikan oleh staf Danone Dumex yang sangat mesra.

Nutricia AptaGro

AptaGro adalah susu formula membesar dari Danone Dumex yang paling maju, dengan visi supaya ibu bapa boleh membesarkan anak yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daya tahan adalah kunci utama untuk mendidik anak yang bersedia untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar ini. 

“Seni mendidik anak sekarang adalah lebih dari memberikan mereka makanan dan pendidikan. Kita perlu dedahkan mereka dengan dunia sekeliling supaya mereka boleh membina daya tahan dan untuk ini, badan mereka perlu bersedia,” kata Denis Phelps.

Untuk ini, ibu bapa juga perlu mempunyai daya tahan yang tinggi, tambah Daphne Iking dalam ucapan pembukaannya.

Nutricia AptaGro mengandungi ActiveDuoBio+ dan nutrisi penting yang lain untuk meningkatkan perkembangan fizikal dan pembelajaran.

Formula susu untuk membesar ini juga penuh dengan kombinasi yang dibentuk secara antarabangsa dengan Prebioticd GOS/IcFOS (9:1) dan Probiotic B. breve M-16V, untuk meningkatkan bakteria baik dalam badan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Formula ini juga mempunya tahap DHA yang paling tinggi*.

*berbanding susu formula jenama lain dalam pasaran sejak Februari 2018. AptaGro mengandungi 89.7mg/100g DHA.

Ia kini boleh didapati di Lazada, Tesco, AEON terpilih, Cold Storage, Village Grocer, dan Ben’s Store. Anda juga boleh mendapatkan Nutricia AptaGro di beberapa dewan Cina dan kedai bayi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi, www.aptagro.com.my dan laman Facebook rasmi AptaGro di sini.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

 

Penulis

Nadia Ghafar