Danone Memperkasakan Keluarga Dengan Penyelesaian Nutrisi Lengkap Untuk Menyokong Tumbesaran Kanak-kanak

Menyedari tekanan sosioekonomi yang dihadapi masyarakat hari ini, Danone menawarkan sokongan nutrisi yang berpatutan dan lengkap bagi memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuala Lumpur, 5 Jun 2024 – Sempena sambutan Hari Nutrisi Sedunia, Danone  mengenengahkan isu nutrisi yang dihadapi oleh kanak-kanak  di Malaysia. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, 21.2 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami tumbesaran terbantut akibat kekurangan nutrisi[2].

Cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang kian meningkat secara langsung menjejaskan kemampuan keluarga untuk menyediakan nutrisi yang mencukupi untuk anak-anak mereka. Menyedari masalah ini, Danone tampil ke hadapan untuk menawarkan sokongan nutrisi yang mampu milik serta bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah tumbesaran.

Pengarah Hal Ehwal Perubatan & Akses Pasaran Inovasi Kesihatan SEA di Danone, Angie Low, berkata: “Di Danone, misi perniagaan kami adalah untuk memberi kesihatan melalui pemakanan kepada seberapa ramai yang boleh. Di Malaysia, Danone telah berinovasi untuk memberikan solusi nutrisi terbaik  bagi menyokong pertumbuhan dan kesejahteraan kanak-kanak Malaysia. Semua produk kami, direka khas untuk memenuhi keperluan khusus kanak-kanak termasuklah mereka yang mengalami masalah tumbesaran seperti kurang berat badan dan tumbesaran terbantut. Keutamaan kami adalah untuk melipat gandakan penyelidikan berkaitan nutrisi sebagai usaha untuk terus menawarkan penyelesaian  dalam memberi impak positif terhadap kesihatan.”

Tambah beliau lagi, “Sambil kita meraikan Hari Nutrisi Sedunia, ia adalah penting untuk memfokuskan kepada penyelesaian nutrisi yang lestari untuk kanak-kanak. Ini bukan sekadar memahami keperluan nutrisi kanak-kanak, tetapi juga mengambil tindakan secara tegas. Di Danone, kami sangat komited untuk memperkasakan keluarga dengan pengetahuan serta memberi penyelesaian nutrisi yang bermutu tinggi, mampu milik, dan disokong oleh sains,”.

Memperkasakan Keluarga dengan Nutrisi yang Betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menangani masalah tumbesaran terbantut dan kekurangan zat makanan melalui intervensi awal dan sokongan nutrisi yang berterusan adalah penting bagi meningkatkan kesihatan serta pencapaian akademik kanak-kanak. Kita harus sedar, beban ekonomi daripada tumbesaran terbantut di Malaysia boleh menyebabkan kerugian setara 10 peratus daripada KDNK setiap tahun[3].

“Nutrisi yang lengkap dan seimbang, tinggi kalori dan padat nutrien, serta merangkumi nutrien penting seperti protein, kalsium, zink, fosforus, vitamin D, dan DHA adalah penting untuk perkembangan optimum tulang, otot, dan otak kanak-kanak. Ia memainkan peranan penting dalam menangani masalah tumbesaran terbantut serta kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak,” jelas Pakar Perunding Endokrinologi Pediatrik dan Profesor Madya di Jabatan Pediatrik, Pusat Pakar UM (UMSC), Dr. Azriyanti binti Anuar Zaini. “Di samping itu, semua kanak-kanak memerlukan masa tidur yang mencukupi, masa bermain, serta penerapan tabiat nutrisi yang baik dalam rutin harian mereka. Jadi, sokongan dan pemantauan ibu bapa adalah penting untuk memastikan semua keperluan ini dipenuhi,” tambah beliau.

Dugro Sure PLUS dirumus secara saintifik bagi memastikan semua kanak-kanak mempunyai akses kepada nutrien yang penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka. Produk ini berasaskan formula 1kcal/ml yang berkalori tinggi serta lengkap dengan nutrisi, bagi menyediakan makronutrien dan mikronutrien untuk tumbesaran kanak-kanak. Malah, ia juga padat dengan DHA yang menyokong perkembangan otak serta mikronutrien penting seperti kalsium, vitamin D, dan zat besi untuk tumbesaran keseluruhan dan perkembangan tulang yang kuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Danone telah menaja satu kajian yang menekankan keberkesanan suplemen nutrisi oral 1kcal/ml seperti Dugro Sure PLUS dalam menyokong tumbesaran 50 peratus lebih cepat dalam kanak-kanak 2 hingga 5 tahun yang mengalami masalah pemakanan. Selain itu, Danone turut bekerjasama dengan Monthly Index Medical Specialities (MIMS) dalam Projek Intervensi Tumbesaran Danone, bagi mengkaji impak Formula Mengejar Tumbesaran (Catch-Up Growth), seperti Dugro Sure PLUS terhadap ketinggian dan berat badan kanak-kanak Malaysia.

Nutrisi yang Lengkap dan Seimbang Memainkan Peranan Kritikal dalam Perkembangan Kanak-kanak

Dr. Azriyanti turut menekankan peranan penting nutrisi yang lengkap dan seimbang. “Cabaran nutrisi pediatrik bukan sekadar memenuhi keperluan diet yang penting, tetapi juga menghasilkan keputusan kesihatan jangka panjang. Jadi, adalah penting untuk ibu bapa dan penjaga membawa anak-anak mereka pergi menjalani pemeriksaan tumbesaran sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun. Jika terdapat sebarang tanda-tanda yang membimbangkan, bawalah mereka pergi berjumpa pakar kesihatan lebih awal.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukti saintifik yang sedia ada menyokong kepentingan pemantauan tumbesaran serta penyediaan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Ia membuktikan pengambilan suplemen nutrisi oral dapat menjadi penyelesaian yang kos efektif sebagai sebahagian pengurusan nutrisi tumbesaran, serta menekankan kepentingan intervensi nutrisi awal dalam menyokong tumbesaran kanak-kanak.

Selain itu, Angie Low juga mengulas tentang implikasi pilihan nutrisi pada keseluruhannya. “Nutrisi yang mencukupi bukan sekadar bermaksud pemakanan yang baik. Ia adalah tentang membuat pilihan bijak yang menyokong kesihatan keseluruhan kanak-kanak. Jadi, memperkasakan ibu bapa dengan ilmu tentang nutrisi yang lengkap dan seimbang serta penambahbaikan diet boleh mengubah trajektori tumbesaran kanak-kanak secara ketara.”

Dugro Sure PLUS menetapkan piawaian untuk penyelesaian nutrisi yang seimbang dan bermutu tinggi, dalam usaha untuk memberi impak positif kepada kesihatan dan perkembangan kanak-kanak di seluruh Malaysia. Selain itu, Dugro Sure PLUS juga membantu membina masa depan yang lebih sihat untuk generasi akan datang melalui penyelidikan dan inisiatif komuniti yang berterusan, termasuk kempen jerayawara di pusat beli-belah utama di seluruh negara dari 3 Mei hingga 30 Jun 2024.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk maklumat lanjut tentang Dugro Sure PLUS dan inisiatifnya, layari https://www.dugro.com.my/bm/sureplus.html