Masalah Disleksia Mungkin Punca 27% Murid Darjah Satu Tidak Boleh Membaca
Sebanyak 27 peratus murid darjah satu terlibat dalam proses intervensi khas bagi meningkatkan penguasaan dalam 3M(Membaca, Menulis & Mengira)
Anak-anak kini membesar dalam persekitaran yang menuntut kemahiran asas seperti membaca sebelum mereka masuk darjah satu.
Kajian mendapati bahawa 27% murid darjah satu di Malaysia tidak boleh membaca agak membimbangkan kerana kemahiran membaca adalah asas penting dalam proses pembelajaran.
Sekiranya tidak ditangani awal, ia boleh menjejaskan perkembangan akademik dan keyakinan diri anak-anak.
Isi Kandungan
Program Intervensi Bantu Murid Darjah Satu Kuasai Kemahiran 3M
Seramai 122,062 murid Tahun Satu sesi 2024/2025 telah terpilih untuk mengikuti Program Intervensi literasi dan numerasi bagi membantu mereka menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Jumlah ini mewakili 27.2 peratus daripada keseluruhan murid dengan pelbagai faktor seperti kurang pendedahan awal di rumah dan kesan pandemik COVID-19 menjadi punca utama kelewatan mereka dalam menguasai 3M.
Peranan Ibu Bapa Galakkan Anak Membaca Di Rumah
27% murid darjah satu tidak boleh membaca bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Masih ada banyak cara ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka mengatasi masalah membaca ini selain mengikut program yang dianjurkan di sekolah.
1. Rutin Membaca
Peruntukkan masa 10 hingga 15 minit setiap hari untuk membaca bersama anak.
Buku cerita yang mudah dan menarik boleh merangsang minat mereka untuk membaca sendiri.
2. Sediakan Bahan Bacaan yang Menarik
Pastikan rumah mempunyai pelbagai bahan bacaan, termasuk buku bergambar, komik, dan majalah kanak-kanak.
Membaca tidak perlu membosankan dan bahan yang sesuai dengan minat anak boleh membuatkan mereka lebih seronok.
3. Gunakan Permainan Interaktif
Gunakan permainan perkataan atau aplikasi bacaan interaktif yang sesuai dengan umur mereka. Teknologi boleh dimanfaatkan untuk menggalakkan minat membaca, selagi ia digunakan dengan seimbang dan terkawal.
4. Berbual dan Bertutur dengan Anak
Galakkan anak-anak untuk berbual dan bertanya soalan. Ini dapat memperkaya perbendaharaan kata mereka dan membantu mereka lebih memahami maksud perkataan yang mereka baca.
5. Beri Sokongan Emosi
Kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca sering kali merasa rendah diri atau malu. Sebagai ibu bapa, pastikan anda memberi sokongan emosi yang kuat. Jangan memarahi mereka jika mereka sukar membaca.
Sebaliknya, puji usaha mereka dan beri galakan berterusan.
6. Dapatkan Bantuan Guru atau Pakar
Jika anda mendapati anak masih sukar membaca walaupun dengan usaha di rumah, mungkin tiba masanya untuk mendapatkan nasihat guru atau pakar.
Sekolah atau pakar pendidikan boleh memberikan panduan lanjut tentang bagaimana menangani masalah yang lebih serius seperti disleksia atau masalah pembelajaran lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Persediaan Anak Memasuki Darjah Satu, Ibu Ayah Ikuti Checklist Penting Ini
Baca juga: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 (Idme KPM) & Panduan Lengkap
Baca juga: Persediaan Sebelum Masuk Darjah 1, Ibu Kena Pastikan Anak Ada 5 Skil Penting Ini, Sangat Membantu!