Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak atau anak jagaan dilahirkan pada tahun 2017 dan 2018 yang belum berdaftar, segera daftar darjah 1 2024/2025 secara atas talian.
Proses bagi permohonan daftar darjah 1 mengikut pilihan sekolah masing-masing boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian, Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam menggunakan Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS).
Ia terbuka bagi Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Tempoh permohonan kemasukan darjah 1 sesi 2024/2025

Pendaftaran murid tahun 1 mengikut kalendar akademik sesi 2024/2025 dibuka pada 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023 di https://idme.moe.gov.my bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Sebarang kelewatan membuat pendaftaran darjah 1 akan merumitkan proses permohonan sebaik sahaja tarikh ditutup dan perlu berhubung dengan pihak yang berkenaan.
Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet,daftar sekolah darjah 1 secara dalam talian boleh dilakukan di sekolah yang dipohon.
Panduan permohonan pendaftaran di seluruh Malaysia

Cara permohonan daftar darjah 1 secara online boleh dilakukan sekiranya anda sudah berdaftar di Sistem idME. Bagi pengguna baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum log masuk.
Berikut merupakan prosedur pendaftaran bagi sistem idME.
- Pergi ke Portal idMe di pautan berikut: https://idme.moe.gov.my/login
- Tekan butang Daftar Baru.
- Isikan semua maklumat yang dikehendaki.
- Klik pada kotak ‘Saya Bukan Robot’ dan masukkan captcha yang diberikan dalam medan yang disediakan.
- Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna.
Bagi pengguna sedia ada, anda boleh log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan.
Antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti maklumat penjaga/anak, profil kesihatan dan rekod imunisasi kanak-kanak.
Langkah pendaftaran kemasukan darjah 1

Borang permohonan yang telah diisi lengkap dan berjaya didaftarkan hendaklah dicetak dan perlu membawa cetakan borang tersebut untuk rujukan Proses Perakuan/Pengesahan Pendaftaran pihak sekolah dalam masa 14 hari.
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama adalah seperti senarai di bawah:
- Cetakan borang permohonan online
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan. (salinan asal berserta 1 salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa/penjaga. (salinan asal berserta 1 salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah/surat cerai. (salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu sebagai bukti tempat tinggal.
- Sampul surat bersaiz standard serta beralamat sendiri dan setem.
- Laporan kad kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan).
- Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi.
Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang dimohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama atau berbeza.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selain Kemahiran 3M, Terapis Cara Kerja Senarai Lima Skil PENTING Sebelum Anak Masuk Darjah 1
Baca juga: Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap
Baca juga: Tahun depan anak masuk darjah satu? Ibu bapa WAJIB tahu 10 tips ini dulu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!