Tahun depan anak masuk darjah satu? Ibu bapa WAJIB tahu 10 tips ini dulu

Tahun depan anak masuk darjah satu? Ibu bapa WAJIB tahu 10 tips ini dulu

Panduan yang sangat berguna untuk mak ayah yang ada anak darjah satu tahun hadapan. Semoga perkongsian ini memberi sedikit informasi buat anda yang mungkin 'nervous' bila anak masuk sekolah!

Pasti anda antara ibu bapa yang akan teruja bila anak masuk darjah satu pada sesi persekolahan 2019 nanti.

Jadi, tinggal beberapa bulan lagi ini... Bagus jika ibu ayah meluangkan sedikit masa dengan anak untuk mengajar dan membuat persiapan sebelum mereka ke sekolah. 

Persiapan baju dan perkakas sekolah ke? Ya, memang itu penting. Tapi ada yang lagi penting ingin kami kupaskan hari ini.

Okey, jom baca lanjut di bawah ini. 

10 persiapan yang penting untuk anak darjah satu

#1. Pastikan anak kenal huruf dan tahu membaca walaupun sedikit

darjah satu, anak darjah satu, anak masuk darjah satu, sesi persekolahan 2019, sesi sekolah, anak bersekolah, sekolah 2019, silibus sekolah anak, silibus darjah satu, murid darjah satu, ragam anak darjah satu, ragam murid sekolah Kredit: The Coverage

Sebelum anak masuk darjah satu, pastikan dia tahu membaca dan mengeja walaupun sedikit.

Selain itu, pastikan anak anda faham operasi asas matematik seperti tambah tolak. Kalau dia boleh kuasai sikit-sikit, itu lebih baik.

Hal ini kerana, silibus sekolah rendah semakin lama semakin susah. Jadi murid yang masuk dengan 'zero' pengetahuan mungkin akan ketinggalan ke belakang. 

Ataupun cikgu akan masukkan anak anda ke kelas pemulihan.

#2. Sentiasa bimbing anak di rumah

Bimbingan ibu bapa di rumah sangat penting. Walaupun anak sudah tahu asas membaca dan mengira, namun jika tidak dibimbing dengan baik, mereka juga akan ketinggalan ke belakang.

Perlu ingat: silibus berat tapi masa singkat. Namun majoriti murid boleh kuasai dengan bimbingan dan bantuan daripada ibu bapanya di rumah.

Jika ingin melihat anak berjaya, bantulah mereka. Jangan melepaskan kepada guru semata-mata.

#3. Ajar anak kenal wang

  • Ajar anak jangan beri murid lain wang yang anda bagi untuk dia berbelanja di sekolah.
  • Ajar anak untuk beritahu jika ada kawan yang meminta duit daripadanya
  • Ajar anak guna wang dengan baik dan tunggu hingga baki dipulangkan.

#4. Bimbing anak menggunakan tandas dengan betul

Ada banyak perkara yang perlu dibimbing ibu bapa kepada anak yang baru masuk darjah satu. Salah satunya adalah cara menggunakan tandas dengan betul.

Hal ini kerana, terdapat fakta ada anak darjah satu yang berlari bogel untuk ke tandas tanpa rasa malu.

Malah ada juga yang membuka seluar di luar pintu tandas, kemudian seluar/kain sekolah itu kotor akibat terkena air atau dipijak kawan yang lain.

#5. Jangan asyik cakap "CIKGU GARANG" pada anak

darjah satu, anak darjah satu, anak masuk darjah satu, sesi persekolahan 2019, sesi sekolah, anak bersekolah, sekolah 2019, silibus sekolah anak, silibus darjah satu, murid darjah satu, ragam anak darjah satu, ragam murid sekolah

Hal ini kerana ada kejadian di mana anak terkencing dan terberak dalam seluar kerana takut  memberitahu cikgu untuk ke tandas. 

Sebab itu, bila kita selalu sogok dan cakap "cikgu garang", anak pun rasa takut untuk berhadapan dengan gurunya. 

#6. Minta anak jaga barang dengan baik dan ajar dia berkongsi

Siapkan bekal makanan anak untuk di bawa ke sekolah. Kemudian minta dia berkongsi dengan rakan-rakannya. 

Selain itu, ajar anak menjaga barang persekolahannya dengan baik seperti warna pensil, alat tulis, buku dan pemadam. Jika ada kawan yang pinjam, minta dipulangkan semula.

Sebabnya, ada murid yang selalu tertinggal botol air di kantin sekolah hingga terlupa untuk mengambilnya semula. Kemudian ada juga alat tulis yang berterabur jatuh tidak dikutip dalam kelas.

#7. Elak kasut bertali dan ajar pakai tali pinggang 

Jangan bagi kasut bertali kalau mereka tak tahu nak ikat. Satu lagi, ajar anak cara-cara nak buka dan pakai tali pinggang.

Sebabnya ada pelajar yang terkencing dalam seluar gara-gara tak tahu nak buka tali pinggang itu. Alamak!

#8. Ajar susun jadual 

Ajar anak bawa buku mengikut jadual. Barulah beg tak berat sangat.

Kalau boleh biar emak yang susun buku anak. Sebab kalau ayah yang buat, semua buku dia letak dalam beg anak. Aduhai! 

#9. Jangan whatsApp cikgu ketika 'tengah malam' 

Sekarang ini memang menjadi ‘trend’ ibu bapa suka berwhatssap untuk berkomunikasi dengan guru kelas anak.

Tapi lihat masa yang sesuai baru boleh tanya soalan yang berkaitan dengan aktiviti anak di sekolah. Jangan 12 tengah malam sibuk mesej cikgu itu. Cikgu pun manusia biasa, perlukan rehat tenaga dan fikiran. 

Diingatkan juga tidak post benda-benda yang berunsurkan politik, nasihat, kata mutiara atau iklan perniagaan. Cukuplah group whatssap tersebut hanya untuk mengetahui perkembangan terkini anak anda sahaja.

#10. Berhenti merungut 

darjah satu, anak darjah satu, anak masuk darjah satu, sesi persekolahan 2019, sesi sekolah, anak bersekolah, sekolah 2019, silibus sekolah anak, silibus darjah satu, murid darjah satu, ragam anak darjah satu, ragam murid sekolah Kredit: Ainul Mustafa

Jangan dipersoalkan dan selalu merungut kenapa silibus makin susah. Sedangkan orang lain yang duduk diam tak merungut, berbagai cara mereka lakukan semata-mata ingin melihat kejayaan anak.

Tapi anda yang masih merungut itu membuatkan anak merasakan beban dan menganggap belajar itu payah! 

Diharap perkongsian ini menjadi panduan buat anda semua. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Ainul Mustafa 

Sumber: Viral Muafakat Johor

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner