X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Semak ASB Guna IC, Ini Panduan Lengkap Termasuklah Cara Daftar Secara Online

4 min bacaan
Cara Semak ASB Guna IC, Ini Panduan Lengkap Termasuklah Cara Daftar Secara Online

Bagi mereka yang mempunyai akaun ASB atau Amanah Saham Bumiputera, ini panduan lengkap termasuk cara semak ASB guna IC yang mudah dan cepat.

Bolehkah semak ASB guna IC tanpa membawa buku pelaburan? Kini urusan tambah pelaburan, kemaskini dan pengeluaran tidak lagi menggunakan buku pelaburan, sebaliknya anda hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai dokumen pengenalan diri untuk berurusan di kaunter ASB (Amanah Saham Bumiputera).

Jika anda baru sahaja berdaftar akaun myASNB, pastikan anda catat butiran penting seperti ID dan kata laluan. Ia bagi memudahkan urusan seterusnya supaya tidak terlupa atau hilang. 

Untuk rujukan anda, kami sediakan panduan lengkap cara semak ASB guna IC, termasuklah cara daftar dan semak baki ASB online.

Cara mudah semak ASB menggunakan IC di kaunter ASB

  1. Sediakan dokumen berkaitan pengenalan diri seperti IC (kad pengenalan) bagi mengesahkan identiti.
  2. Hadir di mana-mana cawangan atau kaunter ASNB berhampiran.
  3. Dapatkan nombor giliran atau terus ke kaunter urusan.
  4. Nyatakan tujuan anda untuk membuat semakan ASB.
  5. Selesai.

Cara semak ASB melalui online

Jika anda tiada masa untuk pergi ke kaunter ASNB, anda boleh semak ASB online melalui laman web rasmi. Walau bagaimanapun, laman web myASNB  hanya boleh diakses kepada individu yang sudah mempunyai akaun berdaftar.

Buat anda yang sudah mempunyai akaun di my ASNB, ikuti panduan semak asb online seperti di bawah.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal myASNB di sini myasnb.com.my.
  2. Pilih Bahasa.
  3. Kemudian, tekan butang Log masuk.
  4. Masukkan ID Pengguna dan tekan Teruskan.
  5. Sahkan Frasa Keselamatan anda dengan menekan butang YA jika betul.
  6. Seterusnya, masukkan Kata Laluan.
  7. Klik butang Log masuk.
  8. Profil anda akan dipaparkan.
  9. Anda boleh membuat semakan ASB atau semak baki ASB online.
  10. Selesai.

semak asb guna ic

Cara semak ASB melalui aplikasi myASNB

Untuk cara yang lebih mudah, anda juga boleh semak ASB menggunakan aplikasi myASNB di telefon pintar. 

Cara-caranya adalah seperti yang berikut:

  1. Muat turun aplikasi myASNB di Google Play Store atau App Store terlebih dulu.
  2. Selesai muat turun, buka aplikasi myASNB.
  3. Anda boleh menukar Bahasa pada bahagian menu di sebelah kanan skrin telefon anda.
  4. Kemudian, tekan Log Masuk.
  5. Masukkan ID Pengguna dan tekan Seterusnya.
  6. Sahkan Frasa Keselamatan anda dan tandakan pada butang yang disediakan jika betul.
  7. Masukkan Kata Laluan dan tekan Seterusnya.
  8. Setelah berjaya masuk, anda akan dipaparkan dengan laman profil akaun anda.
  9. Anda boleh semak baki ASB atau meneruskan perkhidmatan lain pada menu yang disediakan dalam profil akaun anda.
  10. Selesai.

Cara daftar ASB secara online

Bagi yang tidak mempunyai akaun ASB dan malas beratur panjang di kaunter, anda boleh mendaftarkan akaun secara atas talian. Mudah dan cepat!

Cara-caranya seperti di bawah:

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
  1. Layari Portal myASNB di myasnb.com.my.
  2. Pilih Bahasa dan tekan butang Daftar.
  3. Anda akan diminta untuk memuat turun aplikasi myASNB untuk proses pendaftaran.
  4. Sila muat turun aplikasi myASNB di telefon pintar anda.
  5. Buka aplikasi myASNB dan pilih Bahasa pada bahagian menu sebelah kanan skrin telefon.
  6. Kemudian, tekan butang Daftar.
  7. Lengkapkan butiran yang diperlukan seperti:
    • Jenis Pengenalan Diri.
    • Nombor Pengenalan Diri.
    • Nombor Telefon Bimbit.
  8. Sila sediakan Kad Pengenalan (MyKad), Maklumat Peribadi dan Maklumat Akaun Bank untuk melengkapkan pendaftaran.
  9. Tick pada ruangan bersetuju dengan terma dan syarat.
  10. Tekan butang Seterusnya.
  11. Anda akan diminta untuk membuat Pengesahan Nombor Telefon melalui OTP yang dihantar ke nombor telefon anda tadi.
  12. Tekan Seterusnya.
  13. Anda akan dibawa ke laman Maklumat Peribadi.
  14. Sila lengkapkan butiran peribadi anda pada ruangan yang disediakan.
  15. Tekan butang Teruskan.
  16. Kemudian, anda perlu membuat Pengesahan Akaun Bank.
  17. Jika tiada apa-apa masalah berkaitan akaun bank anda yang didaftarkan, tekan butang Ya.
  18. Seterusnya, lengkapkan bahagian Pengisytiharan Diri dan tekan butang Teruskan.
  19. Pada laman berikutnya, sila lengkapkan Maklumat Pekerjaan anda.
  20. Tick pada kotak ruangan maklumat yang diberikan benar, tepat dan lengkap.
  21. Kemudian, tekan Hantar.
  22. Anda perlu membuat Pengesahan Identiti menggunakan MyKad.
  23. Tekan butang Teruskan.
  24. Seterusnya, anda perlu Rakam Video Swafoto anda sambil menyebut 3 digit nombor yang akan tertera di skrin untuk melengkapkan proses identifikasi.
  25. Kemudian, tekan Hantar Video.
  26. Pada laman seterusnya, anda akan diminta untuk melengkapkan Maklumat Log Masuk.
  27. Jika tiada apa-apa masalah, tekan butang Teruskan.
  28. Kemudian, lengkapkan soalan pada bahagian Keselamatan Akaun.
  29. Tekan butang Selesai.
  30. Akhir sekali, anda akan menerima notifikasi Tahniah! Pendaftaran akaun anda berjaya! Sila log masuk untuk meneruskan.
  31. Siap.

Blog Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Simpan Duit Anak Dalam Akaun ASB, Ibu Tidak Perlu Beratur Di Bank & Pejabat Pos

Baca juga: 9 Akaun Bank Untuk Anak Yang Terbaik Bagi Tujuan Pelaburan & Simpanan, Daftar Online Pun Boleh!

Baca juga: Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak Secara Online, Mudah Boleh Daftar Haji Sekali!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cara Semak ASB Guna IC, Ini Panduan Lengkap Termasuklah Cara Daftar Secara Online
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham