Gambar baby Dato Siti tersebar tanpa izin, wanita yang menyebar ini minta nak jumpa keluarga Siti!

Beberapa jam selepas Dato Siti Nurhaliza bersalin, gambar bayi beliau telah tersebar di laman sosial tanpa mendapat kebenaran mereka! Ini apa kata pelaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dato Siti Nurhaliza bersalin – gambar baby Siti tersebar tanpa izin!

Beberapa jam selepas Dato Siti Nurhaliza bersalin, gambar dan video bayi Siti dimuat naik tanpa izin di Facebook. Pemilik akaun tersebut mendapat kecaman daripada netizen ekoran tindakannya yang tidak dianggap sensitif oleh beberapa pihak.

Selepas penyebaran gambar baby itu beberapa jam  Dato Siti Nurhaliza bersalin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), suami kepada Siti Nurhaliza terpaksa mengakui  “Ya, itu gambar anak kami,” ringkas mengesahkan gambar yang tular di media sosial.

Namun, Datuk K dan pengurus Siti, Rozi Abdul Razak terkilan dengan penyebaran gambar tersebut. Iyalah! Siapa yang tidak terkilan, kan? 
 
“Sebagai menghormati Siti dan suami, saya rasa kita yakinlah dengan apa yang mereka sudah katakan. Akan tiba hari dan masanya. Maaf kepada yang bertanya, kerana saya memilih untuk menghormati Siti dan suami,” kata Rozi.

Dato Siti Nurhaliza bersalin – akan tiba masanya bila Siti mahu berkongsi

Kredit Gambar: Instagram @ctdk

Selepas Dato Siti Nurhaliza bersalin, Datuk K memaklumkan bahawa mereka akan berkongsi gambar dan nama anak apabila tiba waktu yang sesuai. Sepatutnya, mereka akan berkongsi gambar bayi comel itu selepas 7 hari. 

Ini tiba-tiba gambar itu tersebar tanpa izin pula! Buat sementara waktu, bayi comel itu dipanggil Fatimah Az-Zahra. 

Wanita yang didakwa berkongsi gambar anak Siti Nurhaliza itu, Wan Noor Akmal Wan Yusof memohon maaf dan ingin berjumpa dengan pihak Siti bagi meminta maaf secara peribadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wan menjelaskan kepada Harian Metro bahawa dia mendapat gambar dan video tersebut manerusi rakannya yang dikongsikan di Whatsapp.

“Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama. Malah, mereka mula mengecam saya.

 Dato Siti Nurhaliza bersalin dan gambar bayi disebar tanpa izin

“Saya minta maaf dan sedia berjumpa pihak Siti untuk menjelaskan perkara sebenar. Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak,” katanya.

Selepas statusnya dikecam oleh netizen, Wan mengambil keputusan untuk memadamkan status tersebut dan deactivate akaun Facebook miliknya buat sementara waktu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia juga menambah yang dia tidak mengetahui tentang kenyataan Siti dan suami yang ingin menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan wajah anak mereka.

Pengajarannya, sebelum kita hendak letak gambar anak rakan atau keluarga yang  baru lahir tu, kita tengok dulu laman sosial mereka. Kalau mereka ada kongsikan gambar barulah kita kongsi. Takpun, kalau nak senang, mintak izin.

Keputusan untuk muat naik gambar di laman sosial adalah di tangan ibu bapa. Biarlah mereka mendapat keistimewaan untuk tunjukkan sendiri kepada orang ramai.

Jadi, jangan lupa minta izin ya?

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro

Kredit Gambar: Harian Metro, Sinar Harian

Baca juga:

Bakal bayi Siti Nurhaliza tiada 'baby shower' tapi ada lagu sendiri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 

 

Penulis

Nadia Ghafar