5 cara yang terbukti boleh meningkatkan daya imaginasi anak anda

Daya imaginasi anak harus ditingkatkan oleh ibu bapa agar kreativiti mereka semakin terbentuk. 5 cara ini terbukti berkesan menambah imaginasi anak. Jom cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa boleh meningkatkan daya imaginasi anak

Daya imaginasi anak adalah penyumbang terbesar kepada kreativiti mereka. Ibu bapa sebenarnya digalakkan untuk membantu anak-anak meningkatkan lagi daya imaginasi mereka agar perkembangan otak mereka lebih dicerna.

Yang lebih best, anda tidak perlu jadi pakar seni pun untuk meningkatkan daya imaginasi anak!

Mari ikuti perkongsian dari Fatherly, Parenting, dan The Telegraph tentang 5 cara untuk anda meningkatkan daya imaginasi anak anda dan ia telah terbukti amat berkesan!

1. Bercerita dan membacakan buku cerita

Salah satu cara untuk meningkatkan daya imaginasi anak adalah dengan kerap bercerita pada anak-anak

Kongsikan dengan anak-anak cerita tentang masa kecil anda, atau reka apa saja cerita. Jika anda rasa anda tidak dapat mereka apa-apa cerita kepada mereka, atau anda ketandusan idea, ambil buku cerita dan bacakan saja pada mereka.

Buat mimik suara dan tanyakan pada anak tentang apa akan jadi kemudiannya.

Cara ini bukan saja meningkatkan daya imaginasi anak, malah ia memupuk minat mereka terhadap buku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sambil menyelam minum air orang kata. Sambil merangsang idea imaginasi mereka, sambil menggalakkan mereka sukakan buku!

2. Biar anak bebas berkarya

Tidak kiralah sama ada mereka berkarya di atas kertas, bermain tanah liat atau membina menggunakan Lego – biarkan mereka bebas berkarya.

Elakkan menyekat mereka tentang apa yang mereka ‘patut’ atau ‘tidak patut’ buat. Jika mereka kata tompok hijau itu seekor dinasor, maka ia adalah seekor dinasor!

3. Berlakon dengan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Galakkan mereka berlakon

Galakkan anak anda berlakon. Tidak kiralah berlakon jadi apa pun. Mungkin hari ini mereka boleh menjadi burung, lanun atau menjadi seorang puteri raja, biarkan daya imaginasi anak berkembang.

Beri mereka alatan untuk menjadi aksesori semasa mereka berangan. Galakkan mereka dengan turut mengiakan apa yang mereka lakonkan. Atau turut serta di dalam lakonan mereka!

4. Buat galeri seni dan muzium lebih menarik

Ramai kanak-kanak bosan jika dibawa ke galeri seni atau muzium, tapi sebenarnya rasa bosan ini mungkin kerana mereka tidak diajar bagaimana menghargai hasil sesuatu seni itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh bantu mereka dengan menceritakan kisah di sebalik sesuatu seni itu yang dipamerkan di galeri seni atau muzium. Atau reka apa sahaja cerita dan jadikan ia menarik.

Dengan ini, daya imaginasi anak anda bukan saja boleh meningkat, malah mereka mungkin akan semakin menggemari galeri seni dan muzium!

5. Beri mereka masa ‘senyap’

Biarkan mereka mencari cara untuk menghilangkan rasa bosan sendiri

Jauhkan mereka dari gadjet, media sosial atau alatan elektrik. Ini kerana terlalu banyak menonton teknologi yang memudahkan kerja ini hanya akan membuatkan mereka “menerima” idea saja, bukan mengeluarkan idea.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarkan mereka bersendirian supaya mereka dapat mencari cara lain untuk menghilangkan kebosanan mereka itu.

Mudah bukan? Jom ibu-ibu dan bapa-bapa. Kita bantu anak-anak kita menjadi lebih kreatif dan berimaginasi!

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-yang-mana-dulu/

Penulis

Aqma