10 Idea Bekal Anak Sekolah Bento, Si Manja Pasti Sukakannya!

Mari buat bento!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anak prasekolah anda cerewet makan? Mungkin ibu bapa boleh cuba beri bekal anak sekolah bento pula kali ini!

Hari ini saya ingin kongsikan 10 idea makanan tengah hari yang menarik, dengan menggunakan cara bento sebagai inspirasi. Penyediaan makanan bento untuk anak bukan sahaja perlu memenuhi seleranya, malah cara penyediaan dan rupa juga memainkan peranan bagi memupuk minat anak terhadap makanan.

Manfaat Bekal Anak Sekolah Bento Buat Si Manja

Ini merupakan beberapa manfaat bekal sekolah anak bento:

  • Makanan bersih dan berkhasiat yang disediakan sendiri di rumah
  • Mengutamakan makanan yang seimbang
  • Menggunakan bahan-bahan makanan yang berwarna-warni dan menarik
  • Sajian kelihatan lebih comel, anak pun suka

Sebenarnya, anda tidak perlu membeli makanan khusus untuk sajian Bento ini. Bahan-bahan biasa sudah memadai, cuma perlu dipotong kepada saiz yang lebih kecil supaya dapat dimuatkan ke dalam bento makan tengahari anda.

Bekal sekolah anak yang sebegini juga kelihatan lebih menarik!

10 Cadangan Bekal Anak Sekolah Bento

1. Kari Ayam Katsu Jepun dengan Nasi Putih. 

 

2. Peha Ayam yang digoreng dalam Air Fryer, sayur kailan yang ditanam sendiri, nasi beras perang dan hirisan strawberi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

3. Sayur Siew Pak Choy, lobak merah, udang tumis, jejari ikan goreng dan nasi goreng telur.

 

4. Ikan salmon goreng, jagung muda rebus, nasi putih, oren, dan sebotol vitagen kurang manis. Ciri-ciri pada muka dilukis dengan sos tomato dengan menggunakan pencungkil gigi yang bersih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

5.  Nasi merah, bunga kobis yang ditumis dengan cendawan shitake, telur dadar gulung dan ikan salmon goreng.

 

6. Mi telur goreng, bunga kobis tumis, ikan salmon goreng dan hirisan kiwi hijau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

7. Pasta comel berbentuk haiwan ditumis dengan lobak merah dan kacang botol, daging dada ayam dan satu telur burung puyuh rebus dibelah dua.

 

8. Sayur Siew Pak Choy tumis dengan ikan bilis, daging dada ayam goreng, nasi, dan jagung muda tumis. Secawan jus oren.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Ayam digoreng dalam Air Fryer, kentang goreng buatan sendiri dan kacang Jepun endamame.

 

10. Ketulan nuget ayam buatan sendiri, nasi goreng rumpai laut, tomato ceri, brokoli dan bunga kobis tumis.

 

Saya pasti ramai daripada anda akan berfikir, cara memasak ini nampak membazir kerana ia menggunakan bahan makanan sedikit demi sedikit. Sebaliknya tiada pembaziran langsung kerana semua bahan makanan dibahagikan kepada saiz mengikut berapa banyak anak saya boleh makan untuk setiap hidangan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga boleh menggunakan makanan yang telah dimasak untuk seisi keluarga - cuma tinggal mengaturkan semula makanan cara bento sahaja. 

Penyediaan bento mungkin nampak mencabar dan menyusahkan bagi sesetengah orang, tetapi saya rasa ia sungguh menyeronokkan dan kreatif. Terdapat banyak contoh untuk dilayari dan dicuba di laman web Pinterest serta YouTube.

 

kredit: Pinterest

 

Apabila sudah bersedia untuk mencuba membuat bento di rumah, anda boleh membeli kebanyakan peralatan dan aksesori bento di kedai Daiso terdekat anda. Bekal sekolah anak kali ini pasti lebih menyelerakan, selamat mencuba!

Penulis

Rosanna Chio