Twitter Bana Alabed yang berusia 7 tahun dedahkan kepada dunia apa yang kanak-kanak Syria lalui

Tidak ada kanak-kanak atau keluarga patut melalui semua ini, namun inilah realiti bagi kebanyakan keluarga Syria

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang kita semua pasti sudah tahu dengan perang di Syria dan bagaimana ia mejejaskan ramai keluarga. Tetapi bagi kebanyakan kita, konflik di Syria hanyalah dikejauhan dan abstrak – sesuatu yang kita tidak fikir setiap hari.

Akaun Twitter Bana Alabed yang berusia 7 tahun telah mengubah hal ini, lapor BBC. Sejak September 2016, Bana dan keluarganya sering memuat naik maklumat tentang perkembangan kehidupan mereka di Aleppo, Syria, dan ‘tweet’ mereka telah merealisasikan lagi kekejaman yang terjadi di Aleppo kepada 190,000 pengikutnya. Akaun yang telah didaftarkan atas nama Bana di uruskan oleh ibunya, Fatemah al-Abad yang pernah mengikuti kursus kewartawanan dan politik.

Baru Ahad lepas, keluarga itu ‘tweet’ berkenaan siri menakutkan yang berakhir dengan ucapan selamat tinggal:

Syukur, Bana dan keluarganya terselamat daripada serangan, namun mereka masih jauh dari selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bana dan keluarganya terselamat dari serangan tersebut, tetapi mereka kehilangan rumah mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keluarga al-Abed telah berterusan mendesak bantuan untuk keluar dari peperangan yang melanda Aleppo. Banyak yang telah mengatakan bahawa pelarian telah ditempatkan di stesen komuniti antarabangsa, dan banyak berkisar tentang impak terhadap ekonomi negara hos.

Akaun Twitter Bana telah membantu kita melihat apa yang keluarga Syria lalui setiap hari, dan jelas nyata, kita juga akan melakukan apa sahaja untuk membawa keluarga kita ke tempat yang aman jika kita berada di tempat mereka.

“Ini bukanlah cara hidup-dan terlalu ramai yang mati”

Walaupun ramai pengguna twitter mensifatkan akaun Bana sebagai akaun tipu serta melabelkan ia sebagai propaganda, penting untuk tahu yang keluarga al-Abed bukanlah satu-satunya keluarga yang hidup dalam ketakutan. Berdasarkan UNICEF, hampir 500,000 kanak-kanak tinggal di kawasan yang dikepung, tersekat dari sebarang bantuan dan keperluan asas.

“Untuk jutaan manusia di Syria, hidup menjadi mimpi ngeri yang tiada penghujung-lebih-lebih lagi untuk ratusan ribu kanak-kanak yang tinggal di dalam kepungan. Kanak-kanak dibunuh dan dicederakan, terlampau takut untuk kesekolah mahupun bermain, terus hidup dengan makanan yang sedikit dan ubat yang seperti tiada,” kata Anthony Lake, UNICEF Executive Director. “Ini bukanlah cara hidup-dan terlalu ramai yang mati.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma