Idea Deko Bilik Tidur Kecil Yang Ringkas & Menarik, Ini Panduan Berguna Untuk Ibu Ayah!

Deko bilik kecil akan kelihatan begitu menarik jika anda bijak menggunakan ruang dan mengutamakan susun atur perabot. Ketahui beberapa tips berguna ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara ruang di dalam rumah yang menjadi kegemaran anak-anak salah satunya adalah bilik tidur. Bagi sesetengah ibu ayah, anda mungkin berasa buntu dan memerlukan idea untuk deko bilik kecil, lagi-lagi bila deko bilik anak perempuan agar ia kelihatan cantik. 

Sebenarnya ruang yang terhad tidak menjadi masalah sekiranya anda bijak dalam merancang susun atur perabot dengan kemas. Malahan anak-anak akan berasa cukup teruja biarpun dengan gaya minimalis.

Dalam artikel ini akan menceritakan tentang:

  • Idea deko bilik untuk anak mengikut saiz
  • Tips dalam dekorasi bili anak 
  • Tempat untuk mendapatkan barangan deko bili anak

Idea deko bilik kecil untuk anak

Apabila sebut sahaja dekorasi bilik, perkara paling utama adalah kemampuan kewangan ibu ayah dalam mencipta sesuatu yang WOW dan praktikal untuk kegunaan harian anak-anak.

Justeru apa kata anda lihat beberapa gambar idea deko bilik kecil di bawah ini sebagai rujukan nanti.

#1. Bilik dengan keluasan 7 kaki lebar

Sekiranya bilik anak memiliki keluasan 7 kaki lebar dan panjang antara 10 hingga 12 kaki, ibu ayah boleh pertimbangkan untuk meletakkan katil melintang dan hujungnya diletakkan meja tulis.

Bukan itu sahaja, bahagian bawah meja boleh diletakkan rak berlaci untuk menyimpan pakaian atau barangan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan anda mengukur terlebih dahulu saiz katil dan meja tulis sebelum membelinya agar ia benar-benar muat dengan ruang di dalam bilik. Susun atur sebegini membuatkan adanya ruangan kosong yang boleh dijadikan tempat solat.

#2. Deko bilik bersaiz 8×10 kaki

Hiasan menggunakan susun atur perabot seperti ini sesuai untuk keluasan bilik saiz 8×10 kaki atau 10×10 kaki. Penggunaan warna putih pada dinding mampu membuatkan bilik kelihatan luas. Manakala perabot disusun rapat ke dinding dan mencipta ruang tengah yang selesa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Idea deko bilik ini amat sesuai untuk anak lelaki anda.

#3. Idea deko untuk anak yang berkongsi bilik

credit to sources

Jika si manja anda sama jantina dan ingin berkongsi bilik yang sama, ibu ayah mungkin boleh mempertimbangkan penggunaan perabot jenis bertingkat bagi memaksimumkan ruang yang anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak perempuan, pastikan bilik memiliki almari pakaian bagi menjaga privasi mereka.

Tips menghias bilik tidur yang sempit

Sesetengah ibu ayah berdepan kesukaran dalam mengatur bilik dengan ruang yang terhad kerana risau ia kelihatan berserabut. Namun ada beberapa tips boleh membantu anda dalam menyusun atur bilik anak-anak.

  •  Pemilihan perabot

Penggunaan perabot yang kecil sebenarnya boleh membuatkan ruang bilik bertambah sesak. Adalah lebih baik anda mempertimbangkan perabot yang penting sahaja untuk anak seperti katil, almari pakaian dan meja tulis.

Ia sudah mencukupi. Sebaiknya kami menasihati anda untuk memilih perabot dengan pelbagai fungsi. Contohnya, bawah katil boleh dijadikan tempat penyimpanan barang-barang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pencahayaan

Gunakan cahaya semula jadi secara maksimum dari tingkap bilik tidur. Elak meletakkan perabot yang menghalang cahaya matahari memasuki ruang.

Jika bilik berkenaan kurang cahaya, ibu ayah boleh menggunakan blinds atau sheer berbanding kain langsir. Selain itu anda juga boleh mendapatkan cahaya elektrik dengan memasang lampu siling. Jika ia tidak mampu menerangi secukupnya bilik tidur, boleh tambah lampu meja atau lantai.

  • Pemilihan cat dinding

Kebanyakan rumah akan memiliki warna dinding asal iaitu putih. Meskipun ia membantu memberikan ilusi ruang kelihatan luas dan besar, namun masih kelihatan bosan dan kurang menarik.

Justeru apa kata ibu ayah cipta kelainan dengan menggunakan gabungan warna pastel atau lembut. Ia secara tidak langsung memberikan kelainan dalam dekorasi anda.

  • Penggunaan cermin
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Dalam kebanyakan dekorasi ruang yang kecil, ramai menggunakan cermin untuk memberikan kesan luas pada ruang. Ibu ayah boleh memasangnya di sebelah dinding katil atau gunakan cermin berkaki.

Selain itu pertimbangkan untuk mendapatkan perabot almari pakaian yang sudah tersedia cermin pada daun pintunya. 

  • Aksesori dekorasi

Aksesori dekorasi jenis kemasan cermin atau stainless steel dapat membantu memberikan ruang kelihatan eksklusif dan luas kesan pantulan atau sinaran barangan berkenaan.

Bukan itu sahaja, penggunaan gambar lukisan atau frame bersaiz besar yang diletakkan pada dinding di kepala katil tidur berupaya menampakkan dindin tersebut lebih luas.

Tempat untuk membeli barangan dekorasi 

Bagi anda yang tercari-cari di mana tempat yang sesuai untuk membeli berangan dekorasi bilik anak yang bukan saja cantik malah dengan harga yang berpatutan!

Tak lain tak bukan berikut adalah tempatnya:

Kaison

Disini anda boleh dapati barangan dekorasi sampingan yang comel dan murah. Terdapat bantal-bantal berbentuk haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Cermin yang menawan, kertas dinding yang cantik serta hadir dengan saiz yang lebih kecil. Storage atau tempat simpanan alat mainan yang pelbagai bentuk dan warna!

MR. DIY

Ha, jangan terkejut! MR. DIY bukan saja penuh dengan alat gantian dan alat untuk membaiki rumah ya, macam-macam pun ada! Dah nama pun kedai serbaneka. Paling best alat-alat mainan anak-anak di sini cukup murah! Patung haiwan lembut juga hadir dengan pelbagai jenis dan saiz! Karpet bulu, dan karpet kanak-kanak juga ada ya.

Ikea

Memang tiada tempat lain yang menjadi pilihan ibu bapa moden. Ikea ternyata menawarkan pelbagai barangan dekorasi bilik anak kecil, baik dari segi perabot hinggalah sekecil-kecil barang hiasan. Cuma bila pergi ke sana jangan rambang mata sudah! Buat pembelian atas talian untuk menjimatkan masa malah lebih mudah!

Khas untuk pembaca theAsianparent

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Jangan Main Hias, Ini Cara Deko Bilik Tidur Simple & Cantik Untuk Anak Perempuan!