Ibu Jangan Main Hias, Ini Cara Deko Bilik Tidur Simple & Cantik Untuk Anak Perempuan!

undefined

Deko bilik tidur simple sudah cukup untuk membuatkan si manja anda teruja. Mana tidaknya, ruang inilah menjadi tempat bermain dan tidur kegemaran mereka!

Sekiranya ibu ayah sedang mencari idea deko bilik tidur simple untuk puteri kecil anda, perkara paling utama adalah mengetahui apa yang si manja suka. Dalam melatih anak untuk tidur sendiri, ibu ayah hendaklah menerapkan unsur-unsur yang mereka minati agar lebih mudah si manja menyesuaikan diri dengan suasana bilik baru.

Dalam hal ini, sudah tentu reka bentuk bilik untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan yang ketara. Jadi dalah penting ibu ayah mempertimbangkan beberapa perkara sebelum menghias bilik si manja agar ia kemas serta tidak terlalu padat.

Idea deko bilik tidur simple untuk anak perempuan

Mewujudkan pilihan bilik yang menarik untuk anak perempuan mungkin agak sukar kerana ia memerlukan daya imaginasi dan kreativiti ibu ayah. Namun, pakar mencadangkan supaya anda pertimbangkan ciri-ciri utama reka bentuk iaitu:

#1. Sesuaikan dengan usia

Anda perlu tahu bahawa setiap kanak-kanak memiliki selera masing-masing. Justeru, kekalkan hiasan bilik yang simple dan tidak terlalu sarat dengan perabot atau permainan sekiranya anak perempuan anda masih bayi.

#2. Memilih dengan teliti setiap elemen hiasan

Ibu ayah hendaklah menetapkan tema dan warna cat mengikut kesesuaian ruang. Pilih warna yang lebih lembut atau pastel bagi bilik yang sempit agar ia kelihatan luas.

#3. Kemudahan dan keselamatan

Memandangkan si manja anda sedang membesar, mereka tidak terlepas untuk berdepan risiko kecederaan di dalam rumah. Jadi elakkan sebarang objek tajam, meja berbucu atau kerusi yang tinggi.

Anda juga dinasihatkan untuk meletakkan produk yang berkualiti dan mesra kanak-kanak sahaja bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Hiasan bilik tidur anak perempuan mengikut umur

Untuk bayi baru lahir

hias bilik tidur anak

credit to sources

Sekiranya anda dan pasangan sudah merancang menyediakan sebuah bilik khas untuk bayi baru lahir nanti, pastikan perkara utama ialah mendapatkan katil yang baik, fungsi meja yang boleh berubah kedudukan bagi memudahkan kerja menjaga bayi dan memiliki almari khas untuk meletakkan pakaian.

Selain itu, pasangkan langsir yang jenis tebal bagi memudahkan si manja anda tidur dengan lena dan sediakan penghawa dingin sekiranya ruang berkenaan panas kerana ia boleh membuatkan bayi tidak selesa.

4-5 tahun

Umur ini sering dikaitkan dengan anak sudah aktif, pintar berkomunikasi, seronok meneroka dunia luar dan melakukan pergerakan dengan bebas. Ibu ayah hendaklah mewujudkan keadaan yang selesa untuk si manja tidur di biliknya yang cantik dan bersih.

deko bilik cantik

credit to sources

Kami menyarankan anda menggunakan warna pastel dan halus. Pastikan juga ada ruang untuk berwarna yang memiliki pencahayaan cukup. Letakkan juga sebuah permaidani yang lembut dan mudah dibersihkan di lantai bilik.

7-8 tahun

Pada usia ini, kanak-kanak sudah memasuki alam persekolahan dan gaya hidup seharian mereka sudahpun berubah. Antaranya ialah mampu melakukan banyak perkara tanpa bantuan orang dewasa.

Justeru, ibu ayah hendaklah menyediakan sebuah bilik yang memiliki meja menulis, laci dan ruang lain yang diperlukan bagi memudahkan anak menyimpan buku nota, buku teks, alat tulis dan barang peribadinya.

dekorasi bilik tidur

credit to sources

Anda juga perlu memberi perhatian terhadap hobi kanak-kanak agar dapat mengembangkan lagi tahap kreativiti mereka.

9-10 tahun

Setiap anak kecil pada usia ini akan mula menunjukkan mereka ingin privasi dan kebebasan ketika di dalam bilik. Ia adalah usia peralihan bermula seperti mengalami perubahan hormon dan fisiologi.

hiasan bilik tidur

credit to sources

Justeru, jangan pinggirkan kemahuan si manja anda ketika menghias ruang bilik untuknya. Tanyakan dia tema yang disukai dan warna kegemaran mereka. Sekiranya tidak bersesuaian, elakkan dari terus menolak pendapat si manja.

Sebaliknya, terangkan secara lemah-lembut mengapa ia kurang sesuai kerana sesetengah anak memerlukan penjelasan daripada ibu ayah. Sama-samalah berbincang dengannya kerana waktu ini si manja anda sedang dalam fasa bakal meningkat ke usia remaja.

Kesimpulannya, adalah penting untuk anda mengetahui kemahuan dan keperluan anak perempuan. Lebih baik sekiranya dia bekerjasama dengan ayah ketika mencipta bilik tidur kesukaannya.

Khas untuk pembaca theAsianparent

Ibu Jangan Main Hias, Ini Cara Deko Bilik Tidur Simple & Cantik Untuk Anak Perempuan!

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Idea Dekorasi Bilik Air Kecil Agar Nampak Mewah & Wow Seperti Hotel 5 Bintang! 

Baca juga: Anak Boleh Curi-Curi Tengok Apa Ibu Ayah ‘Buat’ Ketika Malam, Sebab Itulah Kena Ajar Tidur Asing!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!