Design Bilik Air Cantik Dan Simple Untuk Rumah Flat Atau Teres, Hasilnya Sangat Wow!

undefined

Design bilik air cantik dan simple memberikan keselesaan buat seisi keluarga. Tuan rumah juga tidak malu untuk menerima kunjungan tetamu

Perkara pertama yang akan dilihat ketika membeli rumah baru atau baru pindah adalah bilik air, sama ada ruangnya besar atau kecil. Namun jika rumah yang anda beli itu kediaman biasa atau kos rendah, tentunya saiz bilik air tidak sebesar mana. Jadi apa kata anda semak beberapa idea design bilik air cantik dan simple ini!

Biasanya rumah baru yang anda bakal miliki hanya menyediakan bilik air dengan sinki kosong, tab mandi (kalau ada), pacuran air, pili air dan tandas duduk. Jadi tak bestlah kalau anda tidak menghias dan mencantikannya, betul tak? 

Design bilik air cantik dan simple, hasilnya begitu mewah

Meskipun ruang untuk bilik mandi di kebanyakan kediaman masa kini agak kecil dan sempit, namun dengan menggunakan tips dekorasi bilik air, ia mampu kelihatan luas, cantik dan selesa.

Sekaligus membuatkan anda sekeluarga selesa untuk menggunakannya!

Dekorasi bilik air rumah flat

Biasanya bilik air rumah flat tak banyak ruang untuk membuat dekorasi, tapi ianya bukan mustahil! Mama cuma perlu tahu tips yang bersesuaian dengan saiz bilik air yang sedia ada.

Dekorasi bilik air rumah flat hendaklah menekankan gaya yang ringkas kerana biasanya ruang tidak begitu besar.

Beberapa gambar ini boleh menjadi contoh bilik air bagi menambahkan lagi idea untuk anda. Tidak dinafikan bahawa keadaan tandas cantik membuatkan anda dan anak-anak selesa apabila menggunakannya.

Meskipun anda mendapatkan rumah secondhand yang agak usang, dengan menggunakan kreativiti sendiri sudah cukup untuk mengubah bilik air moden.

dekorasi bilik air rumah flat

bilik air moden

Make over bilik air rumah teres

Seorang pengguna Facebook, ArlanZa SyaZreen berkongsi hasil makeover bilik air rumah teres tahun 81 jadi bilik mandi mewah.

Semua buat sendiri, ambil masa agak lama nak siapkan sebab buat seorang diri dari lantai dan semua hiasan bilik air. Saya masih mengekalkan dinding dan jubin yang lama.

Cuma guna cat epoxy dengan tema hitam putih.

dekorasi bilik air rumah flat

Untuk lantai :-

1) Flake epoxy Mr. Coat rm250 boleh cover 20-25 kaki persegi
2) Berus rm5/pcs total 2pcs
3) Roller rm10/pcs total 2pcs
4) Masking tape rm2/pcs total 4 pcs
5) Thinner rm10
6) Kertas pasir

Total rm298

Untuk dinding :-

1) Black epoxy nippon paint rm45
2) White epoxy nippon paint rm45

Total rm90

Total Lantai & Dinding RM388

Alat-alat yang digunakan:

1) Pensil
2) Pita ukur
3) Pembaris
4) Pisau lipat

Cara-cara:

1) Bersihkan permukaan lantai dan bilik air. Pastikan tutup lubang-lubang mozek bilik air yang pecah dengan simen.
3) Gosok permukaan mozek menggunakan kertas pasir
4) Lap dengan thinner. Pastikan permukaan bebas habuk/debu dan basah
6) Pastikan lantai dan dinding betul-betul kering. Guna masking tape untuk mencorakkan lantai
8) Gunakan Flake Epoxy yang dibahagiakan kepada dua iaitu: 

  • Bahan A Primer
  • Bahan B Finising
    (Blh rujuk youtube cara guna)

9)Pastikan Flake epoxy betul-betul kering sebelum guna tandas

deko bilik air rumah teres

Al-Kisah paip :- Owner lama rumah nie buat paip kat luar dinding sebab paip dalam dinding bocor, sy baiki yang bocor dalam dinding tu dan guna balik paip sedia ada.

Aksesori hias bilik air:

1) Tempayan (kedai pasu bunga, tutup lubang bawah dgn simen & sapu epoxy) RM130
2) Paip (shopee) RM150
3) Water closet (sanitary hardware) RM450
4) Cebok/Gayung (shopee) RM25
5) Sticker monster (shopee) RM2.50
6) Pasu & bunga (kedai bunga) RM80
7) Berus toilet (shopee) RM25

Tips bilik air moden 2020

  • Jubin tu tak buka. Jika pecah tampal dulu dengan simen, pastu gosok semua permukaan tiles dengan kertas pasir, pastu baru boleh apply, pastikan permukaan tak ada habuk, debu dan air, nk lagi cantik lap ngan tinner.
  • RM250 1set beli kedai hardware. Boleh cover 20-25 sqft. Sehari kering, kena sabar.
  • Pasu besar beli mmg hitam tapi saya epoxy bagi tahan air.

Dengan modal yang tidak begitu tinggi, kini anda boleh mendapatkan bilik air cantik dan simple untuk keselesaan seisi keluarga.

Tips ketika ingin design bilik air cantik dan simple 

  1. Untuk mendapatkan ruang yang lebih luas, anda boleh meletakkan ruang mandi di bahagian bucu bilik air dan menggunakan pintu kaca untuk tutup ruang tersebut sekaligus menjadikannya nampak luas dan tidak basah. 
  2. Guna pintu kaca supaya ruang bilik air kelihatan luas dan besar. 
  3. Bentuk tab mandi segi tiga dapat membantu ruang yang lebih banyak. 
  4. Gabungan warna ceria dan cerah dapat memberikan ruang bilik air kelihatan luas. 
  5. Bagi menampakkan ruang tengah nampak luas dan selesa, anda boleh menggunakan bahagian bucu untuk meletakkan ruang mandi dan sinki.
  6. Elak letakkan tab mandi atau jakuzi kerana ia memerlukan ruang yang lebih besar. 
  7. Bahagian bilik mandi kepada dua bahagian iaitu pertama ruang bilik air kering dan kedua ruang mandi basah bersama pintu kaca.
  8. Pilih tema retro dan klasik, ia membawa gaya mewah dan berkelas tinggi. 

Pemilihan barang atau alatan untuk design bilik air cantik dan simple

Ada banyak barang-barang lain yang lebih murah dan mudah dicari untuk anda capai matlamat yang sama. Jadi, bila bercakap tentang menghias bilik air ni, ada beberapa perkara yang kita perlu pertimbangkan:
  • Pertama, barang-barang tersebut perlu praktikal.
  • Kedua, ruang dalam bilik air adalah terhad jadi anda kena rancang dengan elok.
  • Ketiga, barang danperabot tersebut kena tahan lasak, kalis air, dan mudah dicuci.

#1. Susun barang-barang dalam bekas

Biasanya kita longgok segala jenis barang kat singki je. Kat situlah anda letak berus gigi, sabun, pencuci muka, ubat kumur, kalau boleh satu Guardian Pharmacy tu nak letak atas singki.

Bila barang bersepah macam ini, bukan sahaja ia senang kotor (dah la berus gigi tu anda nak letak dalam mulut), tapi juga susah nak cuci singki. Jadi pastikan anda ada bekas untuk letak barang-barang dalam bilik air.

#2. Rak dinding

Untuk menambah ruang simpanan dalam bilik air, anda boleh cari rak yang boleh dipasang kat dinding.

Kat sinilah anda boleh letak botol-botol pencuci muka, syampu, shower gel, scrub, dan sebagainya. Tisu tandas pun boleh letak dalam satu longgokan kat sini.

Satu kelebihan rak yang dipasang di dinding adalah ia tidak mengambil ruang atas lantai, jadi kerja anda memberus dan mencuci bilik air adalah lebih mudah.

#3. Penggantung tuala dan baju

Tempat gantung tuala atau baju di dalam bilik air merupakan sesuatu yang wajib disediakan. Hal ini kerana ia memudahkan kerja dan pengguna tandas tidak perlu kelam-kabut hendak letak di mana tuala atau pakaian yang telah digunakan.

#4. Pasang tikar 

Keadaan permukaan lantai tandas yang basah boleh membahayakan anak kecil atau orang tua. Justeru kami menyarankan anda memasang tikar getah atau pelapik tebal bagi mengelakkan kejadiaan tergelincir.

#5. Cermin

Cermin juga adalah satu hiasan yang sangat versatil daripada segi harga dan pilihan. Kat sinilah anda boleh berbelanja lebih untuk dapatkan design bilik air moden sikit.

Satu lagi barang yang anda boleh tambah adalah lampu. Dapatkan lampu yang berkenan dengan mood bilik, ditambah dengan cermin tadi, barulah mengancam bila ambil gambar OOTD.

Pemilihan mozek bilik air

Warna jubin bilik mandi ialah salah satu perincian paling penting yang perlu anda pertimbangkan apabila mereka bentuk semula bilik mandi. Warna yang betul boleh menjadikan bilik kelihatan meriah, elegan atau tenang.

Warna terbaik untuk jubin bilik mandi ialah warna yang mudah dibersihkan, sepadan dengan seluruh rumah anda dan sesuai dengan gaya peribadi anda.

  • Putih: Warna ini bagus untuk mereka yang mahukan bilik mandi mereka kelihatan bersih dan mewah. Ia juga akan mudah untuk mengikutinya kerana ia tidak menunjukkan kesan dengan mudah.
  • Beige: Jika anda lebih suka tema warna yang lebih neutral di rumah anda, ini adalah pilihan yang sesuai untuk anda! Ia juga sesuai jika anda inginkan suasana yang lebih menenangkan dan santai.
  • Warna-warni: Jubin berwarna-warni ini memberikan rupa yang menyeronokkan dan suka bermain untuk bilik mandi anda.

Ketika memilih mozek bilik air, anda hendaklah memastikan ia jenis yang kasar dan tidak licin bagi memastikan keselamatan anak kecil dan orang yang lebih berusia.

Cipta kelainan ketika deko bilik air bersama produk Big Bath 

dekorasi bilik air, hiasan bilik air, bilik air, deko bilik air, deko bilik air cantik, hias bilik air, dekorasi tandas, tandas, bilik air, cantikkan bilik air, bilik air anda, hiasi bilik air, hiasi bilik mandi

Dalam tengah cari-cari idea nak deko bilik air itu, jangan terlepas peluang untuk dapat discount dari Facebook Big Bath untuk barangan bilik air dan dapur! Bolehlah anda reka bilik air ketenangan jiwa mengikut citarasa anda.

Big Bath adalah pakar deco bilik air cantik dan dapur yang sangat popular di Malaysia. Perniagaan ini mampu menyediakan ruang yang selesa di dapur dan bilik air rumah.

Di sini, anda boleh mendapatkan semua keperluan hiasan bilik air dan dapur yang berkualiti, tanpa penggunaan wang yang besar! Malah, anda juga boleh berbelanja dengan menggunakan kad kredit.

Misi utama Big Bath adalah untuk memberi produk berkualiti dengan harga berpatutan pada setiap pengguna, sekaligus anda mampu memiliki, dan dapat menghasilkan idea deco bilik air yang diimpikan!

Bukan hanya menjual produk hiasan bilik air semata-mata, tapi Big Bath juga bertindak sebagai perunding dalam memberi idea dan inspirasi untuk rumah impian anda. 

Apa yang lagi best tentang Big Bath adalah mereka sentiasa menjaga kualiti dan mengikut trend semasa. Selain turut mempamerkan jenama yang terkenal seperti Tora, Lecelbrity, Faurex, Sunnyshine, Celebrity Kitchen dan banyak lagi. 

Tawaran dari Big Bath kepada pengguna:

Tempoh hari, Big Bath mengadakan jualan murah di Big Bath Johor dan Ipoh. Pengunjung yang datang memang ramai!

Mana tidaknya, Big Bath bukan sahaja menawarkan jualan murah, malah pembelian itu juga berbaloi kerana servis ini: 

  • Mendapat barang gantian produk untuk seumur hidup 
  • Barang yang rosak boleh dikembalikan semula dalam tempoh satu bulan
  • Sedia memberi sebarang bantuan kepada pembeli dan menunjukkan beberapa contoh bilik air sebagai panduan

Kelebihan produk Big Bath 

  • Menghasilkan produk yang berpatutan dan berkualiti tinggi. 
  • Menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
  • Produk ini mendapat kepuasan yang besar di kalangan para pengguna.
  • Produk Big Bath tidak mudah direplikasi (replicated). 
  • Mengikut rekaan dan trend semasa 
  • Harga berpatutan dan mampu milik 

Jika anda berminat untuk dekorasi bilik air dengan barang-barang dari Big Bath, jangan lupa follow Big Bath di Facebook juga ya!

Khas untuk pembaca theAsianparent

Design Bilik Air Cantik Dan Simple Untuk Rumah Flat Atau Teres, Hasilnya Sangat Wow!

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bilik Air Bukan Taman Permainan! Ini Cara Jadikan Bilik Air Selamat Untuk Bayi

Baca juga: Idea Deko Bilik Tidur Kecil Yang Ringkas & Menarik, Ini Panduan Berguna Untuk Ibu Ayah!

Baca juga:  Kemas & Bersih, Wanita Ini Kongsi Deko Dapur Rumah Sewa Yang Bajet Tanpa Kabinet

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!