X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bilik Air Bukan Taman Permainan! Ini Cara Jadikan Bilik Air Selamat Untuk Bayi

5 min bacaan
Bilik Air Bukan Taman Permainan! Ini Cara Jadikan Bilik Air Selamat Untuk Bayi

Sejak dari kecil anak anda sudah dikenalkan kepada bilik air kerana ia merupakan tempat mereka membersihkan diri pada setiap hari. Namun begitu, tanpa anda sedar, anak anda sudah terdedah kepada pelbagai bahaya ketika berada di bilik air. Apakah ia dan bagaimana anda boleh membendung perkara ini?

Bilik air adalah salah satu komponen terpenting yang melengkapi sesebuah rumah. Di situlah kita membersih dan menyiapkan diri untuk bersedia menghadapi hari baru. Sama juga dengan bayi dalam bilik air, yang mana ia merupakan tempat untuk membersihkan diri sambil bermain dengan air. 

Namun, kids being kids, pastilah mereka akan mudah teruja hatta dengan sebotol sabun pun dan mereka mungkin akan menjadi bilik air tersebut menjadi taman permainan mereka.

Keselamatan Bayi Dalam Bilik Air Perlu Jadi Keutamaan

bayi dalam bilik air

Krediy: Unsplash

Seringkali kita mendengar kisah sedih di berita tentang bayi lemas hanya kerana ibu bapa mahupun penjaga terlepas pandang beberapa saat sahaja. Sebab itu kami amat menekankan keselamatan mereka apabila di dalam bilik air. Walaupun mereka kelihatan seperti mampu berdikari, kita masih lagi perlu memantau mereka.

Baca juga: Ibu Tak Sedar Anak Ke Bilik Air, Budak 3 Tahun Ini Akhirnya Ditemui Terlangkup Dalam Tong Air

Bahkan, ini antara beberapa langkah untuk jadikan bilik air anda kalis bayi:

1# Memasang kekunci kalis bayi di setiap rak dan kabinet

Ini adalah perkara pertama yang ibu bapa harus ambil perhatian! Kekunci kalis bayi perlulah dipasang pada tiap pintu rak dan kabinet supaya mereka tidak boleh membuka pintu-pintu ini dengan terlalu mudah, termasuklah pintu keluar masuk bilik air juga supaya bayi tidak akan terkunci di dalam bilik air semasa ketiadaan anda. 

2# Menyimpan barangan berbahaya di tempat yang selamat

Selain itu, sentiasa amalkan tabiat simpan barangan berisiko seperti alatan tajam, ubat-ubatan dan bahan-bahan kimia yang boleh dimakan/minum oleh bayi di tempat yang selamat iaitu di dalam rak, kabinet atau di tempat tinggi yang pasti sukar untuk dicapai oleh si manja.

3# Mencabut semua plag barangan elektrik

bayi dalam bilik air

Sumber gambar: TrustedPros

Perhatikan peralatan elektrik yang anda gunakan semasa dalam bilik air. Pengering rambut, pisau cukur elektrik dan semua jenis peralatan elektrik perlulah dicabut plag mereka dan disimpan dengan rapi dalam laci yang telah dipasang kekunci kalis bayi. Langkah ini dapat mengelakkan anak anda daripada terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi. 

4# Menutup tong sampah di bilik air

Sentiasa berhati-hati dengan perkara yang anda buang ke dalam tong sampah. Anak anda mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi sehingga mereka sanggup mencapai barangan dalam tong sampah seperti pisau cukur ataupun bahan kimia yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Oleh itu, seeloknya anda memasang penutup pada tong sampah di bilik air untuk mengelakkan apa-apa risiko.

5# Memanfaatkan tikar anti-licin

Bilik Air Bukan Taman Permainan! Ini Cara Jadikan Bilik Air Selamat Untuk Bayi

Kredit: Playgro

Seperti yang kita ketahui, bilik air adalah tempat yang licin disebabkan lantai yang basah. Sedangkan kita sebagai orang dewasa pun boleh jatuh, apatah lagi kanak-kanak kecil yang menghadapi risiko yang lebih tinggi jika mereka terjatuh di bilik air.

Oleh itu, anda boleh memasang tikar anti-licin di dalam bilik air supaya risikonya berkurang untuk anak anda jatuh oleh lantai yang basah.

6# Sentiasa mengutamakan keselamatan walaupun dengan penjaga

Waktu mandi anak anda adalah waktu yang kritikal. Oleh itu, anda perlu mengambil kira semua aspek seperti suhu air mandian, kedudukan anak anda di dalam tab mandian dan juga paras air mandian di dalam tab tersebut. 

Mengikut kajian, purata jumlah sebanyak 87 kanak-kanak lemas dalam bilik air setiap tahun dan 80 peratus daripada kes tersebut berlaku di dalam tab mandian.

Jadi, tentukan suhu mandian anak anda tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, letakkan anak anda jauh daripada kepala paip untuk mengelakkan kecederaan pada kepala dan pastikan paras air pada tahap pinggang anak anda sahaja. 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

7# Memasang selak keselamatan pada mangkuk tandas

Akhir sekali, langkah tambahan yang perlu anda ambil ialah memasang selak keselamatan tandas dalam bilik air anda. Walaupun perkara ini jarang berlaku, namun masih terdapat beberapa kes di mana kanak-kanak lemas dalam mangkuk tandas.

Hal tersebut berlaku kerana kanak-kanak sering memanjat untuk melihat apa yang terdapat di dalam mangkuk tandas. Jadi, anda digalakkan untuk memasang selak keselamatan tandas supaya mereka tidak dapat memanjat dan mengintai apa yang berada di dalam mangkuk tandas.

Apakah kelebihan menjadikan bilik air anda kalis bayi? 

bayi dalam bilik air

Sumber gambar: Mom Loves Best

Apabila bilik air anda bertukar menjadi kalis bayi, anda tidak perlu risau berlebihan lagi tentang keselamatan mereka. Bilik air sudah menjadi tempat yang selamat untuk anak anda bermain sambil mandi.

Walau bagai manapun, jangan sesekali tinggalkan anak anda bersendirian dalam bilik air tanpa pemerhatian anda ataupun penjaga. Penyeliaan ibu bapa merupakan faktor utama dalam memastikan keselamatan anak terjamin. 

Ibu bapa juga harus ingat supaya tidak menggunakan barangan yang mungkin mengalihkan perhatian seperti telefon bimbit ketika memandikan anak anda. Hal ini demikian kerana gangguan tersebut boleh menyebabkan anda lalai dan tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak anda. 

Tunaikan amanah anda sebagai ibu bapa, jalankan tanggungjawab dengan ikhlas. Ingat! Bilik air yang kalis bayi, bilik air yang selamat untuk anak anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Kids in The House, Mom Loves Best

Baca juga: 9 barang di rumah yang bahaya untuk anak – ibu ayah tolong jauhkan dari anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Bilik Air Bukan Taman Permainan! Ini Cara Jadikan Bilik Air Selamat Untuk Bayi
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham