Hilangkan Dengkur Dengan Petua Minum Air Kunyit Dan Madu

Dengkur bukan sahaja menjadi gangguan kepada tidur pasangan malah untuk diri sendiri jadi ketahui cara untuk mengurangkan masalah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tabiat dengkur ketika tidur sering dikaitkan dengan gangguan sistem pernafasan, bahkan ramai beranggapan dengkur fenomena biasa dengan alasan individu berkenaan kurang rehat, posisi baring tidak selesa selain dikaitkan dengan bentuk fizikal yang besar.

Malah tabiat ini juga mengganggu kualiti rehat orang lain terutama yang berada di sekeliling mereka.

Bunyi itu secara klinikal disebabkan berlakunya kesan penyempitan pada saluran pernafasan ketika tidur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA).

Punca-Punca Dengkur

  1. Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.
  2. Tisu tekak besar dan tebal.
  3. Berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
  4. Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
  5. Saluran pernafasan tersekat menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum berlebihan di dalam tekak dan tisu tekak lembut tertarik ke dalam. Batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Petua Air Kunyit Dan Madu

Dalam membendung masalah tidur berdengkur ini, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati termasuk mengawal pemakanan serta berat badan bagi mengurangkan risiko berdengkur.

Ada juga petua rawatan menggunakan bahan tradisional boleh membantu seperti yang dikongsikan oleh Syiema Ima di Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN)  dengan hanya menggunakan tiga bahan mudah yang ada di dapur..

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut wanita ini, air suam yang dicampur bersama bahan-bahan tersebut hanya diminum sebanyak empat kali dan ajaibnya masalah dengkurannya hilang serta merta. 

Jom kita ikuti petua yang dikongsikan beliau di bawah. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Kunyit hidup
  • Madu
  • Air suam

Cara-caranya:

  1. Air suam suku gelas dan rendamkan kunyit hidup dalam gelas selama 5 minit.
  2. Campurkan dengan madu satu sudu.
  3. Kacau-kacau dan minum sebelum tidur. Sehari hanya sekali saja minum air ini.

Langkah Pencegahan Lain Kurangkan Dengkur

  • Kawal berat badan terutama bagi mereka yang sudah berada pada tahap berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan ada kesan mengantuk pada waktu tidur.
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.
  • Amalkan tidur pada waktu tetap setiap hari.
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.
  • Mendapatkan rawatan hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Petua Hilangkan Dengkur Yang Berkesan, Elak Pasangan Tidur Dekat Sebelah Terganggu

Baca juga : Bayi Tidur Berdengkur Dan Mendengus Buat Ibu Risau, 6 Perkara Ini Sering Jadi Puncanya

Baca juga : Normalkah Bayi Tidur Berdengkur? Ibu, Ini Petua Selamat Hilangkan Dengkur Pada Si Manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi