8 Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan
Bahaya deodorant boleh mengakibatkan komplikasi pada kehamilan, jadi ibu hamil perlu pilih deodorant yang selamat untuk mereka. Ini senarai deodorant terbaik untuk wanita hamil!
Pemakaian deodorant antara rutin wajib dalam sesi penjagaan diri. Tidak terkecuali juga wanita hamil lebih-lebih lagi jika badan adalah jenis mudah berpeluh dan mengeluarkan bau badan yang kuat. Walau bagaimanapun deodorant biasa adalah tidak bagus untuk wanita hamil, jadi di sini kami senaraikan deodorant terbaik untuk wanita hamil.
Kita sedia maklum, wanita hamil mempunyai deria bau yang sangat tajam hingga menyebabkan mereka sendiri tak boleh bau busuk sama ada pada suami atau diri sendiri. Atas sebab itu, ada segelintir ibu hamil suka menyapu deodorant di bahagian ketiak tanpa tahu adakah ia selamat atau sebaliknya.
Ketika membeli deodorant aspek dari bau, ketahanan, kandungan formulasi dan harga menjadi faktor utama. Jika tersilap pilih boleh mengakibatkan reaksi negatif pada wanita hamil.
Isi Kandungan
Bahaya Deodoran Pada Ibu Hamil, Sebab Itu Ibu Perlu Deodorant Terbaik Untuk Wanita
Menurut Dr. Nadia Nurotul Fuadah, deodoran asalnya mengandungi aluminium klorida dan paraben.
Aluminium klorida berfungsi untuk menurunkan oleh kelenjar keringat dalam tubuh. Manakala paraben pula menjaga molekul dalam deodoran supaya ia lebih stabil dan tahan lama.
Apa yang dikatakan bahaya deodoran ini adalah kerana kandungan paraben di dalamnya.
Banyak kajian menyebut, paraben boleh memiliki kesan serupa dengan hormon estrogen di mana jika diguna secara berlebihan, ia boleh menyebabkan proliferasi sel yang menjadi punca kanser.
Paraben juga menyebabkan mutasi DNA yang mengakibatkan sel berkembang menjadi abnormal.
Walau bagaimanapun, Dr. Nadia menambah, meskipun banyak sangkaan negatif terhadap bahaya deodoran pada ibu hamil, namun hingga kini belum ada penelitian yang membuktikan kebenaran tentang perkara tersebut.
Hal ini kerana, tiada larangan khusus dibuat bagi melarang wanita hamil menggunakan deodoran. Apatah lagi, pihak Food and Drug Administration FDA sendiri tidak melarang penggunaan deodoran.
Jenama Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil
Namun begitu, tidak salah untuk anda berhati-hati dengan cara mengamati setiap kandungan bahan dalam deodoran secara konsisten. Apa yang anda boleh lakukan adalah pilih deodoran yang bebas paraben bagi menghindari risiko dan kesan sampingannya.
Di bawah ini kami sediakan senarai jenama deodorant terbaik untuk wanita hamil gunakan setiap hari tanpa was-was.
Mama’s Choice Dry Serum Deodorant
Deodoran Terbaik Keseluruhan
Item pertama yang ada dalam senarai kami adalah produk khas direka untuk ibu. Deodoran ini boleh mengelakkan peluh yang berlebihan serta bau yang kurang menyenangkan. Selain daripada bebas aluminium, deodroant ini juga bebas alkohol dan wangian. Ianya selamat digunakan setelah diuji secara dermatologi dan hipoalergenik.
Produk ini amat disyorkan terutama buat ibu yang mengambil berat tentang apa yang mereka sapukan pada kulit semasa hamil. Selain itu, produk ini juga mengandungi manfaat yang lain seperti menyuburkan dan mencerahkan kulit.
Apa yang kami suka?
- Tiada paraben, alkohol dan pewarna tiruan
- Bauan kesegaran lemon
- Diuji secara dermatologi di makmal Singapura
- Selamat digunakan untuk wanita hamil dan ibu menyusu
- Mengandungi Niacinamide yang mampu mencerahkan bawah lengan anda
- Bebas aluminum yang bahaya untuk ibu hamil
Smelly No More Roll On Deodorant
Deodoran Terbaik Bebas Alkohol
Perkara pertama yang perlu dilihat sebelum memilih deodoran untuk ibu hamil adalah memilih produk yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol adalah salah satu punca bahaya deodoran pada wanita hamil!
Alkohol boleh menyebabkan alergi bagi seseorang yang memiliki kulit sensitif dan ia amat berbahaya untuk ibu hamil.
Tujuannya untuk mencegah kesan sampingan yang boleh memberi risiko pada kehamilan kerana setiap orang mempunyai tindak balas berbeza terhadap pemakaian produk berasaskan alkohol.
Memahami keadaan ini, Total Image hadir dengan penyelesaian apabila memperkenalkan deodoran untuk menghilangkan bau badan menerusi Smelly No More Roll On Deodorant.
Ia diperbuat daripada kristal semula jadi dan mampu bertindak lebih cepat dan berkesan merencatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau badan.
Kandungan kristalnya diperoleh daripada garam mineral tulen dan semula jadi dipercayai sejak lebih 20 tahun lalu.
Bertahan sepanjang hari, ia mudah digunakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak serta ahli sukan malah sesuai bagi kulit sensitif atau alahan malah merupakan deodorant terbaik untuk wanita hamil.
Apa yang kami suka :
- Selain ketiak, ia juga boleh digunakan pada bahagian badan yang kerap mengalami masalah bau badan seperti ketiak, leher, belakang lutut, tapak tangan dan tapak kaki.
- Didatangkan dalam dua pek, saiz 60 gram lebih kecil dan ringan serta sesuai dibawa ke mana-mana untuk kegunaan selama tiga bulan manakala saiz 120 gram pula untuk enam bulan.
- Jenis spray juga boleh disembur pada pakaian seperti stoking, baju, kasut dan tudung untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari.
- Juga dapat membantu melegakan masalah tumit merekah yang disebabkan oleh kulit kering atau jangkitan bakteria.
- Ia juga selamat untuk umat Islam dan disahkan halal oleh Jakim.
Nivea Dry Comfort Antiperspirant Deodorant Roll On
Deodoran Terbaik Berlabel Antiperspirant
Sebenarnya deodoran dan antiperspirant adalah dua produk berbeza. Sebagaimana fungsinya, produk deodoran bertugas menghilangkan bau tidak enak manakala antiperspirant pula berperanan untuk mengawal peluh berlebihan.
Namun masih ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui tentang perbezaan ini dan menganggap semua produk ketiak adalah deodoran.
Solusinya? Jika anda memerlukan deodoran untuk menutup bau badan, pilih produk berlabel deodoran dan jika ingin mengurangkan peluh atau mencegah kesan kuning di baju, maka boleh pilih label antiperspirant.
Label antiperspirant ini lebih sesuai untuk ibu hamil kerana ia tidak berbau dan sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai kulit sensitif. Namun bukan semua produk antiperspirant bagus malah ada yang memberi kesan kepada bahaya deodoran kerana menggunakan bahan kimia, jadi lihat dahulu kandungannya ya?
Nivea deadorant adalah jenama produk penjagaan diri yang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang mana jenama ini juga mengeluarkan produk antiperspirant iaitu Nivea Roll On Dry Comfort.
Mempunyai fungsi antiperspirant dalam formulasi deodoran khas ini, ia amat sesuai untuk pengguna yang mengalami masalah peluh berlebihan di bahagian ketiak terutamanya wanita hamil.
Rangkaian Nivea Dry Comfort ini secara efektif mengurangkan peluh sepanjang 48 jam hasil kebaikan daripada Dry-Plus System dan bahan mineral semula jadi yang mampu mengawal minyak berlebihan.
Terbukti secara klinikal oleh ahli dermatologi, ianya tidak akan memberi kesan negatif pada kulit serta tidak terjadinya iritasi.
Apa yang kami suka :
- Memberi perlindungan daripada bau badan dan peluh berlebihan selama 48 jam
- Harganya yang murah
- Mempunyai bau yang wangi dan menyegarkan
- Walaupun tanpa kandungan alcohol, roll-on ini memberi efek dingin pada ketiak
Dove Sensitive Fragrance Free Roll-On
Deodoran Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Jika tidak menemui deodoran untuk ibu hamil secara spesifik, ibu boleh memilih produk dengan label yang diformulasi untuk kulit sensitif kerana deodoran jenis ini adalah pilihan terbaik jika ketiak anda mudah mengalami ruam, kegatalan, kering, dan mengelupas.
Produk jenis ini biasanya juga sesuai untuk ibu hamil kerana mengandungi formulasi bahan yang tidak berbahaya malah ada sesetengah produk menggunakan bahan organik sebagai kandungan utama.
Jika anda masih keliru memilih deodoran yang tepat untuk kulit sensitif, pakai saja Dove Sensitive Fragrance Free Deodorant Roll-On. Produk ini tidak mengandungi langsung alkohol, pewangi dan paraben!
Meskipun diformulasikan untuk kulit ketiak yang sensitif, Dove Sensitive Deodorant juga memberikan perlindungan yang sepenuhnya untuk bau badan. Terbukti bahawa produk ini dapat mencegah bau badan dan peluh berlebihan selama 48 jam.
Jadi, ibu dapat bebas beraktiviti tanpa khuatir dengan bau badan setelah memakai deodoran ini.
Bukan hanya ideal untuk pemilik kulit sensitif, Dove Sensitive Deodorant sememangnya sesuai untuk ibu hamil yang sensitif terhadap bau, ibu yang menyusu, dan wanita yang sering melakukan waxing atau shaving.
Apa yang kami suka:
- Turut mengandungi krim pelembab untuk menjaga kelembapan kulit ketiak dan membuatkan tekstur kulit ketiak menjadi lebih halus.
- Walaupun tidak mengandungi bau wangi, percayalah ketiak anda tidak akan berbau
- Mudah didapati di mana-mana kedai atau laman e-commerce
Vaseline Deodorant Dry Serum Bright And Dry
Deodoran Terbaik Jenis Serum
Deodorant jenis aerosol atau spray boleh masuk ke saluran pernafasan ibu dan ini memberi risiko kepada kehamilan anda. Jadi ibu boleh pilih deodoran berbentuk roll-on atau serum.
Jika tidak mahu menggunakan jenis roll-on, alternatif lain pilihlah produk berbentuk serum yang boleh dioleskan ke kulit di kawasan ketiak. Bahan serum yang mild biasanya lembut dan mudah terserap di dalam kulit.
Kami mencadangkan ibu mencuba Vaseline Deodorant Dry Serum Bright & Dry yang unik dan inovatif dengan kandungan GlutaCollagen dan Niacinamide Serum.
Kandungan ini dikatakan mampu meresap cepat ke dalam lapisan kulit dan dapat mengurangkan warna hitam pada kulit, meninggalkan ketiak yang kering dan segar sepanjang hari.
Deodoran ini juga terbukti secara klinikal dapat memperbaiki lapisan kulit ketiak hingga 20 lapisan dan anda tidak perlu khuatir akan alergi kepada ibu hamil kerana produk ini sudah diuji secara lengkap.
Apa yang kami suka:
- Perlindungan selama 48 jam
- Mudah digunakan, hanya picit sedikit sahaja dan oles seperti losyen
- Tahan lama kerana kuantiti yang sedikit diperlukan
- Saiznya yang kompak dan ringan
Kopari Coconut Oil Deodorant
Deodoran Terbaik Jenama Premium
Deodorant ini diformulasi daripada minyak kelapa yang bukan sahaja antimikrob dan anti-bakteria secara semula jadi bahkan mampu menyerap peluh sekaligus mengurangkan bau badan.
Bukan semua orang sesuai dengan produk semula jadi namun, Kopari membuktikan bahawa deodoran dihasilkan mereka sesuai kepada hampir semua orang yang telah mencuba, malah dikategorikan sebagi deodorant terbaik untuk wanita hamil kerana kandungannya yang begitu bermanfaat kepada kesihatan kulit di bahagian ketiak.
Bahagian ketiak menjadi lebih selesa dan jangan risau ya kerana ia tidak akan merosakkan baju anda dengan kesan kuning.
Bau deodorant ini sangat lembut dan tidak membuatkan kulit ketiak berasa tidak selesa seperti jenama yang lain. Sesiapa yang mempunyai bajet lebih, wajib cuba Kopari.
Apa yang kami suka:
- Walaupun dipakai ketika melakukan aktiviti, peluh tetap tidak berbau!
- Mempunyai aroma kelapa, baunya sangat sweet
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif
Joi Sensitive Skin Natural Deodorant
Deodoran Terbaik Dengan Kandungan Probiotik
Jarang kan kita jumpa produk deodoran yang mengandungi probiotik? Probiotik biasanya dikaitkan dengan kesihatan sistem pencernaan tetapi sebenarnya ia juga boleh memberi manfaat kepada kulit kita.
Probiotik secara menyeluruhnya dapat membantu mewujudkan keseimbangan mikrob dalam tubuh dan membantu meningkatkan kesihatan tubuh manusia.
Bakteria baik boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan kulit dengan menghalang jangkitan daripada menjadi lebih serius seperti masalah jerawat, kekeringan dan menggelupas.
Malah ada probiotik tertentu boleh meningkatkan pengeluaran ceramide kulit, atau lipid (lemak) yang memerangkap kelembapan dalam kulit dan mengekalkan tahap bakteria yang menyebabkan jerawat.
Menggunakan manfaat tersebut, Joi menghasilkan deodoran tanpa bahan kimia menggunakan probiotik, magnesium dan minyak pati chamomile tanpa kandungan sodium bikarbonat yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
Bukan sahaja menjaga kesihatan kulit di bahagian ketiak, deodoran ini juga dapat mengawal peluh berlebihan dan ketiak anda akan sentiasa kering meskipun sedang melakukan aktiviti lasak.
Apabila ketiak kering, anda bebas dengan bau yang tidak menyenangkan.
Apa yang kami suka:
- Tahan lama, boleh digunakan selama 3 bulan
- Money-back guarantee! Jika tak berpuas hati dengan deodoran ini, anda boleh mendapatkan kembali duit anda
- Bebas aluminium dan paraben
- Jenis roll-on yang mudah digunakan
Sukin Natural Deodorant
Deodoran Terbaik Bebas Aluminium
Ibu hamil pastinya mahu mengelakkan deodorant berasaskan aluminium yang dikatakan mampu mengubah struktur DNA sel dan menyebabkan mutasi, seterusnya meningkatkan tumorigenesis.
Sukin Natural Deodorant menyediakan pilihan semula jadi untuk mencegah bau yang tidak diingini dengan campuran Aloe Vera, Burdock dan ekstrak Jelatang yang membantu menyejukkan dan menenangkan kulit selepas bercukur, manakala zink tambahan membantu menghalang pertumbuhan bakteria, memastikan anda berbau segar!
Minyak citrus dan aromatik termasuk Tangerine, Mandarin, Lavender dan Vanillin memberikan aroma segar dan membuatkan anda berasa bersih dan segar.
Apa yang kami suka:
- Tekstur cair dan mudah menyerap
- Mempunyai 3 pilihan bau yang menarik
- Sangat sesuai untuk ibu berkulit sensitif
Perbandingan Harga Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil
Jenama | Harga | Berat |
Mama’s Choice Dry Serum Deodorant | RM33.39 | 50ml |
Smelly No More Roll On Deodorant | RM14.34 | 60g |
Nivea Dry Comfort Antiperspirant Deodorant Roll On | RM15.00 | 50ml |
Dove Sensitive Fragrance Free Roll-On | RM10.90 | 40ml |
Vaseline Deodorant Dry Serum Bright & Dry | RM10.00 | 45ml |
Kopari Coconut Oil Deodorant | RM117.00 | 57g |
Joi Sensitive Skin Natural Deodorant | RM39.00 | 50ml |
Sukin Natural Deodorant | RM29,93 | 125 ml |
Petua Hilangkan Bau Badan Secara Semula Jadi
Justeru, penggunaan deodorant untuk ibu hamil tidaklah membahayakan asalkan anda elak dari guna bahan yang terkandung paraben terlalu tinggi.
Sepanjang hamil itu sebaiknya elakkan penggunaan bahan kimia yang terlalu banyak kerana mungkin boleh menganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan, perkara sebeginilah yang menjadi penyebab kepada bahaya deodoran.
Bagi bantu mencegah bau badan, anda boleh melakukannya secara semula jadi seperti panduan di bawah;
- Banyak amalkan makan buah dan sayur-sayuran yang dipercayai boleh mengatasi bau badan.
- Hindari makan bawang putih, bawang merah, daging dan makanan pedas kerana ia dapat memicu bau badan yang kurang menyenangkan.
- Melakukan senaman ringan supaya dapat mendorong peluh keluar dari dalam tubuh seterusnya bantu bau badan hilang.
- Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih setiap hari bagi mencegah dehidrasi dan menjaga suhu tubuh.
- Jaga kebersihan tubuh dengan mandi dua kali sehari dan bersihkan kotoran di sekitar ketiak, celah kelangkang, vagina dan lain-lain.
- Pakai bedak anti bakteria seusai mandi supaya tubuh lebih segar dan berbau harum.
- Guna pakaian longgar supaya tubuh tidak berpeluh dan adanya udara.
- Mandi dengan campuran air limau nipis yang mampu mencegah bau badan ketika hamil.
Semoga artikel ini memberi informasi yang jelas buat anda. Ibu-ibu hanya klik saja untuk membeli deodorant terbaik untuk wanita hamil?
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga : 7 Cara Putihkan Kulit Hitam Pada Ketiak, Leher, Siku & Lutut Secara Semula Jadi
Baca juga : Deodoran & Minyak Wangi Punca Kanser Payudara? Awas, Ia Pembunuh No. 1 Wanita!
Baca juga: Syampu Khas Untuk Ibu Hamil Lebih Selamat Untuk Kandungan, Ini Pilihan Kami!