X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Syampu Khas Untuk Ibu Hamil Lebih Selamat Untuk Kandungan, Ini Pilihan Kami!

Ketika hamil, ada beberapa perkara yang boleh dikekalkan, dan ada yang perlu ditukar bagi menjaga kehamilan. Bagaimana pula dengan syampu rambut?

Ibu, semasa anda hamil adakah anda ada menggunakan shampoo untuk ibu hamil?

Tahukah anda, tubuh wanita mengalami perubahan hormon semasa kehamilan yang bukan hanya mempengaruhi tabiat dan mood makanannya tetapi juga mempengaruhi kulit dan rambut.

Pemakanan yang betul sangat penting  semasa mengandung, malah penggunaan perawatan tubuh juga adalah sama penting untuk memelihara bayi dalam kandungan agar selamat.

Kajian menunjukkan bahawa tahap estrogen yang lebih tinggi dalam tubuh wanita dalam tempoh ini, boleh membuatkan rambut tumbuh lebih tebal dan panjang.

Sementara sesetengah wanita mungkin mempunyai rambut tebal dan berkilau, tetapi ada juga yang mengalami rambut berminyak atau kering, bahkan rambut gugur!

Isi Kandungan: 

1. Masalah Rambut Yang Biasa Dialami Ketika Hamil

2. Memilih Shampoo Untuk Ibu Hamil

3. 7 Shampoo Untuk Ibu Hamil Yang Bagus Di Pasaran

  • Mama’s Choice Treatment Shampoo

  • Christina Moss Naturals Hair Shampoo

  • Majestic Pure Hair Loss Shampoo

  • Big Green Shampoo

  • Love Beauty & Planet Hope & Repair Shampoo

  • Organic Formulations Biologika Coconut Shampoo

  • Aveeno Scalp Soothing Rose Water & Chamomile Blend Shampoo

4. Perbandingan Harga

5. Tips Penjagaan Rambut Ketika Hamil

Masalah Rambut Yang Biasa Dialami Ketika Hamil

shampoo untuk ibu hamil

Kredit gambar: Fashion Digger

Perubahan hormon ketika hamil boleh memberi kesan kepada rambut anda, sama ada menjadi tebal atau menipis. 

Rambut menebal

Rambut anda mempunyai kitaran hidup semula jadinya. Rambut setiap individu tumbuh, kemudian ia berehat seketika untuk 2 ke 3 bulan sebelum ia ditolak keluar oleh rambut baru yang menumbuh di dalam folikel (sarung berbentuk tiub yang mengelilingi rambut di bawah kulit).

Ketika hamil, kitaran ini berubah. 

Ramai wanita merasai rambut mereka seakan lebih tebal sekitar minggu ke-15 kehamilan. Ini kerana helaian rambut kekal lebih lama di dalam fasa penumbuhan kitarannya, yang mana bermaksud kurang rambut gugur daripada biasa.

Ini berikutan ke atas peningkatan estrogen di dałam hormon.

Rambut menipis

Sesetengah ibu hamil pula mengalami lebih rambut gugur ketika hamil. Ini berikutan kepada pengurangan kadar estrogen, yang mana boleh berlaku atas punca seperti berikut:

  • Pemberhentian pengambilan pil hormon
  • Mengalami keguguran, pengguguran atau kelahiran mati
  • Ketidakseimbangan hormon ketika hamil

Ia juga adalah perkara biasa ibu hamil mengalami rambut gugur selepas kehamilan apabila estrogen mereka kembali kepada kadar normal.

Ini disebabkan penambahan rambut dari fasa penumbuhannya untuk menukar kepada fasa berehat, yang mana kemudiannya gugur lebih daripada biasa, sehingga sekitar 3 ke 4 bulan selepas bayi anda dilahirkan.

Pertumbuhan rambut anda akan kembali seperti biasa apabila bayi anda sekitar usia 12 bulan. Jika anda merasakan yang rambut anda gugur secara berlebihan, atau pertumbuhan rambut anda tidak kembali normal selepas 12 bulan, rujuk doktor anda.

Kulit kepala kering

Syampu Khas Untuk Ibu Hamil Lebih Selamat Untuk Kandungan, Ini Pilihan Kami!

Kulit kepala kering dan gatal adalah salah satu kesan yang paling menjengkelkan ketika hamil. Simptoms ini biasanya berlaku agak mengejut sewaktu trimester ke-3. Walaubagaimanapun, sesetengah ibu hamil mungkin menderita sepanjang 9 bulan kehamilan. 

Perbezaan faktor boleh membawa kepada kulit kepala kering termasuklah:

  • Diet yang buruk

Sewaktu hamil, sesetengah daripada kita mempunyai pelbagai jenis kempunan yang gila-gila, sementara bakal ibu lain jadi amat memilih dengan pemakanan. Ini menyebabkan kita akan kekurangan nutrisi yang diperlukan badan.

Anda boleh dengan merawat isu ini dengan mudah dengan bercakap dengan doktor bersalin anda, yang mungkin akan mencadangkan anda untuk menukar diet, atau mengambil beberapa suplemen tambahan.

  • Stress dan kegelisahan yang melampau

Kajian telah mendedahkan yang kulit kita mudah terdedah kepada stress. Apabila kita mengalami tekanan yang melampau, ia akan menyebabkan keradangan dan tindak balas imun pada kulit kita termasuk kulit kepala.

Ramai wanita akan lebih tertekan semasa hamil kerana bimbangkan untuk proses melahirkan, simptom lain, atau mungkin juga masalah peribadi.

  • Dehidrasi

Dehidrasi adalah masalah biasa berlaku ketika hamil. Tubuh anda memerlukan cecair lebih banyak berbanding sebelum ini. Selain daripada minum air yang banyak, anda patut cuba untuk elak daripada mengambil kafein.

Jika anda kurang minum air, ia akan nampak pada permukaan kulit termasuk kulit kepala. Dehidrasi juga boleh membawa kepada masalah sembelit semasa hamil.

Kelemumur

Kelemumur adalah kondisi kulit yang mana mempengaruhi kulit kepala. Ia menyebabkan kulit kepala berkerak dan gatal, biasanya disebabkan oleh proses penumpahan yang lebih cepat dicetuskan oleh peristiwa tertentu.

Jika anda mengalami masalah kelemumur sewaktu hamil, anda tidak keseorangan. Ini adalah satu lagi kesan sampingan semasa hamil. Berikut adalah beberapa sebab utama:

  1. Peningkatan penghasilan minyak – Semasa hamil, tubuh akan menjadi lebih aktif dalam menghasilkan minyak. Ini akan mempengaruhi kulit kepala juga, yang mana ia menghasilkan pengeluaran sel yang lebih efisien. Apabila sel baru terbentuk, yang lama akan habis. Ini juga berlaku pada kelajuan yang jauh lebih tinggi daripada sebelumnya, itulah sebabnya anda akan melihat lebih banyak kepingan kelemumur pada kulit kepala anda.
  2. Tahap sensitiviti produk – Tiba masa untuk kita menuding jari kepada produk rambut. Kehamilan boleh menyebabkan kita menjadi ultra-sensitif kepada bahan kimia dan pengawet. Kulit kepala kita akan memberi tindak balas dengan menghasilkan lebih sel untuk kekal melindungi kawasan tersebut. Malah produk yang anda gunakan sebelum hamil tanpa sebarang isu, juga kini boleh menyebabkan masalah kelemumur.

Rambut berminyak

Ada wanita perlu hadapi rambut berminyak selama 9 bulan. Simptom ini adalah perkara normal dan berpunca oleh perubahan hormon. 

Ini bermakna peningkatan amaun penghasilan sebum di dalam folikel rambut akan menyebabkan rambut berminyak. Untuk sesetengah wanita, ia juga boleh jadi memberi kesan pada bahagian wajah mereka – menyebabkan kulit berminyak dan jerawat. 

Selain itu, kelenjar minyak yang sama juga boleh jadi perlahan sewaktu hamil dan menyebabkan rambut frizzy dan kelemumur. 

Memilih Shampoo Untuk Ibu Hamil

Syampu Khas Untuk Ibu Hamil Lebih Selamat Untuk Kandungan, Ini Pilihan Kami!

Kredit gambar: You Are Mom

Malangnya, kebanyakkan syampu mengandungi bahan kimia yang mungkin terlalu kuat untuk kulit sensitif , malah  beberapa pakar mendakwa bahawa ia juga boleh membahayakan bayi yang akan dilahirkan.

Pada ketika ini, menjadi lebih penting untuk memilih syampu yang:

  • Ringan atau organik
  • Bebas wangian, dan
  • Tidak mengandungi bahan kimia yang keras. 

Kami telah mengumpulkan senarai 8 syampu terbaik yang terdapat di pasaran, semuanya selamat dari kehamilan. Jika ibu berminat, boleh klik dan beli terus ya!

7 Shampoo Untuk Ibu Hamil Yang Bagus Di Pasaran

Shampoo Terbaik.. Jenama

Shampoo Terbaik Mengatasi Rambut Gugur Selepas Bersalin

Mama’s Choice Treatment Shampoo

Shampoo Terbaik Dengan Bahan Semula Jadi Dan Organik

Christina Moss Naturals Hair Shampoo

Shampoo Terbaik Merangsang Pertumbuhan Rambut

Majestic Pure Hair Loss Shampoo

Shampoo Terbaik Untuk Kulit Kepala Sensitif

Big Green Shampoo

Shampoo Terbaik Merawat Rambut Rosak

Love Beauty & Planet Hope & Repair Shampoo

Shampoo Terbaik Dengan Kehebatan Minyak Kelapa

Organic Formulations Biologika Coconut Shampoo

Shampoo Terbaik Sesuai Untuk Rambut Halus Dan Mudah Rosak

Aveeno Scalp Soothing Rose Water & Chamomile Blend Shampoo

Mama’s Choice Treatment Shampoo (Shampoo Terbaik Mengatasi Rambut Gugur Selepas Bersalin)

Syampu Khas Untuk Ibu Hamil Lebih Selamat Untuk Kandungan, Ini Pilihan Kami!

Syampu Mama’s Choice ini diperbuat dengan bahan semulajadi kiwi, candlenut dan kacang hijau yang terkenal bagi mengurangkan keguguran rambut dan menguatkan akar rambut. Produk ini sangat sesuai untuk wanita hamil kerana ianya diformulasikan tanpa SLS, paraben, pewarna tiruan, alkohol, dan silikon. Paling penting sekali, ianya telah diuji secara dermatologi dan diyakini halal! 

Paling menarik sekali, syampu Mama’s Choice ini khas direka untuk mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin tau! Dengan kandungan semulajadi kiwi dan kacang hijau ini, ia dapat merangsang pertumbuhan rambut anda! Jadi, buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin, bolehlah bersiap sedia untuk atasi rambut gugur yanag akan datang dengan syampu ini! 

Apa yang kami suka?

  • Direka khas untuk mengatasi rambut gugur selepas bersalin
  • Merangsang pertumbuhan rambut
  • Meningkatkan kekuatan akar rambut
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi kiwi dan kacang hijau
  • Bebas paraben, SLS, alkohol dan silikon yang boleh mengeringkan rambut
  • Dirumus dengan bahan yang diyakini halal
  • Diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit kepala

Mama's Choice Treatment Shampoo

dari Mama's Choice

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#2 Christina Moss Naturals Hair Shampoo (Shampoo Terbaik Dengan Bahan Semula Jadi Dan Organik)

shampoo untuk ibu hamil

Sekiranya ibu mencari syampu yang organik dan semula jadi, Christina Moss Naturals Hair Shampoo adalah produk yang pasti ibu suka!

Sebagai permulaan, ia mengandungi bahan organik dan berasaskan tumbuhan dan mesra alam, vegan, bebas bahan kimia, dan bebas GMO – sesuatu yang harus dicari oleh wanita hamil dalam produk penjagaan rambut.

Diperkaya dengan kebaikan minyak kelapa, lidah buaya, dan shea butter, ia melembutkan, menenangkan, menghidrat, dan menghilangkan minyak dan kotoran dengan lembut.

Selain itu, minyak zaitun berfungsi sebagai antioksidan, yang membantu mencegah atau membalikkan kerosakan akibat sinaran ultraviolet.

Apa yang kami suka?

  • Tiada bahan kimia berbahaya (tiada derivatif SLS, SLES, PG, PG, paraben, sulfat, pewarna, wangian sintetik atau petrokimia
  • Hypoallergenic
  • Meningkatkan kekuatan akar rambut
  • Membersihkan rambut secara menyeluruh

Christina Moss Naturals Hair Shampoo

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#3 Majestic Pure Hair Loss Shampoo (Shampoo Terbaik Merangsang Pertumbuhan Rambut)

shampoo untuk ibu hamil

Majestic Pure Hair Loss Shampoo terkenal dengan 14 penyekat DHT (DHT adalah hormon yang mengecutkan folikel dan menyebabkan keguguran rambut) yang menawarkan khasiat herba dan semula jadi yang sempurna, serta memperkuat folikel rambut.

Tidak diragukan lagi, ia adalah formula yang lembut dan kuat! 

Ia juga mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti minyak argan untuk mencegah kekeringan, biotin untuk merangsang pertumbuhan rambut, niasin untuk meningkatkan peredaran darah, dan pelbagai ekstrak botani lain yang mempromosikan rambut yang sihat.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi ekstrak botani
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • 14 penyekat DHT
  • Merangsang pertumbuhan rambut
  • Bebas sulfat
  • Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita
  • Tanpa gluten dna paraben
  • Bebas dari bahan kimie merbahaya

Majestic Pure Hair Loss Shampoo

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#4  Big Green Shampoo (Shampoo Terbaik Untuk Kulit Kepala Sensitif)

shampoo untuk ibu hamil

Tidak kira seberapa banyak jaminan yang diberikan oleh produk kepada anda, itu bukanlah jaminan 100% bahawa produk itu akan selamat sebenarnya. Terutama pada masa kehamilan, ibu harus bijak untuk memilih produk yang selamat.

Oleh itu, syampu semulajadi dari Big Gree ini boleh menjadi pilihan ibu kerana semua bahan semula jadi yang terdapat di dalamnya. Produk ini mesra untuk kebanyakan jenis kulit dan tidak terbukti berbahaya bagi orang yang mempunyai kulit sensitif.

Pasti salah satu syampu selamat  khususnya pada awal kehamilan.

Apa yang kami suka?

  • Produk semula jadi – tiada bahan kimia berbahaya
  • Sesuai untuk individu yang mempunyai kulit sensitif
  • Bahan semula jadi menjadikannya selamat digunakan
  • Mengandungi lidah buaya yang menjadikan rambut lembut dan terhidrat
  • Merawat rambut gugur

Big Green Shampoo

product imageBeli di Shopee

#5 Love Beauty & Planet Hope & Repair Shampoo (Shampoo Terbaik Merawat Rambut Rosak)

shampoo untuk ibu hamil

Produk khusus ini adalah gabungan syampu minyak, bersama dengan perapi yang sasarannya adalah memperbaiki rambut pengguna yang rosak.

Walau bagaimanapun, produk ini terbukti sangat sesuai untuk wanita hamil kerana sifat ramuan yang telah dipilih, malah tidak berbahaya bagi kulit wanita hamil yang sensitif.

Selain itu, wangian yang ditinggalkan juga ringan dan semula jadi dan tidak berbahaya dengan cara apa pun. Secara keseluruhan, ini ternyata shampoo untuk ibu hamil yang baik!

Apa yang saya suka?

  • Bahan organik – minyak kelapa dan minyak bunga Ylang Ylang
  • Produk bebas dari paraben dan silikon
  • Membaiki rambut dan mengekang rambut gugur

Love Beauty & Planet Hope & Repair Shampoo

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#6 Organic Formulations Biologika Coconut Shampoo (Shampoo Terbaik Dengan Kehebatan Minyak Kelapa)

shampoo untuk ibu hamil

Diperkaya dengan bahan organik dan minyak kelapa untuk khasiat rambut semula jadi, produk ini mesra alam dan bebas kekejaman formula yang sesuai untuk semua jenis rambut dan lembut untuk penggunaan setiap hari.

Ini membantu pertumbuhan rambut yang sihat, memuatkan rambut berkilau dan ia mempunyai kesan penyejukan sambil membantu memperbaiki udara yang rosak.

Apa yang saya suka?

  • Tidak mengandungi wangian sintetik, paraben, warna tiruan,
  • Tidak mengandungi bahan yang berasal dari haiwan
  • Minyak kelapa telah ditambahkan kerana khasiat semula jadi.

Organic Formulations Biologika Coconut Shampoo

product imageBeli di Shopee

#7 Aveeno Scalp Soothing Rose Water & Chamomile Blend Shampoo (Shampoo Terbaik Sesuai Untuk Rambut Halus Dan Mudah Rosak)

Syampu Khas Untuk Ibu Hamil Lebih Selamat Untuk Kandungan, Ini Pilihan Kami!

Ia merupakan satu jenama shampoo yang dihasilkan untuk kulit kepala sensitif dan berambut halus. Satu bahan utama yang digunakan di dalamaya adalah oat yang mana ia memberikan kulit kopala yang licin.

Shampoo blend berinspirasi ladang segar ini disuntik dengan air mawar dan chamomile untuk kulit sensiti dan pembersihan yang cukup lembut.

Kandungan bahannya melembut dan melicinkan kulit kopala untuk kegunaan harian menjadikannya blend yang sempurna untuk rambut yang halus dan mudah rosak.

Apa yang kami suka?

  • Bebas sulfat, peluntur atau parabens
  • Shampoo untuk melicinkan kulit kepala buat mereka yang berkulit sensitif
  • Disuntik dengan blend air mawar untuk rambut lembut
  • Pembersihan yang lembut 

Perbandingan Harga

Produk Harga (RM) Isipadu kandungan (ml) Harga (ml/RM)

Mama’s Choice Treatment Shampoo

31.90 150 0.21

[iiMONO] Christina Moss Naturals Hair Shampoo

109.00 230 0.47

Majestic Pure Hair Loss Shampoo

98.00 473 0.20

Big Green Shampoo

121.38 505 0.24

Love Beauty & Planet Hope & Repair Shampoo

22.33 400 0.05

Organic Formulations Biologika Coconut Shampoo

38.40 500 0.07

Aveeno Scalp Soothing Rose Water & Chamomile Blend Shampoo

146.00 354 0.41

Tips Penjagaan Rambut Ketika Hamil

Syampu Khas Untuk Ibu Hamil Lebih Selamat Untuk Kandungan, Ini Pilihan Kami!

Kredit gambar: Adore Beauty

Terdapat beberapa perkara yang ibu hamil boleh lakukan dalam memastikan yang rambut anda kekal sihat dan lebat sewaktu hamil dan selepas bersalin.

Berikut adalah antara tips yang berkesan dalam menjaga rambut anda agar sentiasa cantik sihat.

1. Pilih shampu dan perapi rambut yang bagus

Sebagai satu permulaan dalam memastikan rambut anda kekal sihat adalah dengan mencari shampu dan perapi rambut yang bagus dan selamat untuk anda gunakan ketika hamil.

Pilih berdasarkan jenis rambut anda dengan bahan-bahan semula jadi seperti minyak argan, aloe vera, minyak avokado atau jojob yang boleh meningkatkan pertumbuhan rambut anda serta menambah ikal mayang.

2. Elak rawatan rambut dengan bahan kimia dan mewarnakan rambut

Sewaktu hamil, adalah lebih selamat untuk anda mengelak rawatan bahan kimia dan mewarna rambut. Bahan kimia yang terkandung akan menyerap ke dalam kulit kepala dan disalurkan ke bayi yang sedang membesar di dalam rahim.

Ia boleh menyebabkan tindak balas alegik. 

3. Urutan minyak

Urut kepala anda dengan lembut bersama sedikit minyak suam sebanyak 2 ke 3 kali seminggu seperti mana yang dicadangkan untuk wanita hamil. Ia tidak hanya meningkatkan pertumbuhan rambut tetapi juga menenangkan kulit kepala dan membantu anda tidur dengan baik.

4. Jangan sikat rambut basah

Rambut kita adalah paling lemah ketika ia basah. Jika anda sikat rambut ketika ia basah, anda hanya mengambil risiko akan mematahkan akar rambut pabila ia tersangkut pada sikat.

5. Trim hujung rambut selalu

Mengamalkan trim penghujung rambut dengan kerap akan membantu mengelak hujung rambut bercabang dan permukaan yang kasar. 

6. Kenali jenis rambut dan kulit kepala anda

Sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli sejenis shampu, conditioner, atau minyak mengurut untuk digunakan, adalah penting untuk anda mengenal pasti akan jenis rambut dan kulit kepala anda.

Anda perlu faham sama anda rambut anda adalah jenis tebal atau halus, tegak atau kerinting, kusam atau berkilau. Anda juga perlu mengenal pasti jika kulit kopala anda jenis kering, berminyak, atau normal. 

7. Elak gaya rambut yang terlalu ketat

Gaya mengikat rambut dengan ketat yang menarik dan memberikan stress pada rambut boleh  menyebabkan rambut gugur lebih cepat. Elak melakukan tocang rambut, cornrows, ponytail, atau bun rambut yang ketat.

8. Kurangkan stress

Stress adalah punca besar akan masalah rambut gugur ketika tempoh hamil dan selepas bersalin. Stress mencetus rambut gugur dan juga menyebabkan sel darah putih tubuh untuk menyerang folikel rambut kita sendiri, di dałam satu kondisi dipanggil ‘alopecia areata’.

Cuba amalkan ambil angin di taman, atau cuba lakukan senaman pernafasan dan yoga untuk mencegah stress dan kekal relaks. 

9. Makan sihat

Kunci untuk mempunyai rambut ikal mayang, lebat cantik adalah melalui diet yang seimbang. Termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran segar bersama dengan benih, kekacang dan makanan yang kaya dengan protein di dalam diet anda.

Juga jangan lupa untuk minum air yang banyak dan kekal hidrat sepanjang hari.

Semoga artikel ini cukup bermanfaat buat ibu hamil di luar sana.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Produk Kecantikan Yang Berbahaya Jika Digunakan Secara Berlebihan

Baca juga: Untuk Ibu Hamil – Atasi Masalah Keguguran Rambut Hari Ini

Baca juga: Bayi Terbaik: 7 Jenama Syampu Yang Bagus Untuk Bayi

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

  • 6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

    6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

  • 6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

    6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.