Belum Sempat Bergerak Ke Hospital, Ibu Cemas Sambut Bayi Dalam Kereta Di Depan Rumahnya

Depan rumah dan belum sempat bergerak ke hospital, wanita kongsi pengalaman cemas sambut bayi dalam kereta yang ditemani adik iparnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mana-mana ibu, sudah tentu anda telah memilih dan merancang hospital manakah yang bakal anda bersalin. Namun tidak semua kisah kelahiran berjaya di hospital kerana ada yang mudah bersalin biarpun masih berada di depan rumah.

Pastinya ia menjadi pengalaman yang cukup mencemaskan, lebih-lebih lagi jika tiada persediaan yang perlu dilakukan jika bersalin sendiri.

Pengalaman wanita bersalin dalam kereta di depan rumah

Menurut perkongsian oleh seorang wanita, Emalisa Othman, 36 yang berkata kepada Harian Metro, ia menjadi detik paling berharga buat dirinya kerana sebelum ini hanya membuat liputan, namun sebaliknya beberapa hari lalu dia sendiri berdepan pengalaman kakak ipar bersalin dalam kereta.

Menceritakan dengan lanjut, Emalisa berkata kejadian berlaku sewaktu azan Subuh apabila kakak iparnya, Nur Farahain Ali, 33 mengadu sakit bersalin.

Ketika itu, hanya dia bersama dengan kakak ipar. Manakala abangnya, Ezwan Othman, 42 di rumah dan ibunya berada di rumah saudara di Singapura.

”Saya tengok abang seolah-olah kaku dan panik tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila kakak ipar semakin sakit. Dia juga menyatakan rasa hampir nak bersalin.”

”Saya menghubungi talian kecemasan, namun pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail (HSI) menyatakan ambulans tiada dan kami perlu menunggu selama 45 minit.

”Dalam situasi yang begitu mencemaskan, saya minta abang masukkan kakak ipar ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Walau bagaimanapun belum sempat kereta bergerak, saya sambut tangisan dan kelahiran anak saudara lelaki dalam kereta di depan rumah, Taman Saujana Plentong di sini.” kongsinya.

Emalisa yang bekerja sebagai wartawan berkata, ketika itu seorang pegawai perubatan memberikan panduan menyambut bayi menerusi telefon.

”Dia meminta saya mengambil tali kasut dan ukur sejengkal dekat tali pusat dan ikat.”

”Selepas itu saya ambil kain batik dan lap darah bayi. Kemudian bedung bayi dalam keadaan masih bertali pusat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Sebagai adik ipar, saya cuba lakukan apa yang termampu dan cuba menenangkan fikiran. Alhamdulillah, ibu dan anak kedua-duanya sihat.” jelasnya.

Emalisa berkata, anak saudara kelimanya itu dilahirkan dengan berat 2.56 kilogram dan sepatutnya dilahirkan pada 11 Ogos depan.

”Saya yakin semua ini ada hikmahnya. Saya sangat teruja dan terbayangkan besarnya pengorbanan seorang ibu dan kuasa Allah.”

”Anak saudara saya yang juga cahaya mata kedua abang diberi nama Ean Esmael. Saya bersyukur dengan kelahirannya, namun sedikit terkilan apabila pihak hospital memaklumkan tiada ambulans ketika kami dalam kecemasan.”

”Semoga kekurangan ini dapat diatasi oleh pihak berkenaan,” katanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Persiapan untuk bersalin, doktor kongsi tips bersalin dengan tenang

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Norshida Brahim, setiap proses kelahiran sepatutnya dilalui dengan tenang. Berikut beberapa panduan penting bagi ibu-ibu yang baru pertama kali berdepan pengalaman ini:

#1. Peka dengan rasa kontraksi

Pada peringkat awal kelahiran, ibu mungkin berasa sakit yang teruk di bahagian bawah belakang atau abdomen. Ia disertai dengan rasa kejang seolah-olah senggugut.

Namun jika tidak disertai rasa sakit dan lelehan mukus berwarna coklat atau bercampur darah, ia mungkin kontraksi palsu.

#2. Bersedia ke hospital lebih awal

Pastikan ibu ayah telah memilih hospital bersalin dengan lebih awal. Jika inginkan hospital kerajaan, pastikan anda teliti berapa jauh jarak lokasinya dengan tempat tinggal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini adalah penting bagi membolehkan anda menganggar tempoh perjalanan, sekiranya tinggal di bandar teliti juga kesesakan jalan raya terutamanya waktu puncak bagi mengelakkan ibu bersalin dalam kereta!

#3. Pantau dan catat rasa sakit

Perhatikan masa sakit. Jika ia datang setiap setengah jam, pantau lagi dengan merekodkan secara bertulis di kertas atau catat dalam nota telefon bimbit.

Ambil perhatian jika sakit kontraksi sama berulang sebanyak tiga kali. Ketika ini, ibu sepatutnya sudah menuju ke hospital. Tanda tanda bersalin yang lain ialah air ketuban pecah atau keluarnya tompokan darah.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Wanita Bersalin Sendiri Di Tepi Jalan, Ditemani 5 Anaknya Yang Berada Dalam Kereta

Baca juga:  Tak Sempat Ke Hospital, Wanita Bersalin Sendiri Di Hotel Ketika Ikut Suami Pergi Kursus

Baca juga: Harungi Detik Cemas Bawa Wanita Bersalin, Lelaki Nekad Turun Kereta Minta Bagi Laluan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan