Ibu bapa muda dera bayi sendiri
Beberapa siri video yang menunjukkan sepasang ibu bapa muda dera bayi sendiri telah tular di Snapchat tempoh hari.
Video itu mengundang marah kerana netizen dapat melihat bagaimana bayi yang didera itu menangis tanpa henti, helpless dan kepalanya disumbat dalam beg plastik.
Tidak cukup dengan itu, ibu bapa muda ini juga dera bayi tersebut dengan mencurah air kepadanya ketika kepala bayi itu disarung beg plastik!
MasyaAllah, di mana kasih sayang mereka terhadap anak kecil ini? Bagaimana jika dia kelemasan?
Dera bayi sendiri – ibu bapa beri alasan mendisiplinkan anak
Yang lebih memeranjatkan, video tersebut direkod dan dimuatnaik oleh si bapa itu sendiri! Kedua-dua pasangan suami isteri ini baru saja berusia 13 dan 14 tahun!
Selepas memuatnaik video pertama yang menerima kritikan, bapa muda itu memuatnaik video kedua pula untuk “menjelaskan” tindakannya.
Menurut bapa itu – “kami tidak mendera bayi kami. Tapi sebaliknya, kami sedang mendisiplinkan dia!“
“Jika saya mahu menampar anak saya berapa banyak kali pun, itu hak saya dan saya akan buat apa yang saya mahu.
Kalau bayi saya perlu didisiplinkan, saya akan terus menamparnya sampai dia faham.“
Satu lagi video yang dimuatnaik oleh bapa itu tertulis kapsyen “Saya tak sangka bayi saya ini masih hidup!“
Kedua-dua ibu bapa muda yang dera bayi ini telah menyembunyikan muka mereka disebalik emoji.
Kes dera bayi – bayi itu kini selamat
Menurut laporan berita news.com.au, kejadian ini berlaku di Australia, dan pihak polis di sana telah menahan kedua-dua pasangan ibu bapa muda terbabit.
Konstable Kanak Polis Victoria, Lee Thompson menjelaskan pihaknya telah mengasingkan bayi tidak bersalah itu dari kedua-dua ibu bapanya.
Kini, bayi itu selamat dan dalam keadaan yang sihat. Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih tiada sebarang pertuduhan dijatuhkan kepada ibu bapa muda yang mendera bayi itu.
Di mana nak lapor kes dera bayi di Malaysia?
Awal bulan lalu, kita mendengar berita tentang seorang bapa memukul dan memijak anaknya sehingga mati.
Memang ramai manusia yang semakin tidak waras dan bertindak melakukan penderaan kepada kanak-kanak.
Kejadian seperti ini harus dilaporkan. Tiada istilah “jangan sibuk tepi kain orang”, kerana kanak-kanak adalah insan helpless yang memerlukan bantuan.
Jika mereka didera sama ada secara seksual, fizikal atau emosi, kita sebagai orang dewasa wajib melaporkan hal seperti itu ke pihak berkuasa.
Berikut antara talian yang boleh anda hubungi, jika anda mahu membuat laporan tanpa nama:
- Hubungi Talian Nur – 15999 dan nyatakan nama kanak-kanak terbabit beserta alamat dan apa yang disyaki ole anda.
- Hospital – bawa kanak-kanak itu ke hospital dan buat laporan di bahagian Kecemasan supaya kanak-kanak itu akan dihantar ke bahagian One Stop Crisis Center
Apa terjadi pada kes dera bayi selepas anda buat laporan?
- Pihak polis dan pihak perlindungan masyarakat akan menyiasat laporan tentang kes dera bayi itu dan pergi melihat keluarga terbabit.
- Anak itu akan dibawa ke hospital untuk mengesahkan kecurigaan
- Tujuan utama laporan dibuat adalah untuk melindungi kanak-kanak itu dan memastikan nyawanya tidak terancam
- Di hospital, badan dan kecederaan kanak-kanak itu akan disemak
- Jika memang sah ada kes penderaan, doktor, pihak jabatan masyarakat, polis dan pihak penjaga (bukan ibu bapa) akan berbincang tentang pelan pengurusan anak tersebut.
- Matlamat paling umum adalah menghantar kanak-kanak itu balik ke rumahnya, namun di bawah pengawasan dan terapi
- Tapi jika ia mustahil, tindakan undang-undang akan diambil kepada ibu bapa mangsa
Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Singapore
Kredit gambar: BabyGaga
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-didera-dipukul-dengan-sudu/