Deria-deria janin yang menarik untuk anda ketahui

Tahukah anda janin ada perkembangan deria janin yang agak baik dan sudah boleh mula belajar tentang dunia luar apabila masih berada dalam rahim ibu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kehamilan adalah pengalaman yang unik dan istimewa untuk ibu bapa. Bagi ibu hamil, untuk merasakan anak membesar di dalam kandungan, pergerakan dan tindak balas janin, perasaan ini tiada bandingannya.

Apa yang lebih menakjubkan adalah bayi anda sudah mula belajar perihal dunia di luar apabila mereka masih berada di dalam rahim, disebabkan perkembangan deria janin yang bertambah baik. 

Deria janin – Janin boleh berkongsi citarasa makanan ibu

Kanak-kanak yang sedang menikmati nasi lemak. Sumber: friedchillies.com

Tahukah anda selama ini, apabila ibu hamil makan makanan yang berbeza dan minum pelbagai jenis minuman, janin dalam kandungan boleh merasakannya?

Deria rasa janin mula berkembang apabila mereka berusia 8 minggu. Apabila mencapai usia 13-15 minggu, deria rasa mereka akan setaraf dengan orang dewasa. 

Kajian juga menunjukkan bahawa bayi seolah-olah lebih suka makanan dan minuman ibu semasa tempoh kehamilan.

Makanan kegemaran anak akan menunjuk dengan jelas apabila mereka berusia lapan hingga sembilan tahun. Menarik, bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Deria janin – Janin boleh mendengar

Headphones khas untuk ibu hamil. Sumber gambar: Best Headphone 2017

Bayi mempunyai keupayaan untuk mendengar bunyi-bunyi dari dunia luar.

Walaupun terdapat beberapa halangan yang melindungi janin dari dunia luar (termasuk cecair amnion, membran embrio dan juga otot perut ibu), bunyi dan getaran masih boleh sampai ke rahim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Mereka boleh bertindak balas terhadap bunyi dari kira-kira 20 minggu,” kata Barbara Kott, dari National Childbirth Trust (NCT).

“Mereka juga sentiasa mendengar bunyi-bunyi lain dalam rahim seperti suara ibu, bunyi darah yang mengalir dalam badan ibu, bunyi jantung ibu berdenyut, dan juga bunyi-bunyi di luar, seperti muzik.”

Inilah sebab mengapa bayi baru lahir boleh mengenali suara ibu mereka sendiri, kerana sudah biasa mendengar suara ibunya semasa dalam kandungan.

Deria janin – Janin boleh melihat cahaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menghalakan lampu suluh ke perut ibu hamil. Sumber gambar: Youtube

Walaupun kebanyakkan masa mata janin akan berada dalam keadaan tertutup sepanjang masa, mereka mungkin boleh membuka mata apabila mencapai umur sekitar 22-25 minggu.

Buat masa ini penglihatan mereka masih sangat terhad. Tetapi jika lampu suluh diarahkan ke perut ibu, janin mungkin akan tertarik dengan cahaya terang lampu itu.

Deria Sentuhan

Suhu di dalam rahim sentiasa berada pada suhu badan yang neutral. Sentuhan mengancam, seperti sakit, suhu yang tinggi atau rendah tidak wujud dalam rahim sewaktu ibu hamil.

Di samping itu, apabila ibu hamil masuk trimester ketiga, rahim yang elastik bagaikan pelukan, ataupun janin akan rasa seperti mereka sedang diurut sepanjang hari.

Jadi adakah janin akan merasakan apa-apa misalnya perut ibu hamil terhantuk sesuatu?

Janin mungkin akan merasa sedikit tekanan apabila ia berlaku tetapi ini tidak akan membahayakan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu hamil mempunyai membran rahim yang kuat dan tebal. Berat membran ini akan berubah dari 50g (sebelum hamil) hingga 1 kilogram apabila ibu itu hampir bersalin.

Tambahan pula, ibu hamil mempunyai cecair amnion, yang berfungsi macam cushion untuk bayi.

Sumber: Mom Junction, Made for Mums, Sure Baby. Baby Sense

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio