Sayu, pelajar ini rela dermakan hati pada guru yang paling dibencinya dulu...

Seorang bekas pelajar yang merupakan graduan perubatan membuat keputusan untuk derma hati untuk guru yang pernah dibencinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia tak sangka yang satu hari nanti, dia akan derma 67% hatinya kepada cikgu yang pernah dibencinya semasa di sekolah rendah.

"Dia bawa rotan ke mana-mana saja dan selalu menghukum saya," kata graduan perubatan Malaysia, Jerome Chin tentang gurunya, Leong Fong Peng, yang mengajarnya dari tahun 2003-2004.

"Saya benci cikgu yang pukul saya, tapi selepas saya meninggalkan sekolah, saya mula menghargai cikgu yang memberi perhatian kepada saya." kata Jerome.

Hari ini, Madam Leong yang berusia 54 tahun, sangat memerlukan pertolongan untuk penyakit kegagalan hati yang dihidapinya.

Kisah derma hati yang menyentuh hati

Menurut Give.Asia, Madam Leong telah diwadkan di hospital di Kuantan pada 11 Julai 2018 lalu, dan sering ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan kegagalan hati.

Beberapa saudara-maranya telah menawarkan diri untuk mendermakan sebahagian dari hati mereka, tapi tak ada yang sesuai. Ketika ini, bekas pelajarnya Jerome, menawarkan dirinya.

Jerome mengetahui tentang keadaan Leong pada Julai tahun ini daripada anak Leong sendiri, Krystal Teh yang merupakan rakan sekolah rendahnya. Takdir menyebelahi Leong apabila hati Jerome ternyata sesuai dengannya.

Gambar: GIVE.ASIA

Bapa Jerome pada awalnya tak bersetuju dengan keputusan Jerome untuk derma hati ini, tapi Jerome telah berjaya meyakinkan bapanya.

"Saya beritahu bapa saya yang saya dah belajar mengenai hal ini dan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya rasa, kerana saya sendiri memang dalam bidang perubatan, ia telah membantu untuk meyakinkan bapa saya," Jerome memberitahu The Star Online.

Hospital tak boleh meneruskan pembedahan kerana menurut undang-undang di Malaysia, penderma dan penerima perlu mempunyai jalinan.

Jadi, mereka datang ke Singapura untuk melakukan pembedahan pemindahan hati. Madam Leong telah dimasukkan ke NUH sejak 31 Ogos 2018.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Derma hati: "Saya bukan seorang hero..."

Pembedahan pemindahan hati telah dijalankan pada 6 September 2018 lalu, dan Jerome telah mendermakan 67% hatinya.

Dia telah sembuh dari demam kuning selepas pembedahannya dan mengharap hatinya akan tumbuh sepenuhnya dalam masa tiga bulan. Tapi, dia berkeras mengatakan yang dia bukan seorang hero.

"Saya hanyalah orang yang datang tepat pada tempat dan masanya, dan saya lakukan apa yang saya mampu," katanya pada Star Online. "Saya berterima kasih kepada Jerome Chin yang sanggup mengambil masa untuk melawat ibu saya walaupun telah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Staf hospital juga boleh mengetahui yang mood ibu saya bertambah baik setiap kali Jerome Chin melawatnya," kata Krystal kepada Give.Asia.

Bagaimanapun, masih ada cabaran untuk Madam Leong

Pada dasarnya, dia sedang pulih dengan baik. Demamnya semakin sembuh dan saluran darah yang tersumbat semakin berkurangan dan tahap bilirubin-nya telah jatuh.

Tapi, perkembangan terbaru oleh Give.Asia pada 26 September 2018 mengatakan yang Madam Leong telah dimasukkan semula ke ICU.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Saya minta maaf dan sedih untuk saya beritahu yang dari semalam, ibu saya batuk berdarah, demamnya tinggi dan sel darah merah semakin menurun. Kini dia dimasukkan semula ke ICU."

Madam Leong muntah darah, dan darah juga dikesan di dalam najisnya. Komplikasi ini bermakna dia memerlukan pemeriksaan dan perbelanjaan yang lebih.

"Ini juga menandakan yang kos perubatan semakin meningkat sehingga RM 1,200,000", tulis Krystal.

Krystal berharap agar orang ramai terus menunjukkan sokongan terhadap ibunya dengan menyebarkan berita dan mendapat bantuan yang lebih.

Untuk menderma, sila klik di sini. Marilah kita cuba bantu semampu kita.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jaya. Mendapat keizinan untuk diterjemah dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar