Alamak! Nak dekat raya dah beli baju raya ke belum? Buat yang beli last minute janganlah sekadar ‘tangkap muat’ sahaja. Boleh jadikan ini sebagai tips pemilihan design baju raya 2024 yang sesuai mengikut bentuk badan.
Design Baju Raya 2024 Yang Sesuai Mengikut Bentuk Badan
1. Kurung Pahang
Kurung Pahang mempunyai bentuk kembang di bahagian bawah. Badan yang kurus dan tinggi akan nampak menarik dan sesuai memakainya. Jika anda gemuk dan pendek elakkan baju kurung Pahang, nanti nampak lagi mengembang.
2. Kurung Pesak Gantung
Beza kurung Pesak Gantung dengan Kurung Pahang adalah bentuknya hanya kembang sedikit sahaja. Jadi, bagi yang mempunyai perut buncit, kurung Pesak Gantung adalah pilihan yang tepat untuk menutup perut buncit dan kelihatan lebih langsing.
3. Dart Baju Di Depan
Potongan baju ini sesuai untuk anda yang mempunyai tubuh seperti hourglass, lurus dan segi tiga. Sesuai digayakan untuk mereka yang mempunyai punggung besar tetapi dada kecil dan perut leper.
Namun, sangat tidak sesuai untuk mereka yang berbadan ‘chubby’.
4. Dart Baju Di Belakang
Manakala, potongan design baju raya 2024 dengan dart baju di belakang lebih sesuai untuk anda yang bertubuh gempal kerana memberikan ilusi yang lebih kurus.
Terutama bagi anda yang mempunyai dada besar tetapi punggung leper. Jika dart di depan, dada dan perut akan lebih kelihatan menonjol.
5. Baju Dengan Cutting Duyung
Potongan baju dengan kain cutting duyung akan memberikan keseimbangan pada bahagian bawah terutamanya mereka yang mempunyai bahu bidang.
Bentuk badan yang sesuai untuk design baju raya jenis ini adalah epal, hourglass, lurus dan berbadan chubby.
Walau bagaimanapun, potongan seperti ini tidak sesuai untuk anda yang memiliki tubuh sedikit besar pada bahagian bawah.
Cara pemilihan design baju raya yang sesuai mengikut bentuk badan adalah penting dalam menyerlahkan lagi gaya si pemakai. Jika tersalah pilih, silap-silap hilang pula mood untuk beraya nanti.
Diharapkan kesemua tips yang diberikan dapat membantu anda memilih rekaan baju raya yang lebih sesuai dan nampak terletak elok di badan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selalu Sangat Tersalah Ukuran Baju Raya Kalau Beli Online, Ini 10 Tips Cara Ukur Badan Dengan Tepat!
Baca juga: Sebelum membeli baju raya anak-anak …