Detik-detik Peralihan Sepanjang Kanak-kanak Membesar: Masihkah Anda Ingat Semua Ini?

Jika ibu ayah mengimbas semula kenangan zaman detik peralihan, pastinya anda akan lebih peka dan bersedia dengan detik itu pada anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita semua masih ingat lagi detik-detik sewaktu kita membesar, pengalaman yang jika diimbau semula pastinya kita berkata kepada diri sendiri: “Saya sudah dewasa sekarang!” 

“Detik-detik peralihan” ini masih penting secara peribadi, yang mana ia membantu membentuk kenangan formatif dan ia sesuatu yang kita seringkali mengimbau dan berbicara semasa dewasa.

Pada usia 12 tahun, kita peroleh kad pengenalan sendiri, yang mana kita kemudiannya simpan dalam dompet dengan penuh perasaan bangga.

Bagi rata-rata kanak-kanak Malaysia yang menghadiri sesi persekolahan awam, kita juga mengingat dengan jelas peperiksaan utama yang kita perlu lalui. UPSR, PMR, SPM!

Apabila kita mencapai usia 18 tahun pula, selepas selesai peperiksaan SPM, kita mungkin sedang sibuk untuk mendapatkan lesen memandu dan merancang ke kolej, ia satunya perubahan besar dan peralihan ke alam dewasa untuk kita.

Detik-detik peralihan ini telah mencipta kenangan yang indah dalam minda dan mungkin topik yang kita seringkali bangkitkan apabila bertemu dengan teman-teman sewaktu makan malam!

Namun salah satu peristiwa penting yang kita ingat semasa menghadiri sekolah rendah atau menengah kebangsaan adalah divaksin bersama-sama teman-teman!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi kebanyakan orang, ia adalah saat untuk tampil berani secara fizikal, kerana kita tidak mahu diejek, kerana takut pada jarum. Dan jika anda tunjuk muka bengis dan terima suntikan tanpa masalah, anda pasti akan rasa sangat lega.

Kemudian, kita pula ke rumah dan dengan bangganya memberitahu ibu bapa bahawa kita telah divaksin dan kita tidak menangis!

Menyapu losyen pada lepuh gatal kerana cacar air. - Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin “detik-detik peralihan” lain yang anda ingin daripada zaman kanak-kanak ialah wabak cacar air di sekolah. Sesetengah daripada kita terjangkit cacar air dan gatal lepuh di seluruh badan1.

Kita mungkin teringat suara ibu bapa membebel, “Jangan garu! Nanti akan tinggal parut!” atau semasa mereka menyapu losyen kalamin1 warna merah jambu pada seluruh tubuh kita!

Namun, ini tidak semestinya “detik-detik peralihan” yang kita perlu lalui!

Bukan untuk kita, mahupun anak-anak kita sekarang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda masih berfikir bahawa ini merupakan “detik-detik peralihan” yang perlu dilalui bagi setiap kanak-kanak untuk mendapat cacar air, ini adalah mitos yang kita perlu betulkan sekarang.

Pertama, ia bukan perkara “normal” untuk semua kanak-kanak berjangkit cacar air. Terutamanya kini ramai kanak-kanak divaksin dengan vaksin cacar air. Wabak penyakit tersebut telah dibendung dengan ketara berbanding semasa kita masih kecil. Ia adalah penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin2.

Kedua, penyakit ini bukan sesuatu yang harus "dipaksa" untuk menjangkiti anak-anak agar mereka boleh membina imuniti terhadap cacar air. Vaksinasi boleh membina imuniti. Apatah lagi, penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi serius yang boleh menyebabkan kematian3.

Beberapa komplikasi yang boleh berlaku jika kanak-kanak terjangkit cacar air termasuk jangkitan kulit bakteria, jangkitan aliran darah, radang paru-paru atau juga keradangan otak, yang dikenali sebagai ensefalitis1!

Ini pastinya bukan sesuatu yang kita mahu anak-anak kita hadapi! Lagi-lagi apabila ada langkah pencegahan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi apakah yang boleh ibu bapa lakukan untuk memastikan "detik-detik peralihan" ini tidak akan berlaku kepada anak-anak mereka?

  1. Tanya doktor anda tentang imunisasi untuk cacar air.
  2. Kuarantin anak-anak anda di rumah jika berlaku wabak di sekolah.
  3. Ajar anak-anak tabiat asas kesihatan dan kebersihan.
  4. Pastikan anak sihat dengan pemakanan yang seimbang, mendapat tidur yang cukup dan memastikan mereka berada dalam persekitaran yang sihat.

Kami akan mengesyorkan anda bercakap dengan pakar kesihatan anda tentang cara anda boleh melindungi anak anda daripada terkena cacar air, kerana anda kini tahu bahawa ia bukan "detik-detik peralihan" yang perlu mereka lalui!

MY-VVX-00129 Oct/2022

Rujukan:

  1. PORTAL MyHEALTH.Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/. Last Accessed 20 August 2022.  
  2. Centers for Disease Control and Prevention. Chickenpox (Varicella). Available From: https://www.cdc.gov/chickenpox/about/prevention-treatment.html. Last Accessed 14 September 2022.
  3. Centre for Health Protection. Department of Health - The Government of Hong Kong Special Administrative Region. Chickenpox. Available From: https://www.chp.gov.hk/en/healthtopics/content/24/15.html. Last Accessed 22 August 2022.
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan