Detik terindah yang tak akan terlupakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Assalammualaikum kepada semua pembaca kisah ini, ingin saya kongsikan detik-detik yang amat terindah dalam hidup saya, iaitu melahirkan seorang cahaya mata yang pertama.Bagi ibu-ibu yang pernah melalui detik ini pasti akan berbagai jalan cerita dan kisahnya begitu juga saya.

Pengalaman saya semasa melahirkan permata hati kami, sebagai pasangan telah tersimpul banyak memori indah semasa melaluinya .

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada hari pertama, kami ke hospital untuk memeriksa kandungan kerana bayi saya kurang gerak . Itu amatlah menimbulkan kerisauan pada kami. Setelah memasuki “labour room” saya diperiksa oleh seorang doktor pelatih perempuan. Ketika diseluk untuk melihat bukaan dan apa bila selesai terdapat darah yang keluar seperti darah “fresh”(ini yang doktor pelatih tersebut sempat berkata kepada saya) . Doktor tersebut terus pergi mendapatkan konfermasi dari doktor pakar yang berada disitu. Rupa- rupanya darah tersebut adalah tanda saya sudah hampir ke hari bersalin. Saya di masukkan ke ward dan dibenarkan pulang pada esok harinya kerana masih tidak rasa sakit .

Pada hari kedua, di pagi itu, semasa ingin bersiap mengikut suami ke tempat kerja , air ketuban tiba- tiba pecah dan air begitu banyak keluar . Kami terus bergegas ke hospital yang mengambil masa perjalanan 40 minit lebih.

Sesudah tibanya kami di hospital, saya dimasukkan ke “labour room”. Sebelum itu semasa di kaunter “labour room” saya diarahkan untuk duduk dikerusi sebelum mendaftar dan diarahkan ke bilik pemeriksaan.

Ketika dibilik pemeriksaan sakit perut semakin kuat . Bantal hospital yang keras saya genggam seperti bantal lembut akibat menahan kesakitan itu. Doktor memeriksa segalanya untuk persediaan saya untuk bersalin .Saya menghubungi suami untuk membelikan saya makanan kerana kami tidak sempat bersarapan . Suami saya membelikan roti dan air . Dan saya hanya dapat menjamahnya sedikit kerana gesaan sakit itu datang tak sampai 5 minit . Apabila doktor melihat saya tidak tahan doktor tersebut memindahkan saya ke ruang bersalin .

Disitu saya dibaringkan dan dipantau oleh jururawat . Saya diberi ubat tahan sakit , doktor disitu seakan tidak percaya dan mengatakan anak pertama selalunya mengambil masa lama untuk bersalin. Dalam berapa minit saya sudah tidak tahan dan meminta jururawat memberitahu doktor. Jururawat tersebut memberitahu doktor disitu, dan ketika doktor datang ia melihat bahawa saya kepala bayi sudah nampak bukaan dah terbuka semuanya baru dia percaya yang saya dah nk bersalin.

Datanglah beramai-ramai doktor disitu untuk menyambut bayi saya. Semasa meneran bayi adalah perkara paling lucu bagi saya. Saya berhenti seketika dan meminta air ke jururawat kerana haus dan menyambung semula berjuang😂. Setelah selesai bersalin jururawat tersebut memberikan saya lagi air milo kerana melihat saya begitu keletihan.

Alhamdulillah, bayi saya selamat dilahirkan seberat 3.05 kg secara normal. Akan tetapi kepala bayi saya amatlah lonjong ketika itu, akibat tersekat lama dipintu rahim . Masa diambil semasa air ketuban pecah pagi pada pukul 8 lebih, gerak sampai ke hospital kira-kira pukul 10 lebih, mula sakit pada pukul 11 lebih dan selamat melahirkan dalam pukul 4 pm kira- kira 4-5 jam lebih saya menahan sakit.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya bersalin . Dan terima kasih kepada pembaca yang sudi meluangkan masa membaca secebis kisah pengalam saya ketika bersalin ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan