Mempunyai susu badan yang berlebihan merupakan impian hampir semua ibu – dan untuk memanggilnya sebagai masalah umpama satu penghinaan.
Tetapi untuk seorang wanita, hari paling menakutkan di dalam hidupnya ialah apabila bayi lelakinya yang hampir mati akibat tersedak susu semasa penyusuan.
Sebenarnya, keadaan ini boleh terjadi pada mana-mana bayi dan ianya selalu terjadi, menurut Rebecca Taylor di kumpulan sokongan di Facebook Breastfeeding Mama Talk. Dan dia berharap dia tahu mengenai ini lebih awal supaya lebih bersedia untuk menghadapi sesuatu yang sangat menakutkan.
Taylor mempunyai produksi susu yang banyak, dia telah menelefon ambulans apabila menyedari yang anaknya tidak dapat bernafas semasa menyusu. Dia telah dikejarkan ke bahagian kecemasan.
Melihat bayi kecilnya dipasang dengan topeng oksigen dan berbagai tiub serta kod disebut adalah benda yang sangat teruk untuk dilihat seorang ibu.
Anaknya terpaksa di x-ray dan dipantau untuk aspirasi pneumonia. Dia bertukar biru dan Taylor merasakan yang dia betul-betul akan kehilangannya.
Taylor yang telah menyusukan anak perempuannya selama 18 bulan, namun tidak pernah mengalami situasi seperti ini menjadi keliru. Dia merasakan yang dia hanya membuat apa yang dia patut lakukan.
Taylor telah mendapatkan nasihat konsultan laktasi dan ibu menyusu yang lain – untuk jawapan dan berikut adalah beberapa cadangan:
- Menyusukan di dalam posisi bersandar ke belakang di mana bayi baring di atas anda. Ini akan membantu bayi mengawal kadar penyusuan dan disebabkan payu dara berlawanan dengan graviti, ia boleh memperlahankan aliran secara paksa.
- Kurangkan waktu penyusuan. Atau menghadkan bayi menyusu pada satu payu dara sahaja pada satu masa dan jarakkan masa penyusuan yang seterusnya untuk memberi isyarat kepada badan yang keperluan susu adalah sedikit
- Berjumpa dengan ahli patologi yang pakar di dalam penyusuan bayi. Batuk atau ‘gagging’ boleh dihentikan dengan penukaran posisi. Namun jika ia aspirasi atau tersedak, ia mungkin isu yang lebih besar.
Amaran buat mereka yang mempunyai isu susu berlebihan, mengepam sedikit sebelum waktu menyusu akan membuatkan badan menghasilkan lebih banyak susu dan menjadikan masalah lebih serius.
Antara tips lain yang boleh dilakukan untuk ibu yang mempunyai produksi susu berlebihan ialah:
- berhenti sejenak semasa menyusu dan sendawakan bayi
- picit puting semasa ‘let-down’ atau susu memancut bagi mengurangkan kelajuan susu ke dalam mulut bayi
- boleh mempertimbangkan mengambil anak susuan atau mendermakan susu anda
Sumber: popsugar, breastmilkcounts,